Bab 25 : Merawat luka

327 16 0
                                    

"Dekat sini lah aku menyorok untuk beberapa hari ni." Ujar Juliana sambil memapah Jefri.

Sambil terhencot-hencot berjalan, Jefri memandang sekeliling kawasan itu. Kelihatan kawasan disitu tidak lagi berpenghuni dengan rumah-rumah di situ sudahpun usang dimamah anai-anai.

"Seram pula tengok kawasan ni." Ujar Jefri.

"Tempat seram macam ni lah baru polis tak datang, jadi kita lebih selamat." Balas Juliana.

"Macam mana kau boleh jumpa tempat ni?" Soal Jefri lagi.

"Kebetulan je masa aku ronda-ronda boleh terjumpa tempat ni. Jomlah masuk." Juliana memapah Jefri untuk naik ke atas rumah.

Setelah berada di dalam rumah, Juliana merebahkan tubuh Jefri di atas sofa yang kelihatan buruk, namun ia bersih daripada habuk. Pasti Juliana yang membersihkan rumah itu, Jefri cuba mengagak.

"Luka tembakan dekat kaki kau tu teruk tak?" Soal Juliana.

"Aku pun tak tahu, tapi memang rasa sakit sangat ni." Balas Jefri.

Juliana kemudian menyalakan lilin bagi menerangi rumah itu. Lilin itu diletak berhampiran kaki Jefri untuk melihat dengan lebih jelas. Dibelek-belek luka di kaki Jefri yang dipenuhi dengan darah itu.

"Aku nak kena buang peluru dekat kaki kau tu dulu. Kau kena tahan tau." Ujar Juliana.

Dia kemudian berjalan meninggalkan ruang tamu itu. Seketika kemudian dia muncul kembali dengan membawa besen kecil berisi air di tangan kanan. Manakala tangan kirinya memegang kain dan pisau.

"Kau tahan sikit tau." Pinta Juliana. Dia kemudian membersihkan darah di luka tersebut dengan menggunakan air. Setelah itu dia menggunakan pisau untuk mencungkil peluru di kaki Jefri.

"Arghhhh!!!" Jefri berteriak kesakitan ketika proses itu.

Setelah seketika, akhirnya Juliana berjaya mengeluarkan peluru yang berada di kaki Jefri. Setelah itu dia membasuh sekali lagi luka itu, sebelum mengelap luka terbabit dengan menggunakan kain.

Dia mengambil tisu, lalu ditutup pada luka itu. Akhir sekali dia mengambil kain panjang untuk mengikat luka tersebut. Setelah semua sudah selesai, dia memandang ke wajah Jefri kerana pelik tiada lagi kedengaran suara jerita lelaki itu.

Apabila ditenung, baru dia sedar lelaki itu sudahpun tidak sedarkan diri. Mungkin kerana kesakitan dan juga kehilangan banyak darah membuatkan lelaki itu pengsan. Dia kemudian meluruskan tubuh Jefri supaya berbaring secara sempurna.

==================================================================================

Jefri terjaga dari tidur setelah matanya silau akibat cahaya matahari. Beliau sendiri tidak tahu berapa lamakah beliau sudah tertidur. Ketika beliau cuba bangun, terasa sungguh sakit di kawasan kakinya.

Barulah beliau teringat yang beliau terkena tembakan polis semalam. Apabila dilihat kakinya, kelihatan luka itu sudahpun dibalut dengan kemas. Barulah beliau teringat bahawa Juliana merawatnya malam tadi.

"Kau baru bangun ke?" Tiba-tiba kedengaran suara seseorang di pintu rumah.

"Haah. Dah pukul berapa sekarang, dan dah berapa lama aku tertidur?" Soal Jefri.

"Entahlah sebab aku keluar dari pagi, jadi aku tak tahu berapa lama kau tertidur. Sekarang rasanya dah pukul 1 tengahari kot." Balas Juliana lalu duduk di hadapan Jefri.

"Kau pergi mana?" Soal Jefri sambil matanya memandang ke arah bungkusan di tangan Juliana.

"Aku pergi cari makanan untuk kita lah." Balas Juliana lalu mengeluarkan makanan di dalam bungkusan di tangannya.

"Kau dapat dari mana makanan tu?" Jefri ingin tahu.

