Bab 22 : Mengorbankan nyawa

317 16 0
                                    

Semua anggota polis di situ kini terus melepaskan tembakan ke arah Hamid. Akibat tembakan itu, tubuh Hamid dipenuhi dengan lubang. Darah pula memancut-mancut keluar dari tubuhnya.

Hamid dapat merasakan ajal sudahpun berada di depan matanya. Namun beliau tidak mahu mengalah lagi memandangkan orang yang membunuh ibu dan bapanya kini sedang berdiri di hadapan matanya.

"Arghhhh!!!" Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Hamid memaksa dirinya berlari menuju ke arah Zakhrul.

"Tembak! Jangan berhenti!" Arah Zakhrul yang mula takut kerana Hamid kini semakin hampir.

Semua anggota polis kini menyambung lagi menembak Hamid. Badan Hamid kini tidak lagi dapat bertahan dan mara ke depan. Kakinya tidak lagi mampu melangkah menuju ke arah musuh di hadapan.

Kerana tahu beliau tidak lagi boleh melangkah ke depan, dengan menggunakan kudrat yang tersisa beliau terus melompat sekuat hati. Ketika itu jugalah semua bom yang berada di tubuhnya meletup.

Akibatnya kawasan tersebut kini dipenuhi dengan api dan asap berkepul-kepul. Bangunan-bangunan yang berada di sekitar juga rosak teruk akibat gegaran yang kuat itu. Ramai anggota polis mula tumbang.

Ini kerana impak letupan itu sangat besar dan kuat, anggota polis yang berada di hadapan gagal untuk melarikan diri dan menjadi korban. Namun sayang target utamanya iaitu Zakhrul terselamat.

Ini kerana lelaki itu dilindungi oleh anggota polis yang lain. Jadi dirinya hanya mengalami luka-luka kecil sahaja. Walaupun terselamat, jelas wajah Zakhrul kelihatan sangat pucat dan dalam keadaan ketakutan.

"Hahaha... Akhirnya mampus juga kau Hamid. Padan muka kau." Zakhrul cuba ketawa untuk menyorok perasaan takutnya.

"Tapi tuan, PM minta kita bawa balik Hamid hidup-hidup. Macam mana sekarang ni?" Soal DCP Tamrin.

"Aduh macam mana ye nak menjawab dekat PM? Mampus jawatan aku sebagai IG kalau macam ni. Cakap jelah yang Hamid letupkan diri dia, takde apa yang boleh kita buat." Zakhrul memberi cadangan.

"Tapi PM memang nak sangat kepakaran Hamid membuat senjata berteknologi canggih. Dengan adanya teknologi canggih tu, PM akan lebih berkuasa." Ujar DCP Tamrin.

"Aduh, macam mana ya. Saya rasa mesti dia ada tinggalkan sesuatu kepada tiga orang yang larikan diri tu tadi. Dia takkan letupkan diri saja-saja kalau dia tak tinggalkan sesuatu." Zakhrul cuba meneka.

"Dah tu apa kita nak buat?" Soal DCP Tamrin lagi.

"Nak buat apa lagi, pergi lah tangkap diorang tu secepat mungkin!" Arah Zakhrul.

==================================================================================

Dua jam berlalu semenjak Lokman, Kahar, dan Jefri meloloskan diri daripada tempat persembunyian mereka di Bentong. Mereka kini menuju ke utara tanah air di mana terletaknya satuy lagi secret base mereka.

Di secret base yang terletak di bawah laut itu lah terletaknya mesin-mesin berteknologi tinggi ciptaan Hamid. Mereka perlu ke sana untuk mendapatkan senjata api lain dan juga mesin merentas masa.

Ketika sedang membelah lebuh raya, mereka sedari banyak kenderaan polis mula mengekori mereka dari belakang. Tanpa berlengah Kahar terus menekan pedal minyak bagi memecut keretanya dengan lebih pantas.

"Ehh tengok depan tu, ada roadblock. Kita nak buat macam mana ni?" Soal Kahar setelah melihat ada beberapa kenderaan polis sedang menghalang lebuh raya.

"Nak buat apa lagi, kau langgar je!" Arah Lokman.

Kahar menuruti arahan itu lalu menambahkan kelajuan kenderaannya. Beliau kemudian terus merempuh kenderaan polis yang menghalang jalan. Namun akibat dentuman itu, kereta mereka berpusing.

