𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 8

41K 3.3K 99
                                    

Syalina ketawa mengekek apabila mendengar luahan hati Farren. Sudah empat bulan mereka bekerja di hospital ini dan banyak pengalaman yang mereka peroleh. Antaranya pengalaman mengurus pesakit yang keras kepala. Degil! 

Itu yang dialami Farren kala ini. Syalina ketawa lagi apabila Farren mengatakan bahawa dia ingin mengetuk kepala pesakit menggunakan pen. Farren menjuihkan bibirnya. Kita tengah geram, dia boleh gelak? Rasa kelakar ke sekarang?

"Macam-macam lah kau ni." Sesungguhnya, Syalina juga geram kerana dia pernah menguruskan pesakit itu. Pesakit lelaki tua namun dia sangat menjengkelkan. Mujur sahaja pesakit itu berada di bawah tanggungjawab Farren kini. Tidaklah dia berasa penat mahu melayan karenah lelaki tua itu.

"Aku syak, mesti dia saja aje. Nak manja-manja dengan kau."  Bahananya, Syalina mendapat cubitan di lengan. Gadis itu mengaduh sakit. Farren menjelingnya tajam. Lelaki tua itu adalah duda. Sudah dua puluh tahun menduda dan tidak mempunyai anak.

"Kau kan. Suka la usik aku macam ni." Garang suara Farren. Tak suka! Syalina bagai mengshipkan dirinya dan lelaki itu. Tahu tak, kata-kata itu satu doa? Dia tak mahu!

Kalau dapat lelaki macam lelaki yang namanya Ray itu tak apalah!

Badan Farren kaku apabila teringat akan lelaki itu. Sudah lama tak jumpa. Terserempak pun tidak. Syalina yang melihat Farren terkaku itu menyiku bahu Farren. Kening dijongketkan bagai bertanya mengapa. Farren diam. Berfikir mahu menjawab atau tidak.

Tak lama, Farren membuka mulut tentang apa yang telah berlaku dan bagaimana dia bertemu lelaki itu. Syalina pula mendengar dengan tekun. Kadang, bahu Farren ditepuk tanda geram. Mungkin geram dengan sikap degil Farren yang ingin kembali ke lorong gelap akibat mee?

"Kenapa aku rasa kau jumpa dengan lelaki itu bukan satu kebetulan?" Soal Syalina membuatkan Farren mengerutkan dahi. Apa maksud Syalina? Gadis itu hanya memandang Farren dengan muka curiga.

"Macam dia tahu aje kau dalam bahaya. Ke sebenarnya lelaki tu dah lama stalk kau?" Syalina mendapat hadiah pukulan di bahu. Farren geleng kepala. Tidak setuju dengan penyataan Syalina. Tak mungkin lah.

"Tak pelik ke? Dia siap tunggu depan rumah kau malam rumah kau dipecah masuk. Padahal kau dengan dia stranger." Farren juga pelik akan hal itu. Cuma dirinya sahaja yang mengabaikan perasaan itu.

"Lepastu, tak pelik tiba-tiba ajak kau breakfas sekali, hantar kau balik. Lepastu hilang gitu je. Sah sekarang ni dia tengah perati kau dari jauh." Bulu roma Farren naik. Ini menyeramkan! Farren diam fikir kata-kata Syalina. Tiba-tiba rasa takut.

"Malam ni, aku tidur dengan kau." Syalina ketawa. Dah agak kerana Farren takut! Tapi dalam hati, Syalina turut risau. Semoga apa yang dikatakan olehnya tadi adalah dongeng dan tidak benar!

"Eh, lelaki yang ganggu kau tu. Kau tak ingat ke muka dia?" Farren geleng kepala. Macam mana mahu ingat, dia tidak melihat wajah penuh lelaki itu kerana ditutupi oleh penutup muka. Mungkin muka lelaki itu terlalu buruk. Sebab itu, dia tutup muka!

ʚ ɞ

Firash menyengetkan hujung bibirnya. Telinganya mendengar satu-satu perbualan dua gadis itu. Dan yang paling menarik minatnya ialah kata-kata Syalina. Hampir tepat. 

"Bukan stalker, tapi protecter." Gumam Firash perlahan. Menghilang? Dia bukan menghilang, dia ada aje cuma hanya perempuan itu yang tidak sedar akan kehadirannya. Firash mengurut lehernya yang berasa lenguh. 

Kemudian, pintu biliknya diketuk perlahan. Dia mengukir senyuman manis apabila adik perempuannya menjenggulkan kepala sedikit. Firash mengangkat tangannya menyuruh adiknya masuk.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now