Bab 19 : Tangki besi

350 15 0
                                    

Dengan teknologi tinggi alat yang dicipta oleh professor Hamid dan juga pengalamannya sebagai kaki pecah rumah, Neon mula membuka pintu gudang itu. Hanya beberapa saat di ambil untuk pintu itu terbuka.

"Wah, hebatnya kau. Boleh lah lepas ni aku minta kau curi kereta mewah-mewah untuk aku." Talib teruja melihat Neon berjaya membuka pintu gudang itu.

"Dengan alat yang prof hamid cipta ni, mudah lah kerja aku lepas ni." Neon juga rasa gembira dapat memiliki alat ciptaan professor Hamid itu.

"Dah cepat kita teruskan operasi kita sebelum pihak polis balik semula ke sini." Tegur Jefri.

Mereka semua menuruti arahan itu, lalu terus masuk ke dalam gudang tersebut. Apabila berada di dalam gudang itu, kelihatan penuh senjata api di dalamnya. Semua senjata itu kelihatan sangat hebat.

"Talib, kau inform dekat truckers kita semua yang tengah stanby tu untuk datang sini sekarang." Arah Jefri.

"Baik." Tanpa berlengah Talib terus menghubungi pemandu-pemandu trak yang berada di luar dengan menggunakan walkie talkie.

"Korang semua yang lain cepat ambil semua senjata ni dan letakkan di pintu. Kita kena cepat sebelum semua anggota polis balik ke sini semula." Arah Jefri lagi. Kesemua mereka menuruti arahan itu.

"Neon, kau ikut aku." Jefri memberi arahan lagi.

Mereka berdua kemudian berjalan menuju ke bahagian lebih dalam di gudang itu. Mengikut pelan bangunan yang diberikan Azimah, ada laluan rahsia di dalam gudang itu. Jefri hanya mengikut pelan bangunan itu.

Seketika mencari, akhirnya beliau terlihat ada satu almari besar di dalam gudang itu. Beliau rasa curiga kerana almari itu kosong tanpa ada senjata di dalamnya. Beliau kemudian mengalihkan almari itu.

"Binggo." Jefri rasa gembira apabila melihat ada pintu rahsia di belakang almari tersebut.

"Ada apa dekat sini?" Soal Neon.

"Jangan banyak tanya, kau buka je terus pintu ni." Arah Jefri.

Tanpa berlengah Neon terus cuba membuka pintu rahsia itu. Walaupun dengan menggunakan alat teknologi canggih itu, ia tetap susah dibuka. Namun setelah beberapa kali mencuba, akhirnya berjaya juga.

"Benda apa ada dalam ni sampai polis simpan dalam bilik kebal ni?" Soal Neon kehairanan.

Namun persoalan itu tidak dijawab oleh Jefri, sebaliknya beliau terus membuka pintu tersebut. Apabila berada di dalam kelihatan ada beberapa tangki besi bersaiz berada di dalam bilik itu.

"Apa benda silinder-silinder besar tu?" Soal Neon.

"Jangan cakap banyak, jom kita bawa benda ni keluar." Balas Jefri.

Walaupun beliau tidak pernah melihat, namun beliau yakin yang berada di dalam tong berkenaan adalah benda yang mereka cari iaitu sourse energy mesin rentas masa iaitu liquid hydrogen dan juga liquid oxygen.

"Besar macam tu, macam mana kita nak angkat?" Soal Neon lagi.

"Kau panggil semua orang-orang kita dan juga trucker untuk datang sini. Benda ni lebih penting daripada senjata api yang kita ambil tadi." Arah Jefri.

Walaupun masih tidak mengerti apa yang penting sangat dengan tangki-tangki besi tersebut, namun Neon tetap menuruti lalu berlari menuju ke ahli kumpulan hyper yang lain bagi membantu mereka mengangkat tangki-tangki itu.

==================================================================================

"Apa yang terjadi dekat sini?" Soal DCP Tamrin setelah melihat bangunan-bangunan di ibupejabat sedang terbakar.

"Bukan sahaja dataran yang menjadi sasaran pengganas, HQ kita juga menjadi sasaran." Jawab ASP Heykal.

"Mana perginya semua anggota kita? Macam mana mereka boleh biarkan HQ diserang pengganas?" DCP Tamrin tidak berpuas hati.

