𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 21

36.5K 2.3K 507
                                    

"Kakak sampai bila cuti?" soal tanya Farhan, adik lelaki Firash yang sedang duduk santai di pondok kecil yang disediakan di hadapan rumah banglo mommy dengan tangan yang memegang gitar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kakak sampai bila cuti?" soal tanya Farhan, adik lelaki Firash yang sedang duduk santai di pondok kecil yang disediakan di hadapan rumah banglo mommy dengan tangan yang memegang gitar. Farren senyum dan menoleh ke arah Farhan. Kali pertama melihat lelaki muda ini sewaktu hari pernikahannya, Farren agak terkejut. Lelaki ini tampan persis abangnya. Namun, sudah pasti Firash lebih lagi.

"Tiga minggu aje." Farhan melihat kakak iparnya dengan satu kerutan di dahi. Farren angkat kening. Pelik ke cuti tiga minggu?

"Alang-alang tu kenapa tak ambil cuti sebulan?" Farren senyum kecil. Bagi Farhan, baik tambah lagi seminggu biar cukup sebulan. 

"Dah pengarah hospital bagi cuti tingga minggu aje. Kira okay la sebab abang awak tu cuti dua minggu aje." Farhan sekaii lagi mengerutkan keningnya. Gitar di tangan sudah diletakkan di sebelahnya. Dia kini seratus peratus menumpukan perhatian ke arah Farren. Mata kemudian mengerling Firash yang berada tidak jauh. Fokus dengan laptopnya.

"Aik? Tapi abang kata..." Belum sempat habiskan kata-kata satu suara yang agak menjengkelkan kedengaran menyebabkan Farren dan Farhan serentak berpaling. Kelihatan gadis itu sedang memintal hujung rambutnya dan kaki tergedik-gedik di hadapan Firash.

Namun, sperti biasa... Lelaki itu tidak akan melayan. Farhan ketawa kecil sembari menggelengkan kepalanya. Kadang, dia yang rasa malu dengan tingkah sepupunya itu. 

"Dia tu dari dulu lagi nak dekat-dekat dengan abang. Tapi abang tu tak pernah layan. Dulu Han pernah terfikir, abang tu gay ke sebabnya dia tak pernah dekat dengan mana-mana perempuan," kata Farhan tiba-tiba. Farren menoleh melihat Farhan. Rasa tertarik pula akan cerita Farhan ini.

"Sampai lah satu hari, dia agak lain selepas balik daripada Itali. Rupanya atok angkatnya meninggal." Farren bersimpati. Oh, lelaki itu tahu sedih juga rupanya.

"Lepas beberapa hari, abang mula buka cerita tentang arwah atok angkatnya. Abang kata, arwah ada berikan amanah padanya."

"Dah akak ialah amanah arwah," kata-kata Farhan membuatkan Farren mengerutkan keningnya. Dia sampai sekarang tak faham. Firash pernah memberitahu dia adalah misinya. Misi dimana dia harus dilindungi. Bila ditanya misi itu diarahkan oleh siapa, Firash hanya diam tidak menjawab.

"Sejak dari itu, abang selalu jaga akak dari jauh. Tanya aje semua tentang akak, dia tahu. Sampailah kami sekeluarga sedar. Sedar yang akak lah orangnya," ujar Farhan dengan senyuman di bibir.

"Mana tahu akak orangnya?" soal Farren ingin tahu. Apa satu keuarga ini ahli nujum? Boleh baca fikiran orang? Farhan ketawa. Rasa agak lucu dengan soalan itu.

"Sebab dia mula bertingkah pelik. Kalau dulu dia tengok akak dari jauh, muka dia hanya biasa. Macam tak ada perasaan. Lama-lama, bercahaya pula muka dia. Dan waktu akak kena serang di lorong tu, abanglah yang paling kalut." Farren terperanjat. Farhan tahu? Nampak riak terkejut itu membuatkan Farhan ketawa lagi.

"Iya... Kami semua tahu sebab waktu itu memang semua tengah berkumpul. Lepastu, dia kata dia tak sedap hati. Terus dia godam CCTV yang berhampiran rumah akak. Terkejut juga kami bila nampak ada orang ikut akak dari awal kakak keluar rumah," ujarnya lagi. Farren hanya diam. Bulu romanya merinding. Maksudnya, dari awal dirimya keluar rumah mahu ke kedai, dia sudah diikuti?

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now