Kahar mula hilang kawalan, lalu kereta yang dipandunya derus terjerumus ke dalam longkang. Kahar kemudian menekan pedal dengan lebih kuat dengan harapan mampu keluar dari dalam longkang.

"Macam mana ni, kereta tak boleh bergerak?" Soal Kahar.

Tanpa berlengah Lokman terus keluar daripada dalam kereta itu. Beliau menuju ke belakang kereta, lalu menolak kereta itu dengan kuat. Jefri juga tidak ketinggalan untuk keluar dan membantu rakannya itu.

Sambil kereta itu ditolak, Kahar terus menerus menekan pedal minyak. Akhirnya usaha mereka berhasil apabila kereta itu berjaya keluar daripada longkang. Jefri kemudian terus kembali ke dalam kereta.

Lokman juga mahu kembali ke dalam kereta, namun ketika itu jugalah polis-polis yang berada di sekatan jalan raya kini sudahpun menghampiri mereka. Polis-polis itu sedia mengacu pistol ke arah kereta.

"Lokman, kau tunggu apa lagi? Cepatlah masuk!" Teriak Kahar.

"Kau pergi dulu." Arah Lokman.

"Kepala hotak kau! Cepatlah masuk sebelum terlambat." Desak Kahar.

"Memang dah terlambat pun, baik kau pergi sekarang." Arah Lokman.

Ketika itu jugalah tembakan bertalu-talu dilepaskan ke arah kereta. Cermin belakang kereta kini sudahpun pecah dan serpihan kaca mula mengenai mereka. Kahar tiada pilihan lain selain menekan pedal minyak.

Sungguh berat rasanya hati untuk meninggalkan Lokman. Namun jika beliau tidak beredar, mereka semua akan mati. Beliau sendiri tidak tahu kenapakah Lokman mengambil keputusan untuk kekal di sana.

Kembali ke Lokman, beliau kini sedang berlindung di sebalik pokok. Beliau sudahpun berjaya menembak mati dua orang polis. Sekurang-kurangnya beliau dapat mengurangkan jumlah polis yang cuba mengejar.

Beliau mengambil keputusan untuk kekal di situ dan tidak lari bersama mereka kerana beliau dapat rasakan semua polis itu akan berjaya mengejar mereka. Satu-satunya cara adalah menghalang polis ketika ini.

Sekurang-kurangnya beliau dapat membuang masa polis dan memberi peluang untuk Kahar dan Jefri meloloskan diri. Ketika ini polis sedang memberi tumpuan kepada Lokman dengan melepaskan tembakan ke arah lelaki itu.

Lokman hanya melindungi dirinya daripada terkena tembakan. Beliau hanya sesekali melepaskan tembakan balas. Beliau tidak boleh melepaskan tembakan terus menerus kerana peluru tidak lagi banyak.

Setelah seketika saling balas membalas tembakan, akhirnya pistol di tangan Lokman tidak lagi mempunyai peluru. Beliau tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan ketika ini. Beliau hanya ada dua bom tangan sahaja.

Apabila teringatkan professor Hamid rela mengorbankan nyawa demi menyelamatkan mereka, jadi kenapa beliau tidak buat perkara yang sama. Apa yang penting sekarang Jefri dan Kahar berjaya meloloskan diri.

Beliau kemudian keluar daripada menyorok di sebalik pokok, lalu terus berlari ke arah polis-polis terbabit. Polis-polis tersebut tidak lagi membuang masa lalu terus melepaskan tembakan bertalu-talu.

Namun ia tidak mampu menghalang Lokman daripada terus berlari. Beliau nekad untuk mengorbankan nyawanya pada malam ini. Ditarik picu bom tangan itu lalu melemparkan ke arah polis.

Kedua-dua bom yang dilemparkan kini meletop dan membuatkan lebuh raya itu bergegar dengan kuat. Api menjadi semakin marak dan menjulang ke langit, manakala asap mula berkepul dengan tebal.

Walaupun sudah agak jauh memandu, namun Kahar dan Jefri dapat merasakan gegaran yang kuat pada lebuh raya itu. Mereka dapat mengagak Lokman sudahpun mengorbankan nyawanya demi mereka.

Tanpa disedari air mata Kahar mula mengalir membasahi pipi. Semenjak beliau terjaga dari komanya, Lokman adalah rakan paling karibnya. Itulah sebabnya beliau tidak dapat menahan sebak.

Bersambung... 

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now