𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 9

41.8K 3K 251
                                    

Kereta dipandu semakin laju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta dipandu semakin laju. Matanya kadang-kadang mengerling cermin sisi keretanya. Jantungnya juga berdegup laju. Kenapa dia rasa bahawa kereta Mercedes Benz G class bewarna hitam mengekorinya?

Farren berdoa di dalam hati memohon perlindungan. Hanya Tuhan yang tahu betapa takut dirinya sekarang. Air liur ditelan apabila melihat kereta itu semakin merapat.

اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوْءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ.

— Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari susahnya bala (bencana), hinanya kesengsaraan, keburukan qadha' (takdir), dan kegembiraan para musuh.

Sudah lah kereta tidak banyak di highway hari ini. Tiba-tiba, kereta tersebut berhenti di hadapan keretanya membuatkan Farren terpaksa memberhentikan keretanya secara mengejut.

Farren rasa mahu menangis apabila melihat seorang lelaki yang berpakaian serba serbi hitam. Wajahnya ditutup oleh mask hitam. Seperti lelaki yang menganggunya dua kali beberapa bulan yang lepas.

Lelaki itu mula menapak ke arah pintu kereta bahagian memandu. Mengetuk perlahan tingkap gelap kereta Farren. Farren hanya menggunakan kereta axia bewarna merah. Sudahlah baru beli beberapa bulan yang lepas.

Menggunakan duit simpanan dan duit gaji yang lebih. Farren menggengam stereng kuat.  Badannya menggigil takut. Matanya meliar melihat kawasan luar. Ada kereta yang lalu lalang cuma mereka tidak berhenti.

Mungkin mereka tidak nampak apa apa yang mencurigakan. Tiba-tiba lelaki itu nampak kalut dan melangkah kembali ke keretanya. Kemudian, kereta itu meluncur laju di jalan raya. Farren rasa lega.

Tak lama, dia menjerit kecil apabila tingkapnya diketuk sekali lagi. Kepala ditoleh dan wajah kacak seorang lelaki menjadi pemandangannya. Tanpa melengahkan masa, Farren keluar dari perut kereta. Lemah lututnya untuk berdiri dengan elok. Mujur sahaja ada kereta menjadi tempat untuk menahan dirinya dari jatuh.

"R-Ray..." Air matanya jatuh jua menyembah bumi. Tangannya semakin menggigil memikirkan jika lelaki ini tidak muncul. Mungkin dia akan dirompak? Diculik? Atau mungkin juga dibunuh?!

"Hey, rilek." Kata lelaki itu gelisah. Pertama kali, seorang perempuan yang tiada kaitan dalam hidupnya menangis di hadapannya. Biasanya, dia hanya mendengar Farren menangis. Kali ini, dia melihatnya dengan matanya sendiri.

Jika adiknya, Farah yang menangis dia akan memujuk menggunakan makanan. Jika gadis ini? Nak pakai apa? Firash buntu seketika.

"K-kalau awak tak muncuk tadi l-lelaki tu..." Tak mampu nak teruskan kata-kata, Farren terus menangis. Firash mengeluh lemah. Entah mengapa, sakit pula hatinya melihat gadis ini teresak di hadapannya.

Firash memandang keretanya dan mengecilkan matanya. Tak lama, seorang lelaki keluar dari kereta itu dan menghampiri mereka. Beroakaian santai bewarna hitam. Rambutnya yang disikat rapi. Matanya yang sepet dan hidung yang agak mancung. Sempurna!

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now