Bab 2 : Koma

1.8K 39 1
                                    

"Kalau macam tu aku pinjam ye. Ehh Mie, kau taknak balik lagi ke? Dah lewat malam dah ni." Jefri beralih kepada Zamie pula.

"Aku nak lepak sekejap lagi dekat rumah Hamid ni. Kalau kau nak balik, kau balik dulu lah ye." Balas Zamie.

"Ok lah aku balik dulu, esok aku nak kerja." Jefri meminta diri.

Beliau kemudian beredar daripada situ untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, beliau sempat berhenti dahulu dan mengeluarkan walkman. Beliau kemudian memasukkan kaset yang dipinjam tadi ke dalam walkman itu.

Beliau tidak sabar untuk melayan lagu-lagu keras daripada kumpulan Slayer. Sambil menikmati muzik keras itu, beliau mula berjalan semula menuju ke rumah. Kelihatan kepalanya terhangguk-hangguk.

Akibat terlalu menikmati muzik keras itu, beliau tidak sedar kakinya telah melangkah sehingga ke tengah jalan. Kerana muzik keras itu jugalah, beliau tidak mendengar bunyi hon dari arah belakang.

Lori dari arah belakang tidak sempat mengelak walaupun sudah menekan hon. Akibatnya satu perlanggaran telah berlaku. Keadaan menjadi semakin kelam kabut tatkala malam semakin gelap.

==================================================================================

"Macam mana dengan anak kami?" Soal Jamal.

"Keadaan anak encik sangat kritikal. Dia kini dalam keadaan koma." Jelas doktor terbabit.

"Berapa lama dia akan dalam keadaan koma?" Soal Fatimah pula.

"Itu saya tak boleh nak anggarkan. Saya minta maaf." Doktor itu kemudian meminta diri.

"Macam mana semua ni boleh berlaku?" Fatimah tidak dapat menahan tangisannya.

"Sabarlah awak, ini semua ujian daripada Allah." Jamal kemudian memeluk tubuh isterinya itu seraya menenangkan.

==================================================================================

September 1992

"Abang, dah dua tahun anak kita koma. Macam mana sekarang ni?" Fatimah mula menjadi resah.

"Abang pun tak tahu nak buat apa lagi ni. Duit dah banyak berhabis untuk perubatan dia ni." Kelihatan Jamal sudah berputus asa.

"Tuk! Tuk! Tuk!" Kedengaran pintu diketuk. Kedua-dua mereka terus menoleh ke arah muka pintu.

"Ada apa doktor?" Soal Fatimah setelah melihat gerangan di pintu.

"Setelah saya membuat pemeriksaan, sara dapat rasakan yang anak encik dan puan mungkin akan koma selama-lamanya." Jelas doktor tersebut.

"Takkan takde cara lain untuk selamatkan dia?" Jamal masih berharap.

"Saya tak rasa ada cara lain lagi. Encik cuma ada dua pilihan saja iaitu tanggung segala kos perubatan dia sehingga ke akhir hayat, ataupun hentikan life support machine." Jelas doktor itu lagi.

"Kalau hentikan life support machine ni, apa akan jadi dekat anak saya?" Jamal inginkan jawapan yang lebih tepat.

"Kalau hentikan life support machine ni bermakna encik sudahpun give up." Jelas doktor itu lagi.

"Maknanya kami terpaksa biarkan anak kami mati?" Fatimah inginkan kepastian.

"Itu adalah jalan yang terbaik." Balas doktor itu.

"Abang!" Fatimah beralih pula kepada suaminya.

"Boleh bagi kami sedikit masa tak?" Pinta Jamal.

"Baiklah. Saya harap encik dan puan dapat fikir semasak-masaknya." Doktor itu kemudian meminta diri dan beredar.

"Abang, saya taknak anak kita mati." Rayu Fatimah.

"Tapi kita dah takde pilihan lain lagi. Abang dah tak mampu nak tanggung segala kos rawatan dia lagi." Jamal bersikap rasional.

"Takkan abang nak mengalah dan biarkan anak kita mati?!" Fatimah seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Tapi apa lagi pilihan yang kita ada? Anak kita pun doktor bagitahu dah takde harapan untuk sedar. Lebih baik bagi dia berehat dengan tenang di sana." Luah Jamal.

"Abang, sampai hati abang cakap macam tu." Fatimah merasa sungguh kecewa dengan luahan suaminya.

"Tuk! Tuk! Tuk!: Tiba-tiba kedengaran sekali lagi pintu bilik wad itu diketuk.

"Ya, encik ni siapa?" Soal Jamal setelah melihat seorang lelaki separuh abad sedang berdiri di muka pintu.

"Nama saya Hamid, Professor Hamid. Saya dapat tahu anak encik berdua koma dan tiada harapan untuk sedar. Betul ke?" Soal lelaki itu.

"Itu lah yang diberitahu kepada kami. Mereka juga cadangkan untuk mencabut life support machine, tapi kami tak rela. Kami dapat rasakan mungkin masih ada peluang lagi." Fatimah pula menjelaskan.

"Ya, mungkin masih ada peluang lagi. Itulah sebabnya saya datang sini." Jelas Profesor Hamid.

"Tuan ada cara untuk sembuhkan anak kami?" Soal Jamal penuh harapan.

"Untuk menyembuhkan anak encik dan puan, saya tak boleh jamin. Tetapi saya telah mencipta satu alat yang mampu mengawet tubuh anak encik dan puan. Alat itu juga termasuk life support machine." Jelas lelaki itu lagi.

"Apa maksud encik?" Fatimah tidak mengerti.

"Alat ini akan membantu anak encik daripada lanjut usia selama dia dalam keadaan koma." Jelas lelaki itu lagi.

"Kami masih kurang jelas." Jamal dan Fatimah terpinga-pinga.

"Maksudnya jika sekarang ni anak encik berusia 20 tahun, selama dia koma ni dia tidak akan menua. Tubuhnya akan kekal seperti sekarang iaitu 20 tahun." Profesor Hamid menjelaskan secara terperinci.

"Oh ok kami dah faham. Tapi berapa lama pula masa diambil untuk dia sembuh?" Soal Fatimah.

"Seperti yang saya cakap tadi, saya tak boleh jamin. Tapi sekurang-kurangnya encik berdua masih lagi ada harapan untuk lihat dia sedar. Tidak perlu untuk memutuskan hayat dia." Jelas profesor Hamid lagi.

"Macam mana pulak dengan kos perubatan dan mesin tu? Kami tak rasa kami mampu tanggung semua kos tu." Wajah Jamal kelihatan agak risau.

"Jangan risau dengan kos perubatan, sebab saya buat semua ni free sahaja." Jelas profesor Hamid sambil tersenyum.

"Free? Mustahil encik nak tanggung kos perubatan yang sangat tunggi tu. Kami tak percaya." Kedua-dua mereka sangat terkejut.

"Betul, memang saya yang akan tanggung semua ni. Saya buat semua ni sebab saya kenal sangat dengan Jefri, dan saya juga seperti kamu berdua ingin melihat dia sembuh." Balas profesor Hamid.

"Baiklah, saya pergi dulu. Nanti apa-apa saya akan jumpa encik dan puan lagi. Assalamualaikum." Ucap profesor Hamid sebelum meminta diri dan beransur pergi.

"Abang percaya ke dekat lelaki tu?" Soal Fatimah sebaik kelibat lelaki itu pergi.

"Entahlah. Abang pun masih ragu-ragu lagi." Balas Jamal.

Bersambung...

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now