𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 22

33K 2.2K 232
                                    

Firash lihat betapa teruja si isteri sebaik sahaja mereka sampai di kampungnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Firash lihat betapa teruja si isteri sebaik sahaja mereka sampai di kampungnya. Tangannya naik menarik lembut pinggang ramping isterinya. Nafas ditarik dalam dengan mata yang terpejam. Bau kampung. Sangat menyegarkan!

"Rehat lah dulu. Lepas isyak kita keluar makan di luar. Rasanya semua malas nak masak," Farah angguk laju. Ya... Lenguh satu badannya memandu kereta dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Tangan naik mengurut lembut leher yang masih lagi tertutup dengan tudung bawalnya.

Farren pula hanya angguk dan memeluk lengan sasa si suami. Penat tetapi rasa teruja. Mata meliar di kawasan rumah itu. Agak besar dan bersih walaupun kelihatan usang. Halaman juga kelihatan kemas bagai ada orang yang menjaga.

"Walaupun kami balik kampung setahun sekali, daddy ada upah orang untuk bersihkan rumah dan halaman. Kadang-kadang, makngah dan arwah paksu. Tapi sekarang, makngah dan daddy ajelah yang upah." Farren angguk mengerti. Arwah paksu Firash iaitu bapa kepada Aisyah dan Kadih meninggal beberapa tahun yang lepas akibat kanser hati. 

Maksu pula? Farren tak tahu dan tidak terdetik untuk tahu. Mungkin nanti, hatinya akan terdetik untuk bertanya. Aisyah dan Kasih dibesarkan oleh mommy dan daddy. Kadang-kadang, makngah dan pakngah yang akan jaga. 

"Bro..." Firash berpaling. Pinggang isterinya dilepaskan pantas dia memeluk seketika gerangan yang memanggilnya.

"Long time no see," ujarnya perlahan. Lelaki itu senyum senget dan menundukkan sedikit wajahnya tanda menegur Farren. Farren senyum. Dia tahu ini siapa. Syed Adam Darrius. Anak angkat kepada pakngah dan makngah. Kenapa anak angkat? Kerana mereka tidak dikurniakan anak.

Kata makngah, datangnya Adam dalam hidup mereka bagai cahaya. Cahaya yang menyinari hari-hari mereka. Adam bagaikan rezeki yang Tuhan beri kepada mereka. Ajaibnya, nama bapa kandung Adam sama seperti nama pakngah. Syed Aidil.

"Poyo, padahal baru aje jumpa waktu majlis kau." Meluat. Firash senyum senget dan kembali memaut pinggang isterinya. Sejak kahwin, Firash bagai mahu melekat 24 jam dengan isterinya. Depan orang pun, dia buat sehingga Farren pula yang malu.

"Abang Adam," tegur Aisyah. Adam hanya angguk dan menepuk kasar bahu Firash. Kaki melangkah memasuki rumah. Begitu juga yang lain. Masing-masing penat dan mahu rehat. 

Farren lihat jam pada tangan kirinya. Baru sahaja memasuki jam tiga. Dia toleh melihat Firash yang kini sedang melihatnya juga. Bibir mengukir senyuman manis.

"Abang, nak tengok sungai." Lembut sahaja dia emminta. Firash senyum dan angguk. Tangannya menggengam tangan kecil isterinya dan menarik Farren menuju ke belakang rumah meninggalkan Aisyah. Gadis itu menghentakkan kakinya kasar dan mengekori pasangan itu. Wajah cemberut melihat wajah teruja Farren. Meluat!

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now