𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 1

60.6K 2.6K 220
                                    

Tangannya lincah membelek beberapa pistol di atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangannya lincah membelek beberapa pistol di atas meja. Kemudian, satu kain hitam diambil lantas salah satu pistol dilap. Tak lama, dia mengukir senyuman senget. Here is it. Nampak lagi menarik apabila warnanya yang hitam ini tampak berkilat. Bersih. Dan juga menyeramkan! 

"Kau tengok pistol tu macam tengok something precious of yours." Mata tajam lelaki itu naik melihat si empunya suara. Keningnya terangkat satu. Tangan masih lagi bergerak mengelap beberapa senjata yang lain. Esok dirinya sudah mahu pulang ke tanah air dengan membawa alat-alat ini. 

Semestinya menggunakan jet privasi. Jika menaiki pesawat biasa, alat berbahaya ini boleh jatuh ke tangan yang salah. Untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku, baik sahaja kita menggunakan jet privasi.

Jet yang bakal dinaiki besok milik nanno. Lelaki itu senyum lemah apabila wajah nanno bermain di mindanya. Sungguh, dia rindu akan lelaki yang sudah dianggapnya datuk sendiri. Lelaki itu meninggal dunia sebaik sahaja dia menyuruhnya untuk menjaga dan melindungi seorang gadis.

"Tengku Firash!" Geram kerana dirinya bagai dipulaukan, dia memanggil lelaki itu dengan suara yang agak kuat. Firash mengeluh seraya meletakkan pistol di atas meja kembali.

"Apa? Bising dari tadi." Suara lelaki itu hanya mendatar. Dirinya tiada dalam mood. Telefonnya yang berbunyi dia buka. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Kelihatan seorang gadis yang sedang menghirup air matchanya di cafe hospital. 

"I'm glad that she's doing good." 

Mata kembali melihat wajah lelaki yang sedang melihatnya. Tidak kisah akan wajah yang bertukar serius itu. 

"You care about her that much uh?" Sinis lelaki itu menyoal. Firash hanya menggaru kening seraya mengukir senyuman sinis.

"She's under my responsibility." Terang Firash mudah. Lelaki dihadapannya merenungnya lama membuatkan Firash tidak senang duduk. 

"Come on, Mark Alvin... You know my mission." Tak lama, lelaki bernama Mark itu ketawa. Sengaja mahu mengusik. Bukan dirinya tidak nampak Firash berada dalam keadaan gugup. Cuma lelaki itu pandai mengawal riaknya. 

Mark tahu Firash tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap gadis itu. Lihat saja wajah beku itu. Langsung tidak mempunyai perasaan. Namun, Mark juga tidak tahu berapa lama Firash akan bertahan dengan perasaan sendiri. Siapa yang tidak akan jatuh pada gadis yang cukup cantik dan sempurna?

Mungkin bukan sekarang. Mungkin juga bukan besok.

Mungkin... 

Satu hari nanti.

"Aku dah letak separuh daripada alat-alat ni dalam beg hitam. Nah, giliran kau. Jangan ikut aku kalau rasa nak duduk goyang kaki." Pedas ayat Firash tertuju kepada Mark. Lelaki itu menjulingkan matanya ke atas.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now