𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 24

32K 2.3K 401
                                    

Firash membelek fail di tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Firash membelek fail di tangan. Wajahnya tampak begitu serius. Keningnya juga terjongket sedikit. Kadang, dia anggukkan wajahnya. Wajahnya kemudian tampak berpuas hati. Dia tutup fail dan dihulurkan pada seorang wanita.

"Good." ujar Firash dengan wajah yang bersahaja. Puas hati melihat fail yang isinya tentang alat senjata api yang telah disimpan rapi di suatu tempat. 

"Maaf Inspektor. Cuti-cuti pun diganggu." Wanita yang berumuran 30-an itu meminta maaf. Rasa serba salah pula menganggu waktu cuti Firash. Sudahlah cuti kahwin. Firash geleng kepala tanda tidak perlu bersalah. Matanya melihat pula ke arah Farren yang melangkah ke arah mereka bersama satu gelas.

"Ini akak. Air anggur aje." Lembut Farren berkata. Gelas yang berisi air anggur itu diletakkan di hadapan wanita itu. Dia senyum manis sambil matanya melorot ke arah perut bulat wanaita itu. Agak-agak berapa bulan?

"Dah sembilan bulan," ujarnya tiba-tiba. Tahu apa yang difikirkan Farren. Wanita itu senyum. Polis ni, memang cekap betul ya. 

"Maaf ganggu Inspektor dan isteri..."

"Jangan panggil inspektor. Kita bukan di tempat kerja," bangkang Firash lembut. Rasa pelik pula apabila memanggil dengan nama pangkat. Wanita yang bernama Fia itu senyum kekok. Biasanya, apabila bertemu polis yang lain di luar waktu kerja pun, dia akan memanggil dengan nama pangkat. Terbiasa.

"Kak Fia bila bersalin?" tanya Firash tiba-tiba. Rasa teruja pula melihat perut. Lagi teruja apabila melihat Farren yang asyik memandang perut bulat itu.  

"Tunggu tarikh aje Tengku. Esok saya dah mula cuti," balasnya seraya mengusap lembut perut besarnya. Selepas itu, keningnya berkerut menahan sakit apabila bayi di dalam kandungannya mula menendang-nendang perutnya. Makin teruja wajah Farren.

"Akak... baby tendang tu sakit tak?" tanya Farren dengan suara agak teruja. Fia senyum dan angguk kepala. Suka dia lihat wajah teruja yang tampak bersinar itu.

"Senak sikit. Tapi bahagia," katanya lembut. Farren jatuhkan wajah berkali-kali. Dia senyum apabila melihat Kak Fia yang mula menghirup air yang dibuatnya. Hanya sedikit. Farren faham. Wanita itu mengandung dan ingin menjaga kesihatan diri dan bayi yang berada di dalam kandungan. Wanita mengandung juga tidak boleh minum manis terlampau banyak. Risak ada kencing manis sewaktu mengandung.

Itu boleh menjejaskan kesihatan. Kesihatan ibu dan anak!

Kak Fia mula selesa. Mereka berbual agak lama. Suara Kak Fia dan Farren aje yang kedengaran. Firash pula hanya diam dan mendengar. Mereka hanya berbual tentang bayi. Bagaimana perasaan mengandung. Apa yang dirasai ketika berada di fasa awal kehamilan. Farren dengar dengan penuh fokus. Take note!

"Mula-mula mengandung rasa pelik. Muntah-muntah. Rasa nak makan macam-macam," ujar Fia ceria. Firash juga turut senyum apabila mendengar kata-kata itu. Hati lelakinya juga turut gembira. Otaknya mula terbayang akan isterinya. Mesti comel kalau isterinya mengandung. Sudahlah pendek. Mesti gayanya seperti penguin!

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now