𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 28

29.5K 1.8K 142
                                    

"Agak-agaknya abang Izz dekat mana sekarang?" Berkerut kuat kening Firash mendengar soalan isterinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Agak-agaknya abang Izz dekat mana sekarang?" Berkerut kuat kening Firash mendengar soalan isterinya. Tiba-tiba dia berasa hendak marah.

"Abang Izz?" soalnya dengan suara yang agak menjengkelkan. Lagi berbahang hatinya apabila Farren mengiyakan. Firash ketawa sinis dan lantas bangun berdiri. Dia tunduk sedikit melihat wajah terkebil-kebil isterinya.

"Cari abang Izz tu sendiri!" Terus Firash melangkah keluar dari bilik itu. Dia melangkah menuju ke bilik mereka. Katil menjadi sasaran. Dengan agak sebal, dia duduk di atas katil. Kening masih lagi berkerut kuat. 

"Wah. Aku cemburu?" soalnya sendiri. Tak lama, dia geleng kepalanya. Dia mengukir senyuman sinis. Rasa mustahil. Dia bukan cemburu. 

Tiba-tiba suara Farren yang memanggil Izz dengan panggilan abang itu terngiang-ngiang di otaknya menyebabkan Firash mengusutkan rambutnya kasar. Rambut yang sudah sedia kusut semakin kusut.

"Ha... iya. Aku cemburu." Rasa kelakar tapi itu yang dirasainya kala ini. Dia mula toleh ke arah pintu bilik yang dibuka oleh Farren. Dia pandang wanita itu sekilas sebelum dia bangun dan melangkah ke bilik air.

Selesai sahaja menggosok dan mencuci muka, Firash keluar dari bilik air. Dia pegun kejap apabila melihat isterinya yang sedang menyikat rambut panjangnya. Hati menyuruhnya mendekati Farren tapi otak melarang. Dia geleng kepala.

Aku nak merajuk!

Dia menapak ke arah katil dan terus merebahkan dirinya. Posisinya membelakangi Farren. Dia tahu isterinya pasti keliru dengan perangainya yang tiba-tiba ini. Tapi dia juga tak boleh kawan perangainya yang ini.

Ini kali pertama dia rasa cemberu. Cemburu kerana Farren memanggil lelaki lain dengan panggilan abang! 

"Abang." Lembut suara itu memasuki pendengarannya. Dia pejam mata. Tak layan dan buat-buat tidur. Dapat dia dengar keluhan wanita itu tapi dia biarkan sahaja.

"Abang marah Lissa?" soalnya lembut. Diam. Firash masih tutup mulut. Tak mahu jawab. Dapat dia rasai Farren mula berbaring di sebelahnya. Tiba-tiba, tubuhnya mengeras apabila Farren bertindak untuk memeluknya dari belakang.

Dapat juga dia rasa nafas hangat isterinya pada belakang lehernya. Dia genggam buku lima sendiri. Menahan diri daripada berpaling dan memeluk isterinya. Dalam diam Firash mengeluh. Susah dia mahu menolak Farren. Tapi sekarang, dia sedang merajuk!

Tak lama, dia mendengar dengkuran halus. Dengan perlahan, dia mengalihkan tangan yang memeluknya. Dia menukarkan posisi menghadap Farern. Tenang sahaja wajah cantik itu. Firash senyum nipis.

Tangannya naik bermain dengan rambut isterinya. Kadang, wajahnya dia tunduk untuk menghirup wangian dari rambut itu. Rambut yang menutupi dahi isterinya juga dia kuak ke belakang. 

Kini, tak ada halangan yang menghalangnya untuk melihat wajah cantik isterinya. Tangannya kemudian naik perlahan mengusap wajah Farren. Lembut. Dia mencubit pelan pipi gebu isterinya. Firash gigit bibir bawahnya.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now