𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 17

40.8K 3.3K 316
                                    

Senyum lebar gadis itu apabila melihat wajah bahagia sahabatnya di skrin telefon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Senyum lebar gadis itu apabila melihat wajah bahagia sahabatnya di skrin telefon. Syalina di sebelah juga turut tersenyum bahagia. Farren rasa agak sebak kerana selepas kahwin, dia mungkin akan jarang meluangkan masa bersama dua kawannya ini.

"Nanti dua hari sebelum kau kahwin aku datang," kata Ju dengan suara yang teruja. Tidak percaya gadis ini yang akan berkahwin dahulu. Betul orang kata, orang yang jarang bercakap tentang kahwin ni yang akan kahwin dulu. Farren dulu, kawan lelaki pun tak ada apatah lagi teman lelaki.

Tengok sekarang? Tahu-tahu dah nak jadi bini orang. Ju bahagia untuk Farren. Semoga lelaki itu mampu membahagiakan Farren kerana gadis ini sudah lama tidak rasa kebahagiaan. Semoga lelaki itu mampu membuatkan Farren terima dengan tenang kepergian keluarganya.

"Senyap-senyap betul kau ni, Mel. Tahu-tahu kahwin. Dulu cakap apa? Aku suka berkawan saja dengan dia tak lebih. Ini apa ni?" Farren gelak begitu juga Syalina. Bahu dijongket dan kening berkerut seakan berfikir.

"Souls meet not by accident, Ju. It's all written," gadis itu bermadah. Ju juling mata ke atas. Menyampah. Sembang Farren ni. Walaupun kata-kata itu benar.

"Jadi isteri yang solehah tau, Mel. Semoga kau dapat kenal erti bahagia lepas kahwin nanti." Farren mencebik. Ha, dah mula dramanya!

"Dengan kau orang pun aku dah bahagia lah." Syalina jeling. Heleh, sembang! Yang ini bebetul-betul sembang. Memang Farren bahagia, tapi bahagia yang lain. Kita maksudkan bahagia yang dapat membuatkan dia berasa tenang. Farren ketawa lagi. Suka dia lihat wajah menyampah Syalina dan Ju.

"Tak sabarnya nak tengok kau kahwin," gadis itu ketawa lagi. Hai, orang lain yang nak kahwin, orang lain yang teruja. Sebenarnya, Farren teruja tapi dia juga rasa agak takut. Takut jika gagal menjadi isteri yang baik. Takut jika gagal dalam perkahwinannya. Dia cepat-cepat beristighfar.

Nampaknya, setan sudah mulakan kerjanya. Membisik kata-kata yang mampu membuatkan Farren rasa ingin membatalkan semuanya. Tak lama, video call ditutup. Tanpa lengah, Farren terus masuk ke bilik. Ingin menunaikan solat isyak sekali gus solat hajat supaya Tuhan permudahkan segalanya. 

"BELLA," panggil Farren lembut. Farah yang berdiri agak jauh terus menapak mendekati Farren. Gadis yang bakal bergelar isteri dalam masa setengah jam lagi menghulurkan tangannya yang sudah cantik dihiasi inai. 

Farah menyambut huluran tangan itu dan mengenggamnya. Tangan itu sejuk dan berpeluh. Tahulah Farah bahawa Farren sedang berasa gelisah. Wajahnya yang cantik didandan oleh mak andam dipandang. Cantik! Hanya mengenakan makeup yang tidak terlalu tebal. Itu arahan Firash. Tidak mahu bakal isterinya berlebihan. Baju kurung putih yang dihujungnya mempunyai lace yang menaikkan lagi seri orang yang memakainya. Cantik dan sangat sempurna. 

Pintu bilik diketuk dan mereka sama-sama menoleh. Terukir senyuman lega apabila melihat Ju dan Syalina yang mula menapak mendekatiknya. Dipeluk seketika rakan-rakannya. Setelah itu, dia memperkenalkan mereka kepada bakal adik iparnya.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now