Bab 18 : Serangan

383 17 0
                                    

Kelihatan suasana di dataran Putrajaya semakin kacau bilau. Letupan demi letupan mula terjadi di kesesakan orang ramai. Kini mayat mula bergelimpangan setelah semakin ramai menjadi mengsa letupan.

Bukan sahaja mati kerana terkena letupan, ramai juga yang mati kerana dipijak kerana orang ramai berpusu-pusu untuk melarikan diri. Ada yang terjatuh ke lantai, namun tiada siapa yang menolong.

Mereka tidak lagi peduli orang di sekeliling, mereka hanya fikir untuk menyelamatkan diri. Mereka tidak tahu dari mana kah datangnya semua bom itu. Jadi mereka tidak tahu siapakah yang akan jadi mangsa seterusnya.

"Dah berapa bom kau letupkan?" Soal Lokman melalui walkie talkie.

"Dah 12. Cukup ke aku perlu letupkan lagi?" Kedengaran suara Kahar di sebalik walkie talkie.

"Rasanya dah cukup, tak perlu banyak sangat. Rancangan kita cuma nak Megat Razmie arahkan polis untuk bergegas ke tempat kejadian." Balas Lokman.

"Jadi, apa langkah seterusnya?" Soal Kahar.

"Kita tunggu polis datang dulu." Balas Lokman.

Tidak lama setelah itu, kelihatan berpusu-pusu kenderaan polis menuju ke dataran. Mereka mula mengepung kawasan tersebut. Bukan sahaja polis, malah ambulans dan juga anggota bomba juga hadir.

Melihat polis sudah mengepung kawasan itu, Kahar dan hyper yang lain mula menyelit di celahan orang ramai yang bertempiaran lari. Mereka juga berlakon seolah-olah mereka panic akan keadaan itu.

==================================================================================

"Apa maklumat yang kita dapat?" Soal Jefri.

"Mengikut kata Kahar, hampir 2000 anggota polis kini berada di dataran dan mengepung kawasan itu." Balas Talib.

"Apa pula maklumat yang kita dapat dari Jue?" Soal Jefri lagi.

"Jue bagitahu yang ibupejabat polis sekarang ni hampir kosong sebab rata-rata mereka semua pergi ke dataran." Jawab Talib.

"Bagus, sekarang kita dah boleh mulakan operasi kita. Bagitahu semua orang-orang kita untuk bersiap sedia." Arah Jefri.

==================================================================================

"U rasa kan apa yang terjadi dekat dataran sekarang ni?" Soal Lans kopral Hussien sambil mengenakan solekan di wajahnya.

"Dengar cerita ada serangan bom di dataran sekarang ni. I rasa kan ni semua kerja di hyper lah." Lans kopral Adam cuba mengagak.

"Euiii... I tak boleh lah dengar pasal hyper ni, rasa jijik gila. Macam mana lah diorang tu boleh terfikir nak jalinkan hubungan berlawanan jantina. I tak boleh nak brain langsung." Lans kopral Hussien menggelengkan kepalanya.

"Tu lah pasal, cuba bayangkan lelaki bercium dengan perempuan. Takpun lelaki buat hubungan seks dengan perempuan, eiii jijiknya." Terasa mual tekak lans kopral Adam cuba membayangkan.

"Tu lah pasal, apa ke bodoh sangat diorang ni boleh pikir nak buat seks berlainan jantina. Sepatutnya kita manusia perlu buat seks sesama jenis, baru betul." Lans kopral Hussien menjalarkan tangannya ke celahan kangkang rakan sejawatnya itu.

"Pemikiran hyper ni sama macam orang zaman batu. Nasib baik lah kita dilahirkan di zaman ni." Lans kopral Adam yang tidak tahan lagi, kini merapatkan wajahnya ke wajah rakannya itu.

Baru sahaja beliau ingin mencium rakan sejenisnya itu, secara tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat sehingga menyebabkan bangunan di mana mereka berada bergegar kuat. Kedua-dua mereka terus tunduk ke lantai.

"Benda apa tu?" Soal lans kopral Hussien.

"Kita under attack sekarang ni!" Balas lans kopral Adam.

"Mana pegawai-pegawai yang lain?" Soal kopral Hussien lagi.

