𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 7

41.6K 3.6K 171
                                    

Matanya terbuka perlahan apabila rasa satu cahaya menganggu lenanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Matanya terbuka perlahan apabila rasa satu cahaya menganggu lenanya. Tangannya naik menutup matanya, menghalang cahaya itu dari terus menembusi kornea matanya. Dia bangun perlahan dan duduk. Tangan memegang perut yang terasa agak sakit.

Jam di dinding dikerling. Sudah jam tujuh pagi. Sewaktu mengemas malam tadi, dia sudah berasa tidak selesa. Pinggangnya juga berasa agak sakit. Mungkin sudah tiba masanya. Masa datang period nya. Farren mengeluh dan mengabaikan rasa sakit itu. 

Sebaik sahaja selesai, Farren terus menuju ke tandas untuk membersihkan diri. Firasatnya tepat! Dia period. Farren mengeluh lagi sebelum dia mula membersihkan diri dan bersiap untuk tidur.

Gadis itu membetulkan rambut panjang paras pinggangnya yang agak berserabut menggunakan tangan. Dengan malas, Farren bangun ingin membersihkan diri. Dia perlu bersiap untuk bekerja. Jam sembilan waktu kerjanya bermula. Kerja sementara dia mendapatkan kerja tetapnya. Hanya sebagai cashier di 7 eleven. 

ʚ ɞ

Farren keluar dari rumah dengan senyuman di bibir. Dia menghirup oksigen segar dengan mata yang terpejam. Tak lama dia membuka matanya. Farren terkejut dan hampir menjerit. Mujur sahaja tangannya naik menekup mulutnya daripada menjerit. 

Mata Farren membulat melihat lelaki itu yang sedang bersandar pada pagar rumahnya dengan tangan yang memeluk tubuh. Mata Farren kemudian meneliti lelaki itu dari bawah hingga ke atas. Pakaian lelaki itu...

Farren kecilkan matanya. Bukan ke pakaian semalam? 

"What are you doing here?" Soal Farren tidak percaya.

"Where are you going?" Soalan dibalas soalan. Firash juga turut memandang Farren yang sudah bersiap cantik. Wajahnya juga cantik disolek. Farren hanya diam. Masih memikirkan kenapa lelaki itu boleh berada di rumahnya seawal pagi ini.

"Aku tak balik dari semalam." Rahang Farren jatuh. Terkejut. Serius?

"Aku duduk dalam kereta depan rumah kau dari semalam." Farren kerutkan kening. Mata melihat kereta mahal itu. Ferrari 296 GTB bewarna itu tampak berkilat di hadapan rumahnya. Lelaki ini kaya. 

"Kau ingat aku boleh balik dalam keadaan tenang selagi lelaki yang ganggu kau tu masih lagi bebas?" Farren semakin pelik. Okay, kalau lelaki itu masih bebas sekalipun, ada kaitan dengan lelaki kacak di hadapannya ini ke? Tidak kan...

Malah, dia juga tidak mengenali lelaki ini. Jadi, rasanya lelaki ini tidak perlu mengambil tahu atau berasa risau.

"Where are you going?" Ulangnya. 

"Kerja." Lelaki itu angguk kemudian dia melangkah ke arah keretanya. Pintu kereta dibuka dan mata Firash bagaikan menyuruh Farren untuk masuk ke dalam. Gadis itu masih berdiri statik. Keningnya berkerut lagi. Dah kenapa pula tiba-tiba ni? 

"Kerja kau start pukul sembilan." Kata Firash. Farren semakin pelik. Dia tahu macam mana? 

"Makan dulu. Lepastu aku hantar pergi kerja." Farren diam. Namun, kakinya mula melangkah apabila lelaki itu mula merenungnya tajam. Dia berasa gerun. Sedikit. Farren masuk ke dalam kereta itu. 

Kemudian, kereta itu mula meluncur laju di jalan raya. Farren hanya diam sambil melihat dalaman kereta itu. Cantik. Mewah. Mahal! Ini kalau sahabat-sahabatnya tahu, mahunya suruh mengorat lelaki ini. 