"Hampir kesemua anggota telah diarahkan ke dataran bagi melawan pengganas pagi tadi, itu lah sebabnya kenapa HQ kosong dan hanya ada segelintir anggota sahaja." Jelas ASP Heykal.

"Kalau HQ ni kosong, apa motif diorang serang? Apa yang diorang dapat?" DCP Tamrin ingin tahu.

"Motif diorang..." ASP Heykal serba salah ingin memberitahu.

"Cakaplah, apa motif diorang?" DCP Tamrin mendesak.

"Motif diorang adalah senjata api." ASP Heykal berterus terang.

"Apa maksud kamu?" DCP Tamrin masih tidak mengerti.

"Gudang penyimpanan senjata api kita dah kosong. Semua senjata api yang tersimpan dalam gudang telah dibawa lari." ASP Heykal terpaksa berterus terang.

"Apa, dah kena bawa lari? Jadi bermakna mereka sekarang ni dah memiliki semua senjata api kita lah ye?" DCP Tamrin inginkan kepastian.

"Betul tu tuan, semua senjata kita mereka dah curi." Balas ASP Heykal.

"Jadi bermakna serangan di dataran tu hanya umpan jelah ya untuk kita hantar semua anggota kita ke sana dan biarkan HQ kosong? Target sebenar mereka adalah senjata api milik kita?" DCP Tamrin cuba mengagak.

"Rasanya macam tu lah. Mereka berjaya perdayakan kita kali ni." Ujar ASP Heykal.

"Sekejap, tadi kamu kata gudang kita dah kosong. Jangan cakap yang barang dalam bilik kebal tu pun dah lesap?" DCP Tamrin inginkan kepastian. Persoalan itu dibalas dengan anggukan kepala oleh ASP Heykal.

"Oh my god, apa saya nak jawab dekat IG ni? Tahu tak PM sendiri dah arahkan kita untuk jaga barang dalam bilik kebal tu sebaik mungkin, jangan sampai jatuh ke tangan pihak musuh." DCP Tamrin mula panik.

"Apa sebenarnya yang tersimpan dalam bilik kebal tu?" Soal ASP Heykal ingin tahu.

Beliau yang hanya ditugaskan di ibupejabat semenjak lima tahun lepas tidak pernah tahu apakah barang yang disimpan di situ. Apa yang beliau tahu adalah barang itu sudah disimpan di situ selama sepuluh tahun.

"Itu kamu tak perlu tahu, apa yang merisaukan sekarang ni apa yang saya perlu jawab dekat IG dan PM. Sekarang kita sedang berhadapan dengan national disaster level. Perkara ni terlalu besar." DCP Tamrin semakin risau.

==================================================================================

Di dalam pengkalan rahsia ciptaan professor Hamid, kelihatan sekumpulan orang sedang bersorak gembira. Mereka mula berparti menyambut kejayaan mereka melaksanakan misi dengan berjayanya.

"Sekarang semua senjata milik polis berjaya kita rampas. Jadi kita dah semakin kuat, manakala diorang pula semakin lemah." Jelas terpancar kegembiraan di wajah Juliana.

"Kau ni terlalu naif lah. Siapa cakap yang polis cuma ada satu gudang simpanan senjata api?" Lokman mencelah.

"Maksud kau polis ada gudang simpanan yang lain ke?" Kegembiraan Juliana terhenti seketika.

"Mestilah ada. Jumlah anggota polis seluruh negara mencecah ratusan ribu, jadi gudang simpanan polis pun mestilah banyak." Balas Lokman.

"Jadi maksud kau kejayaan kita ni cuma sia-sia je ke?" Soal Juliana.

"Takde lah sia-sia. Sekurang-kurangnya kita berjaya tambah aset kita dan kurangkan aset polis. Jadi kita boleh dianggap semakin kuat lah berbanding dulu." Jelas Lokman.

"Merampas senjata api pihak polis cuma misi kecil yang Hamid arahkan. Apa yang Hamid inginkan sebenarnya bukanlah senjata api, tapi benda dalam tangki besi yang kita bawa balik tu." Kini Jefri mencelah.

"Apa yang ada dalam tangki besi tu?" Juliana ingin tahu.

Bersambung...

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now