"Kebanyakannya sekarang sedang menuju ke dataran. Tinggal sikit je termasuk kita yang masih ada di HQ sekarang ni." Jawab lans kopral Adam.

"Baik U inform dekat ASP Heykal apa yang terjadi dekat HQ sekarang juga. Suruh ASP Heykal hantar balik setengah anggota ke sini." Arah lans kopral Hussien.

"Baik." Lans kopral Adam kemudian merangkak dan mendapatkan telefon yang tidak jauh dari situ. Setelah mendapatkan telefon, beliau terus menyambung panggilannya kepada pegawai atasannya.

Namun belum sempat beliau berkata apa-apa, tiba-tiba kelihatan satu cahaya dihala ke arahnya. Ketika itu jugalah kelihatan darah mula mengalir di lehernya, sebelum kepalanya jatuh ke lantai.

"Adam!!" Lans kopral Hussien berteriak dengan kuat. Beliau seperti tidak percaya melihat kepala rakannya itu kini sedang bergolek di atas lantai.

"Pergh power gila pistol ciptaan prof Hamid ni, sekali tembak je terus boleh putus kepala." Ujar Talib sambil membelek-belek senjata yang dipegangnya. Beliau kemudian melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut.

"Bangsat!" Lans kopral Hussien yang sangat marah ketika ini bangun dari bawah meja, lalu menghala pistolnya ke arah Talib.

Namun sebelum sempat beliau melepaskan tembakan, ada satu cahaya sedang dihala ke dadanya. Ketika itu jugalah beliau sedar di dadanya ada satu lubang besar. Ketika itu jugalah beliau tumbang ke lantai.

Di luar bangunan itu kelihatan Jefri sedang memegang senjata sambil menghala ke arah lans kopral Hussien. Walaupun jarak mereka sangat jauh, namun Jefri tetap dapat menembak lelaki itu dengan tepat.

"Thanks sebab tolong aku." Ucap Talib.

"Fokus, dalam HQ ni masih lagi ramai anggota polis. Jangan sampai hilang fokus, confirm akan hilang nyawa." Tegur Jefri.

"Maaf." Ucap Talib yang tahu akan kesilapannya. Jika bukan Jefri melepaskan tembakan tadi, mungkin beliau sudah ditembak polis itu.

"Dah cepat yang lain, pergi cari anggota polis yang masih ada di HQ ni dan bunuh mereka. Lepas tu baru lah kita boleh proceed dengan rancangan kita." Arah Jefri.

"Baik!" Serentak jawapan kumpulan tersebut.

Mereka semua mula melancarkan serangan di ibupejabat polis itu dan membunuh sesiapa yang masih berada di situ. Setelah seketika melancarkan serangan, mereka yakin tiada lagi anggota polis yang tinggal.

"Semua kita dah bunuh, jadi apa langkah seterusnya?" Soal Talib.

"Kamu semua ikut aku." Arah Jefri.

Semua kumpulan hyper yang berada di situ kemudian mengekori Jefri. Dengan dibantu pelan bangunan yang diberikan oleh Azimah, Jefri dapat mengetahui di manakah lokasi yang perlu mereka tujui.

Seketika berjalan, mereka akhirnya tiba di sebuah gudang yang agak besar. Kelihatan tiada anggota polis yang berada di situ. Tanpa berlengah Jefri terus mengeluarkan sesuatu daripada poketnya.

"Neon, kau tahu kan guna benda ni?" Soal Jefri kepada salah seorang ahli hyper yang berada di belakangnya.

"Ya, prof Hamid dah ajar cara guna." Jawab Neon.

"Kalau macma tu cepat buka." Arah Jefri lalu menghulur alat yang berada di tangannya.

Neon menyambut huluran itu, lalu mengambil alat di tangan Jefri. Alat itu adalah master key berteknologi tinggi yang dicipta oleh professor Hamid. Master key itu mampu membuka pelbagai kunci dengan lebih mudah.

Dengan teknologi tinggi alat yang dicipta oleh professor Hamid dan juga pengalamannya sebagai kaki pecah rumah, Neon mula membuka pintu gudang itu. Hanya beberapa saat di ambil untuk pintu itu terbuka.

Bersambung...

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now