𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 12

41.7K 2.9K 69
                                    

Firash senyum dari jauh apabila matanya menangkap susuk tubuh seorang gadis yang melangkah ke arahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Firash senyum dari jauh apabila matanya menangkap susuk tubuh seorang gadis yang melangkah ke arahnya. Kaki panjangnya disilangkan dan tangan naik memeluk tubuh sendiri. Senyuman serta merta hikang apabila gadis itu semakin hampir.

"Awak buat apa dekat sini?" soal Farren teruja. Agak teruja kerana dia ternampak Firash yang duduk santai di atas bangku taman. Firash dongak untuk melihat wajah Farren yang kemerahan. Mungkin akibat joging.

"Saja. Release stress," ujarnya bersahaja. Farren angguk mengerti. Lihat dari raut wajah itu, lelaki itu tampak stres. Mungkin kerja? Farren nak tanya, tapi dia risau jika lelaki itu rimas.

"Just ask me anything, Lissa," lelaki itu berkata apabila melihat Farren yang hanya membisu.

"Awak pergi mana seminggu tak ada?" Farren bertanya. Seminggu hilang. Sudahlah tidak bagitahu. Farren pula hanya memegang telefonnya risau jika Firash ada memberi pesanan padanya.

"Missing me huh?" Farren malu sendiri tapi tidak pula dia angguk mahupun geleng. Ya sejujurnya dia rindu.

Perkenalan yang hampir berbulan-bulan ini telah membuatkan hatinya terdetik sesuatu. Rasa apa? Dia juga tidak tahu kerana ini adalah kali pertama dia rasa sebegini.

"Perancis." Farren kerut kening. Hah? Perancis apa? Lihat wajah blur Farren membuatkan lelaki itu kemam bibir menahan lucu.

"Kan kau tanya aku pergi mana," dia angguk. Oh, lelaki itu menjawab soalannya. Kemudian, Firash meneliti Farren.

"Dah berapa round joging?" Farren sengih. Malu nak jawab. Sebenarnya tak sampai satu. Dia sudah tercungap-cungap. Nampak sangat tidak fit!

Firash hanya diam. Tahu kenapa Farren senyap. Kemudian, dia bangun dan melangkah pergi membuatkan Farren terkebil-kebil. Dia nak pergi macam tu aje?

"Lissa? Wanna have a dinner with me?" agak romantis suara itu bertanya. Dalam malu-malu, Farren angguk membuatkan Firash ketawa kecil. Farren gamam sendiri. Melihat smile line yang muncul pada pipi lelaki itu membuatkan dia hilang arah.

"See you!" Farren angguk dan kembali joging. Hanya perlahan dengan mata yang masih melihat Firash. Begitu juga lelaki itu. Masih berdiri statik dan memandang Farren.

Tetap cantik walaupun berpeluh. Farren kemudian berlari perlahan namun badannya dipalingkan ke arah Firash. Firash geleng. Kang langgar orang kat belakang baru tahu.

Firash mengecilkan matanya apabila melihat seorang lelaki yang agak mencurigakan berjalan ke arah Farren. Tepat di belakang gadis itu. Matanya membulat apabila melihat pisau yang berada di tangan kanan lelaki itu.

Pantas Firash berlari ke arah gadis itu. Farren berhenti apabila melihat Firash yang tiba-tiba berlari ke arahnya. Firash kalut apabila melihat bibir lelaki itu menyenget apabila Farren berhenti. Bagai memudahkan kerjanya.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now