𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 29

30.4K 1.9K 544
                                    

Mata di pejam celik beberapa kali tatkala cahaya pagi itu menghiasi kornea matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata di pejam celik beberapa kali tatkala cahaya pagi itu menghiasi kornea matanya. Bibir terlakar senyuman lemah tatkala melihat wajah tampan Firash yang begitu dekar dengan dirinya.

"Morning, sayang." ucapnya seraya mengucup lembut ubun-ubun Farren. Wanita itu ketawa kecil tatkala suaminya itu mengucup ubun-ubunnya. Tangan Farren naik mengusap lembut rambut Firash yang di sikat rapi sebelum dirinya perlahan bangun dari pembaringan. Firash membantu isterinya perlahan.

"Morning, suami--"

"Maaf. Lissa rosakkan bulan madu kita," ucap Farren sedih. Malam semalam, dia mengalami period cramp yang agak teruk. Sebenarnya itu perkara biasa. Setiap bulan dia akan mengalaminya. Tapi malam semalam, sakitnya agak kuat.

Mengada! Mungkin sebab ada suami yang boleh jaga. Biasanya tahan sendiri sahaja.

"Tak perlu risau sayang. Kita ada masa lagi dua hari."  Farren ketap bibir menahan senyum. Alahai suami. Firash memandang wajahnya risau. Terkebil-kebil Farren melihat wajah kerisauan itu. Keningnya terjongket.

"Kenapa abang tengok Lissa macam tu?"

"Sakit lagi?" Prihatin suara itu bertanya. Farren senyum seraya menggelengkan kepalanya. Wajah risau Firash mengendur sedikit. Gila tidak risau. Semalam dia juga tidak dapat lena kerana melihat Farren yang sedang meringkuk di atas sakit akibat sakit. 

Kadang kala, wanita itu menungging. Firash tahu period cramps wanita itu tidak main-main. Dia terus sahaja telefon mommy. Mujur sahaja mommy ingin membantunya. Terus dia mengisi air panas di dalam botol dan dia letak pada bawah abdomen wanita itu.

Minyak panas yang dia sediakan juga turut dia letakkan pada bahagian perut wanita itu. Kadang-kadang, dia mengurut lembut pinggang wanita itu.

"Jangan risau. Dah tak sakit dah," kata Farren. Dia bangun ingin berdiri. Pantas Firash membantunya. Farren senyum manis. Firash mengambil tuala Farren dan dia hulurkan oadanya. Dengan senang hati, Farren mengambil huluran itu.

"Boleh mandi sendiri?" soalnya risau. Farren ketawa dengan wajahnya yang dianggukkan. Risau sangat! Baru period pain!

"Mandi. Abang turun dapur." Farren angguk dan dia melangkah perlahan ke arah bilik mandi. Firash memerhati sehingga pintu bilik mandi ditutup rapat. Dia mengeluh sedikit. Dia tak pernah melihat mommy atau Farah terkena serangan period pain ini.

Ini kali pertama. Lihat wajah pucat Farren semalam sudah cukup membuktikan bahawa period pain itu sangat sakit!

Farren turun tangga dengan langkah berjaga-jaga. Perutnya masih lagi rasa sakit cuma dia mampu tahan kerana sakit ini tidak lah sesakit semalam. Farren genggam pemegang anak tangga sebelum dia mengeluh.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now