𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 10

45.2K 2.7K 179
                                    

Masing-masing senyap di dalam kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Masing-masing senyap di dalam kereta. Hanya kedengaran musik yang berkumandang di radio. Farren hanya membuang pandang di luar jendela kereta. Kadang-kala, matanya sesekali mengerling Firash yang fokus memandu.

Firash yang perasan akan kerlingan Farren terus melihat Farren sekilas. Sebelah kening dijongket bagai sedang bertanya gadis itu mahu apa. Farren ketap bibir bawahnya. Nak tanya ke tidak ye?

"Awak—"

Belum sempat dia hendak bertanya, telefon Firash berdering kuat. Tanpa membuang masa, Firash terus menjawab panggilan. Tegang sahaja wajahnya. Kadang-kala, wajahnya dijatuhkan berkali-kali. Tampak perbualan itu serius.

"Maaf sebab kau kena ganti tempat aku." Kata Firash. Nadanya seakan serba salah membuatkan Farren mengerutkan kening. Ganti apa?

Tak lama, panggilan dimatikan. Firash kembali menoleh ke arah Farren seketika. Gadis itu diam ingin berfikir. Banyak perkara yang bermain di mindanya kini.

"What's wrong?" Jantung gadis itu berdegup kencang mendengar nada lembut lelaki itu. Farren tatap sisi wajah itu. Mata kemudian terpaku pada rahang tajam itu. Ugh, seksi la pula!

Ini kalau pegang, jari pun boleh berdarah!

Farren pejam mata seketika. Wajahnya membahang. Farren, kau nakal! Firash pula hanya senyum senget. Gadis itu sedang memerhatinya dan blushing?

"Macam mana awak boleh muncul dekat highway?" Kali kedua Farren bertanya soalan yang sama. Firash mengerling wajah cantik itu sekejap.

"Kan aku dah cakap. Anggap sahaja aku hero kau waktu kau perlukan aku." Jawapan Firash tidak memuaskan hati kecil Farren. Gadis itu mencebik geram.

"Awak siapa sebenarnya?" Soal Farren lagi.

"Rayyan." Sepatah lelaki itu menjawab membuatkan Farren mengeluh. Memang tak ada nama penuh ke?

"Nama penuh awak apa?" Soal Farren lagi. Nada suaranya tertahan. Tak mahu marah lelaki yang sudah tiga kali menjadi heronya.

"Firash Rayyan." Farren angguk mengerti. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Nama yang cantik. Kemudian Farren mula perasan akan pemakaian lelaki ini.

Hanya mengenakan seluar slack hitam dan jacket hitam. Topi hitam dikepala juga tidak dilepaskan sedari tadi. Kaca mata hitam yang disangkut pada baju juga dia lihat.

Pemakaian Firash macam yang dilihatnya dalam drama korea. Dimana jika pasukan keselamatan berada dalam misi. Atau lebih tepatnya undercover.

"Awak kerja apa?" Soalan Farren dibiarkan sepi. Farren menjeling apabila lelaki itu hanya diam tidak menjawab. Kemudian dia terlihat satu kad tergantung elok di bahagian cermin pandang belakang kereta mewah itu.

Tangan naik memegang kad itu. Matanya membulat melihat kad itu dan melihat Firash yang masih lagi fokus akan pemanduannya.

"Inspektor Firash." Gumam Farren perlahan. Gambar Firash di kad itu dilihat. Kacak! Tapi melihat lelaki itu di depan mata lagi kacak. Farren senyum. Berasa untung dapat bertemu jejaka kacak.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now