𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 23

30.5K 2.1K 288
                                    

Firash memerhati tingkah isterinya yang sedang memakai pelembab bibir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Firash memerhati tingkah isterinya yang sedang memakai pelembab bibir. Kadang kala, matanya jatuh pada pelembab bibir itu. Wajah tidak puas hati terlakar pada wajah tampan itu. Isteri nya hanya memakai seluar palazo dan T-shirt berwarna pink berlengan panjang. Hanya berpakaian simple sahaja selepas mandi sungai petang tadi.

Lagipula malam ini mereka tidak ke mana kerana malam ini merupakan malam terakhir mereka bermalam di sini. Esok, masing-masing akan pulang dan hidup seperti sedia kala.

"I kinda jealous with your lipbalm," kata Firash tiba-tiba. Terjongket kening Farren tatkala mendengar kata-kata itu. Matanya melihat wajah serius Firash. Dah kenapa pula nak jeles dengan lipbalm?

"Kenapa?"

"Because they can kiss you everyday while I can't." Tergelak kecil wanita itu apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu. Firash pula semakin serius. Mulut dimuncungkan sedikit. Tak adil betul. Perlu ke aku sita semua jenis lipbalm kat dunia ni?

"Mengada lah awak ni," ujar Farren sembari menahan tawanya. Alahai suami. Dengan benda tak bernyawa pun nak cemburu. Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi telefon berdering. Firash yang kebetulan memegang telefon mahalnya terus menggesekkan skrin, menerima panggilan tersebut.

"Okay." Serentak itu, talian dimatikan. Firash memandang wajah terkebil Farren sebelum ditautnya erat tangan kecil itu.

"Mereka panggil suruh keluar bilik," ujar Firash. Farren mengangguk dan mereka sama-sama menapak ke arah ruang tamu. Farren cuba melepaskan tangannya dari genggaman Firash namun lelaki itu semakin mengetatkan tautan tangan mereka. Malu farren apabila melihat mereka yang senyum melihat mereka. Aisyah pula hanya menayangkan wajah cemberut. Kasih geleng kepala. Menyampah dengan perangai adik kembarnya. Tak malu!

Seketika, Farren sedikit terkejut apabila melihat susuk tubuh Aisyah diruang tamu. Matanya mengerling pada dress tidur merah sendat yang elok tersarung pada tubuhnya. Ini nak pergi kelab malam ke? Ketat betul.

"Abang Rash!" jerit manja Aisyah sebelum laju kakinya menapak ke arah Firash. Tangannya ingin memeluk lengan itu namun, Farren lebih tangkas menarik tangan lelaki itu untuk berdiri di belakangnya. Matanya memandang ke arah Aisyah yang juga sedang menjelingnya.

Mommy mengeluh perlahan. Malu pula dia melihat tingkah gadis itu. Mahu marah, dia tidak sampai hati. Ditegur lembut, tidak diendah oleh gadis itu. Susah. Daddy juga pernah tegur, tapi gadis itu degil. 

Makngah dan pakngah? Sudah berkali-kali pesan. Masih sama. Adakah gadis ini perlu dimarah, dimaki, dan dicaci baru ingin berubah dan mendengar kata?

"Kau kenapa tarik-tarik abang Rash?" tanya Aisyah tidak puas hati. Ternaik hujung bibir Farren dan matanya memandang Aisyah atas bawah.

"Awak tu kenapa nak peluk-peluk suami orang?" bidas Farren manakala Firash hanya senyum memandang Farren. Wah, possesive wife. Haruslah posesif, ada gadis lain yang ingin memeluk suaminya. Mana boleh dia biar dan melihat. Hanya dia! Hanya dia yang boleh peluk Firash. Bukan perempuan lain.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now