Farren sandar pada kerusi kereta. Mata melihat diluar tingkap kereta. Bosan. Lelaki hanya diam dan hanya fokus memandu. Dia juga berasa pelik dengan diri sendiri. Kenapa dia masuk dalam kereta? Dia boleh sahaja abaikan lelaki itu dan meninggalkannya. Tapi kenapa dia ikut?!

Rasa mahu marah diri sendiri!

ʚ ɞ

Farren hanya termenung. Kaki disilangkan dan air tea dihirup perlahan.  Dia sekarang sedang duduk santai di kerusi luar rumah. Berhampiran kolam ikan buatan sendiri. Dia hanya ingin menenangkan fikirannya yang agak serabut. Entah serabutkan apa, padahal dirinya tidak mempunyai masalah.

Tiba-tiba fikirannya teringat pada lelaki itu. Sudah hampir dua minggu dia tidak bertemu. Lelaki itu menghilang secaraa tiba-tiba. Pelik tapi Farren sedar siapa dirinya. Lelaki itu dan dia hanyalah orang luar. Tak saling mengenali.

Telefon pintarnya berbunyi kuat menyentakkan lamunan Farren. Gadis itu sengih melihat nama yang terpancar pada skrin telefonnya. Minah-minah kepoh datang dah. Farren lantas menekan punat bewarna hijau. Serentak itu, terpampar wajah cantik Syalina dan Ju di skrin telefonnya. Wajah mereka bahagia sahaja. Mesti ada berita gembira. Dia juga mempunyai berita gembira yang ingin disampaikan.

"Hi, Mel sayang!" Teruja suara Syalina menyapa pendengarannya. Farren hanya senyum dan membalas ungkapan hi itu. Mereka berbual panjang sebelum Syalina membuat muka suspen. Adalah ni nak bagitahu sesuatu.

"Aku dah dapat tawaran hospital!" Farren sudah agak. Ju pula hanya beriak teruja mendengar berita itu. Ju sudah lama mendapat tawaran untuk bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat di Kelantan.

"Dekat mana?" Tanya Farren ingin tahu. 

"Dekat KL!" Farren tersengih teruja. Lagi gembira wajahnya apabila mendapat tahu bahawa hospital yang menawarkan pekerjaan kepada Syalina merupakan hospital yang sama dengannya. Syalina menjerit suka apabila Farren memberitahu hal itu. 

"Tak lama lagi, aku ada housemate." Tak sabar rasanya. Dia bosan kerana tinggal berseorangan. Tapi, selepas sudah tidak kerana Syalina ada menemaninya. Dalam hati, dia amat bersyukur kerana Allah telah mentakdirkan Syalina dan dirinya di hospital yang sama. 

"Tak sangka kan, tahun ni kita dah 25 tahun." Kata Syalina tiba-tiba. Farren hanya angguk. Teringat pula zaman dimana mereka sedang bertungkus lumus dalam pelajaran untuk mendapatkan apa yang mereka dapat sekarang. Sangat susah!

Lebih-lebih lagi, Farren dan Syalina yang mengambil aliran medik. Sudah pasti mereka harus belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat gelaran doktor. Farren senyum kecil. Kenangan yang indah walaupun banyak air mata yang gugur.

"Esok aku dah bertolak tau Mel. Lusa dah start." Farren angguk. Dia juga sama. Bakal menjadi doktor di hospital lusa. Mereka sambung berborak. Agak lama sehingga larut malam. Farren mula bangkit dan masuk ke dalam rumah. Tak elok anak dara duduk di luar rumah malam-malam buta. Seorang diri pula tu.

Tanpa dia sedar, ada lelaki yang sedang mendengar perbualan mereka. Firash menguak rambutnya ke belakang. Serabut kerana rambut itu menghalang pandangannya. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Mata tetap pandang ke arah komputer, menyelesaikan kerjanya. Dia masih lagi di pejabat. Ada kerja yang dia harus selesaikan malam ini juga.

"Tahniah, Lissa."

To be continued...

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now