𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 3

43.6K 2.4K 202
                                    

Perlahan langkah kakinya bergerak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perlahan langkah kakinya bergerak. Sebenarnya dia malas mahu keluar hari ini. Namun ada sebuah buku yang harus dikembalikan di pustaka. Hari terakhirnya adalah hari ini! Dia sudah lama menghabiskan bacaan cuma tidak sempat untuk menghantarnya semula. Dan bila masanya lapang, dia akan berehat sampai lupa! 

Mujur sahaja hari ini dia mengemas meja belajarnya. Kalau tidak? Oh, kena denda!

"Farren Melissa!"

Tak sempat berpaling, lengannya dipegang erat. Farren agak terperanjat, namun dia sempat mengawalnya. Wajah sahabatnya dipandang tajam. Memang suka ea buat aku terkejut macam ni? 

"Ju! Terkejut aku." Marah Farren. Wajah cantik gadis yang dipanggil Ju itu dia pandang sebelum keluhan dilepaskan. Tak boleh nak marah lama-lama sebab dia pasang muka lima sen!

"Sorry, cantik. Tapi, bukan salah aku. Salah kau! Aku panggil dari jauh kau tak dengar pun." Katanya membela diri. Haih, alasan! Nasib sayang.

Ju atau nama panjangnya Hawa Zulaikha ketawa kecil lantas memeluk lengan Farren. Kaki melangkah mengekori Farren

"Ni nak pergi mana?" Soal Ju. Sisi wajah Farren dipandang. 

"Pustaka. Nak hantar buku. Lina mana?" Soal Farren kembali. 

"Syalina ada hal. Jadi, aku cari kau sebab aku bosan hm..." Suara dibuata-buat sedih. Farren memutarkan anak matanya ke atas. Ha, nak mula la tu dramanya.

"Jangan lenggang sangat, Ju. Aku dah lewat ni." Kata Farren lantas menarik tangan Ju menuju ke pustaka. Tanpa mereka sedar, ada yang memerhati dari jauh. Pandangannya tajam dan sinis. Dia memerhati Farren dan juga seorang lelaki yang dari tadi memandang gadis itu. Dia menggenggam buku limanya erat.

Adakah lelaki itu yang akan mendatangkan bahaya?
Atau lelaki itu meminati Farren?

Tiba-tiba hatinya terasa panas.  Rahangnya diketap. 

"Rash, did you feel something? Macam jeles?" Tanya seorang lelaki yang menemaninya. Badan Firash mengeras. Dia melihat wajah Farren yang semakin jauh.

"Hell no." 

"She's my mission." Nafi Firash.

Lelaki yang bersama Firash senyum senget. Misi? Sampai bila? Gadis itu sudah cukup besar untuk melindungi diri sendiri. 

"Well, Tengku Firash. Your body language said the opposite."

ʚ ɞ

Sedang ralit termenung, Farren disergah buat kali kedua. Tangan naik mengurut dadanya dan melihat Syalina yang sedang ketawa kecil melihat reaksi terkejut Farren tadi. Begitu juga Ju. Jelingan maut diberikan terhadap kedua sahabatnya. Ini tak paayh tunggu penyakit datang. Datang dua ekor ni pun dah boleh buat maut!

"Jauh betul Cik Melissa kita termenung. Fikir apa?" tanya Ju. Lama mereka memerhati Farren yang asyik termenung. Skrin television yang terpasang dibiarkan. Fokus mereka beralih kepada Farren.

"Nothing. I just missing my family." Jujur Farren menjawab. Ya dia sangat rindukan keluarganya. Tidak pernah sekalipun, dia tidak merindui. Namun, hanya kenangan dana gambar yang boleh menjadi pengubat rindu.

"Jangan sedih, cantik. Nanti kita lawat kubur mereka sama-sama, ye?" Lembut Syalina memujuk. Farren hanya senyum dan menjatuhkan wajah. Wajah ceria ditayangkan. Dia tak suka bersedih kerana dia tahu Syalina dan Ju akan turut bersedih. Kadang, dua orang tu yang beria macam family dia yang dah tiada.

"Mel, kau mimpi lagi eh tentang--" Ju tak mampu bertanya dengan lebih lanjut apabila melihat wajah Farren yang ingin menangis. Tapi dia harus bertanya kerana semalam dia terjaga dek kerana Farren meracau dan menangis di dalam tidurnya. Dan itu membutakan Ju sangat risau.

"Aku tersedar sebab aku nak pergi tandas. Lepastu, aku dengar kau meracau." jelas Ju tanpa dipinta. Farren hanya angguk mengiyakan. Buat apa menipu? Ju dengar. Dan itu membuatkan dirinya tertanya, bila mimpi itu mahu berhenti dari menghantui dirinya tiap kali mahu tidur.

Farren menghela nafas berat. Malamnya kini ditemani oleh mimpi yang mengerikan itu. Mimpi di mana ahli keluarganya meninggalkan dirinya seorang diri. Mimpi di mana menjadikan seorang gadis sebatang kara di bumi ini. 

"It's okay. InsyaAllah, mimpi tu tak akan ganggu kau lagi." pujuk Ju lagi Sememangnya kata-kata Ju itu hampir didengarinya hampir tujuh tahunTapi, dia percaya. Mungkin, suatu hari nanti, mimpi tu hilang dan digantikan dengan mimpi yang indah.

Sementara itu, ada yang mendengar perbualan ketiga-tiga sahabat itu. Firash mengetap bibirnya. Rasa kasihan terbit di hatinya. Sepanjang dia menjaga gadis itu dari jauh, hampir keseluruhan perihal gadis itu dia tahu.

"It's okay, Lissa. I bet Allah wants to give you the best thing that you have ever planned in your life.

Firash membaringkan badannya di atas katil dengan telinga yang masih disumbat earphone. Mendengar perbualan gadis-gadis itu. Tanpa sedar dia terlelap. Suara gadis itu bagai mendodoinya untuk lena.

To be continued...

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now