"Mestilah aku curi, bukannya ada duit pun nak beli. Tapi aku curi bukan macam kau sampai kantoi. Yang kau pergi mencuri dekat rumah orang tu kenapa, mestilah kantoi dan polis buru kau." Perli Juliana.

"Habis tu kau curi dekat mana?" Jefri ingin tahu lagi.

"Aku curi dekat restoran yang ramai orang. Setakat curi sikit, diorang bukan perasan pun." Jelas Juliana.

"Tapi tak best lah makanan zaman ni, semua semua berasaskan sayur-sayuran. Takde pun yang berasaskan daging." Terpampang kekecewaan di wajah Jefri.

"Dah nak buat macam mana lagi, orang zaman ni semua vegatarians. Dah lah makan cepat, jangan memilih sangat makanan tu." Arah Juliana sebelum menghulur makanan yang dibawanya kepada Jefri.

==================================================================================

"Ingat tak soalan aku kelmarin?" Jefri memula bicara.

"Soalan apa?" Juliana mengerutkan dahinya.

"Soalan macam mana kau boleh terselamat dari serangan polis dekat port rahsia kita dulu tu? Setahu aku yang berjaya lolos dari situ cuma aku, Lokman, dan Kahar je. Tu pun dengan bantuan Hamid." Jefri ingin tahu.

"Polis berjaya kesan setiap ahli kita dalam bangunan tu dengan bantuan see through scope ciptaan prof Hamid. See through scope tu boleh kesan berpandukan haba, tu lah sebabnya diorang boleh tahu setiap ahli yang ada dalam bangunan tu." Jelas Juliana.

"Tapi prof Hamid juga ada cipta satu alat ni." Juliana kemudian mengeluarkan sesuatu.

"Benda apa tu?" Jefri ingin tahu.

"Alat ni boleh sembunyikan haba pada badan kita. Jadi malam tu aku berjaya menyorok daripada dikesan polis lepas aku guna benda ni. Kau cuma perlu sembur dekat seluruh badan kau je." Jelas Juliana.

"Tak sangka Hamid masih sempat lagi cipta sesuatu yang bermanfaat kepada kita sebelum dia mati." Sayu kedengaran suara Jefri.

"Lepas ni apa plan kita?" Juliana cuba mengubah topik.

"Apa lagi, kita teruskan rancangan yang Hamid dah buat lah. Dalam buku catatan dia ni, dia dah tunjukkan cara untuk guna mesin rentas masa tu. Kita perlu guna mesin tu untuk kembali ke masa silam." Jelas Jefri.

"Untuk apa kita kembali ke masa silam?" Juliana tidak mengerti.

"Untuk ubah sejarah. Kita perlu hentikan Zamie daripada jadi gila dan cipta undang-undang mengarut seperti apa yang kita lihat di zaman ni." Jelas Jefri lagi.

"Baik, aku faham." Juliana menganggukkan kepalanya.

"Tu lah sebabnya kita perlu kembali ke masa silam secepat mungkin sebelum polis berjaya tangkap kita. Kalau kita kena tangkap, kita mugkin tak akan berjaya ubah sejarah sekarang ni." Jelas Jefri lagi.

"Ya kita perlu pergi ke secret base kita yang dekat utara tanah air tu secepat mungkin, tapi kita perlu pastikan luka pada kaki kau tu betul-betul sembuh dulu. Lagi banyak bergerak, takut lagi lambat sembuh." Tegas Juliana.

"Kau janganlah risau pasal luka ni, aku takde apa-apa. Yang penting kita perlu cepat pergi ke secret base kita tu." Tegas Jefri.

"Jangan nak mengarut! Dengan luka macam tu bukan makin cepat sampai, makin lambat ada lah. Dah, kita tunggu je luka kau tu baik sepenuhnya, baru kita pergi sana." Juliana tetap dengan pendiriannya.

"Yelah-yelah." Akhirnya Jefri akur dengan arahan gadis itu.

"Dah jom aku cuci luka kau tu. Kalau tak cuci luka kau setiap hari, makin lambatlah luka tu nak kering." Juliana memberi arahan.

Mahu tidak mahu, Jefri hanya menuruti arahan gadis itu. Walaupun hatinya sudah tidak sabar untuk memulakan perancangan mereka, namun beliau tahu dengan luka di kakinya pasti akan melambatkan pergerakan mereka.

Bersambung... 

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now