𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 27

30.9K 2K 180
                                    

Farren berbaring di dalam pelukan Firash

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Farren berbaring di dalam pelukan Firash. Esakan sudah lama henti. Hingus ditarik kuat. Air mata sudah kering. Hanya matanya sahaja yang kelihatan bengkak. Dia rasa sedikit tenang apabila mendengar degupan jantung suaminya dan alunan zikir yang dialunkan oleh si suami.

Dia dongak wajahnya ke atas. Bibirnya lorek senyuman nipis. Dia melepaskan diri dari pelukan Firash dan duduk. Dia betulkan rambutnya yang berselerak. Firash juga bangun. Tangannya menghalang pergerakan tangan Farren dan dia mula membetulkan rambut kusut Farren.

Dia senyum apabila rambut panjang itu sudah kelihatan kemas. Tangannya naik pula menyentuh lembut mata yang bengkak itu. Kemudian turun mengusap lembut pipi merah isterinya. Farren hanya diam. Mata masih lagi melihat mata Firash.

"Abang cerita semuanya nanti boleh?" Firash angguk. Semestinya. Dia akan bagitahu semua hal nanti. 

"Kenapa tak nak sekarang?" Lembut dia menyoal. Farren geleng kepala dan merapatkan sedikit kedudukan mereka. Kepala dia sandarkan pada dada bidang itu. Firash hanya membiarkan dan memeluk lembut bahu Farren.

"Nanti rosak bulan madu kita," ujarnya perlahan. Firash hanya ketawa dan angguk. Dia tunduk mengucup atas kepala wanita itu. Keluhan dilepaskan. Berharap semuanya akan baik-baik sahaja.

"Banyak benda abang perlu bagitahu." Farren angguk. Dia tahu. Dia juga mempunyai banyak soalan. Tapi bukan sekarang. Sekarang adalah waktu mereka berbulan madu. Dia tak mahu merosakkan saat-saat indah mereka.

"Abang tahu bilik yang pintunya warna hitam?" Firash angguk. Farren angkat kepala.

"Abang pernah masuk?" Firash geleng. Dia menyelitkan beberapa helai rambut ke belakang telinga Farren.

"Nanno tak bagi masuk. Jadi, abang tak berani nak masuk," ujarnya perlahan. Farren angguk. Sewakty kecil, datuknya juga tidak membenarkan Farren memasuki bilik itu. Dahulu, dia tidak rasa curiga. Sekarang, dia mula rasa curiga.

"Jom ikut Lissa." Farren menarik tangan besar Firash supaya mengekorinya. Dia berjalan perlahan ke arah pintu hitam itu. Agak meremang bulu romanya. Pintunya yang bewarna hitam itu agak menakutkannya. Ada apa di dalam bilik ini? 

"Agak-agak pintu berkunci tak?" soalnya. Firash angkat bahu. Dia tak dapat agak. Dari jauh pintu ini tidaklah kelihatan begitu seram. Apabila berada dekatnya, terasa sesuatu. Lengan Farren dia tarik supaya berdiri di belakangnya. Mod berjaga-jaga.

"Cuba buka," arah Farren. Dengan perlahan, dia buka pintu itu. Farren berasa agak lega kerana pintu itu tidak berkunci. Farren melangkah perlahan mengikut jejak Firash. Mereka sama-sama masuk ke bilik itu. Gelap. Suram dan sunyi.

BANG!

"Argh!" Terus Farren memeluk Firash. Lelaki itu pula pantas mencari suis lampu. Setelah itu, terang benderang bilik itu dengan cahaya lampu. Farren menghembus nafas lega. Pintu rupanya tertutup. Firash pula mengecilkan matanya. Geram sahaja melihat isterinya. Risau tahu apabila mendengar jeritan itu.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now