Bab 15 : Koleksi CD

454 13 0
                                    

"Masa zaman kita dulu, tak wujud lagi CD macam ni. Kita cuma ada kaset je zaman tu. Aku terkejut juga bila kau sebut pasal CD tadi." Ujar Hamid.

"Aku pun tahu pasal CD bila Kahar tunjukkan koleksi dia je. Semua ni koleksi album rock dan metal kau ke?" Jefri menjadi teruja.

"Haah, kau tengok lah mana yang kau rasa kau nak dengar." Balas Hamid.

Tanpa berlengah Jefri terus menyelongkar semua CD yang sudah tersusun itu. Matanya rambang melihat koleksi yang terlalu banyak. Beliau tidak tahu mana satu yang perlu beliau dengar terlebih dahulu.

"Seingat aku masa sebelum aku koma dulu, XPDC cuma ada satu album je yang bertajuk Darjah Satu. Tak sangka sekarang ni dah ada lebih dari sepuluh album." Jefri semakin teruja melihat deretan album XPDC.

"Lepas kau koma, dunia muzik rock tanah air dah semakin malap. Kebanyakan band masa tu mula keluarkan album leleh je. Dah kurang band yang bawa genre heavy metal, nasib baik XPDC tetap dengan pendirian diorang." Jelas Hamid.

"Habis tu kau layan lagu apa je kalau semua band nyanyi lagu leleh?" Soal Jefri.

"Takde lah semua, ada lah juga band melayu lain yang masih lagi dengan genre metal. Salah satu band ni nama dia Amuk. Walaupun diorang bawa muzik metal, tapi tetap diterima masyarakat." Balas Hamid.

Beliau kemudian mengeluarkan koleksi album Amuk, lalu diserahkan kepada Jefri. Beliau membelek-belek semua CD yang diberikan kepadanya. Beliau kemudian memilih untuk membuka album yang bertajuk Akar dan Bumi.

"Kau tahu kan macam mana nak guna VCD player ni?" Soal Hamid.

"Tahu, Kahar dah ajar aku." Balas Jefri.

"Kalau macam tu kau dengar lah puas-puas ye, aku nak tidur dulu." Hamid meminta diri.

Tanpa berlengah Jefri terus memasukkan CD itu ke dalam VCD player. Beliau tertarik dengan salah satu lagu yang bertajuk Kerana Setitik Air. Beliau terus menekan butang play pada VCD player tersebut.

Basah bumi kerana hujan
Turun mengalir jadi saliran
Ke laut dalam
Tempat ikan berenang
Dan nelayan cari makan
Untuk bekalan sepanjang zaman

Anugerah Tuhan

Di padang kering kontang dan
Bergetar oh kepanasan
Gelupas kulit kaki mu
Teruji kesabaran mu

Mana setitik air itu pengubat rindu
Mana setitik air itu basah dahi mu

Peperangan membawa bencana
Ombak besar mengalir bertakhta
Dan kemarau mengundang derita
Setitik air terlalu berharga

Hey

Hey setitik air
Menjadi punca lalu terpancar
Dan menjadi segumpal
Darah-darah daging manusia

Hey setitik air
Menjadi punca yang mengalir
Di tepi pipi
Di beri nama air mata yang kecewa

Mana setitik air itu pengubat rindu
Mana setitik air itu basah dahi mu

Peperangan membawa bencana
Ombak besar mengalir bertakhta
Dan kemarau mengundang derita
Setitik air terlalu berharga

Hey

Hey setitik air
Menjadi punca lalu terpancar
Dan menjadi segumpal
Darah-darah daging manusia

Hey setitik air
Menjadi punca yang mengalir
Di tepi pipi
Di beri nama air mata yang kecewa

Jefri tidak dapat mengungkapkan kata-kata sebaik mendengar lagu yang sedang berkumandang di telinganya. Mendengar lagu bermelodi rancak dan keras seperti itu membuatkan beliau terkenang zaman dulu.

Perasaan rindu untuk pulang ke zamannya kini semakin membuak-buak. Terasa sungguh indah apabila terkenang suasana di zamannya dahulu. Kini semua keseronokan itu sudahpun tiada di zaman ini.

Beliau mahu merasa kembali keindahan suasana tersebut. Jika beliau gagal untuk kembali ke zaman silam, hanya pilihan yang beliau ada adalah mengubah zaman ini. Mengubah cara hidup orang di zaman ini jadi seperti dahulu.

Mengubah mereka untuk menjadi straight semula. Mengubah mereka untuk menerima muzik rock dan metal semula. Beliau perlu bentindak lebih cepat jika mahu menyelamatkan negara ini.

==================================================================================

Mac 2030 :-

Sudah tiga bulan berlalu semenjak pertemuan mereka dengan professor Hamid. Semenjak itu mereka mula menjalankan misi mereka iaitu mengumpul sebanyak mana hyper yang berada di zaman ini.

Daripada 108 orang hyper yang pernah dirawat oleh professor Hamid, mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 73 orang. Sebanyak 35 orang yang mereka gagal untuk dibawa menyertai mereka.

Ada yang sudah ditangkap oleh polis, ada yang telah dijatuhkan hukuman mati, ada juga yang keberadaan mereka tidak dapat dikesan. Apa yang paling menyedihkan adalah ada yang menerima cara hidup di zaman ini.

Mereka mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan songsang, berpakaian feminine, menjadi vegatarian, dan juga mendengar lagu ala-ala k-pop. Ini kerana mereka tidak sanggup menjadi buruan.

Lebih baik menerima seadanya cara hidup di zaman ini berbanding bersusah payah melarikan diri ke sana dan ke mari. Lokman dan yang lain sudah puas memujuk, namun golongan tersebut tidak mahu menyertai mereka.

Jadi mereka terpaksa akur dan hanya mengharap pada ahli yang menyertai mereka. Kini kelihatan markas rahsia professor Hamid sudahpun dipenuhi dengan semua hyper yang berjaya dicari mereka.

"Kita nak mulakan dari mana ni dulu prof?" Soal Lokman.

"Kamu semua dah berlatih gunakan senjata-senjata yang saya cipta tu?" Hamid inginkan kepastian.

"Kami semua dah pun berlatih setiap hari. Yang mana dah lama dekat sini dah faham cara penggunaan semua senjata ni, cuma yang baru join beberapa hari lepas masih lagi belum mahir." Jelas Lokman.

"Takpe, mana yang baru tu take a time untuk belajar guna senjata tu. Kepada semua hyper yang ada dekat sini, saya nak tegaskan yang saya tidak memaksa kamu semua terlibat dengan saya." Ujar Hamid.

Bersambung... 

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now