Bab 4 : Straight

1.7K 32 2
                                    

"Minta maaf saudara, boleh saya tanya sesuatu tak? Ni negara Malaysia ke?" Jefri memulakan pertanyaannya.

"Eww baju apa yang dia pakai tu? So jijik." Salah seorang lelaki itu menarik muka pabila melihat Jefri.

""Ehh U, kenapa U tak pakai make up ni? U tak tahu undang-undang ke?" Seorang lagi lelaki menegur.

"Undang-undang? Undang-undang apa?" Jefri berasa pelik.

"Undang-undang di mana lelaki wajib memakai makeup." Ujar lelaki yang pertama.

"Merepek! Undang-undang apa macam tu. Nak buat apa lelaki pakai makeup?" Jefri berasa geram setelah mendengar kata-kata lelaki itu.

"Ehh? Jangan cakap yang U ni bukan gay?" Kedua-dua lelaki itu memegang tangan sesama mereka dengan wajah yang ketakutan.

"Of course lah aku bukan gay, aku straight! Apa ke gila aku nak jadi gay!" Jefri menjadi semakin geram.

"Eayhhh!!" Tiba-tiba kedua-dua lelaki itu menjerit dengan kuat.

Akibat jeritan itu, orang ramai yang berada di sekeliling terus memandang ke arah mereka. Seorang lelaki kemudian menghampiri mereka. Lelaki itu berpakaian seperti seragam polis, tapi pakaian itu mempunyai renda-renda.

"Kenapa ni, apa masalah?" Soal lelaki itu.

"Abang polis, orang ni cakap dia straight." Ujar lelaki itu.

"Apa, straight?! Jangan bergerak." Secara tiba-tiba lelaki berpakaian seragam itu mengacu pistol kepada Jefri.

Jefri menjadi semakin terkejut dan bercelaru. Beliau sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya sedang terjadi ketika ini. Kenapakah lelaki berpakaian seragam polis itu mengacu pistol ke arahnya secara tiba-tiba?
Apakah kesalahan yang beliau lakukan sehingga polis mengacukan pistol ke arahnya. Namun apa yang beliau tahu hidupnya pasti akan merana jika beliau membiarkan dirinya ditangkap oleh polis itu.

Kelihatan polis terbabit telahpun mengeluarkan gari, lalu menghampiri Jefri. Polis itu kemudian cuba menggari tangan Jefri. Ketika itu jugalah Jefri menolak polis itu, lalu terus membuka langkah.

"Berhenti!" Arah polis itu sambil mengacu pistol.

Namun Jefri tidak menuruti arahan tersebut dan terus sahaja melarikan diri. Polis itu kemudian terus sahaja melepaskan tembakan. Namun tembakan itu tersasar dan tidak mengenai Jefri.

"Gila ke apa polis ni memang betul-betul nak tembak aku ke? Apa salah aku sampai nak kena tembak macam ni sekali?" Naik gila Jefri memikirkan.

Apa yang bermain di fikirannya kini hanyalah mahu menyelamatkan diri. Jika ditangkap, beliau dapat merasakan nyawanya akan terputus dari badan. Kelihatan polis itu masih lagi mengejar Jefri.

"Ehh U, kenapa dengan lelaki tu?" Seorang orang awam menyoal lelaki yang menjerit sebentar tadi.

"Orang tu cakap yang dia straight." Balas lelaki itu.

"Apa maksud U yang dia tu straight? Dia suka berlainan jantina ke?" Orang awam itu inginkan kepastian.

"Haah, dia bukan gay kita semua." Ujar lelaki itu.

"Apa, bukan gay? Eyy takutnya. Harap-harap lah polis tangkap dia cepat-cepat. Takutnya kita kalau ada lelaki straight ni, habis rosak anak muda kita macam ni." Ujar orang awam itu dalam keadaan takut.

Kembali kepada Jefri, beliau kini masih lagi melarikan diri. Manakala polis itu masih lagi berada di belakang sambil mengejarnya. Sambil mengejar, polis itu sempat lagi melepaskan tembakan ke arahnya.

"Gila lah polis ni, memang betul-betul nak bunuh aku ke apa?" Jefri berlari secara zik-zak bagi mengelak daripada terkena tembakan.

Jika tidak berlari seperti itu, sudah pasti tubuhnya sudah ditembusi peluru. Ketika beliau hampir tiba di sebuah simpang, tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapannya. Pemandu kereta itu kemudian membuka pintu di sebelah penumpang.

"Cepat masuk!" Arah pemandu itu. Kelihatan pemandu itu adalah seorang wanita yang cantik.

"Kau siapa? Kenapa aku kena ikut arahan kau?" Soal Jefri. Beliau tidak mudah untuk mempercayai orang yang tidak dikenali.

"Kau pilih nak naik kereta aku ke kau nak biarkan je polis tu tembak kau?" Wanita itu memberi pilihan.

Walaupun tidak mempercayai wanita itu, namun Jefri tidak mempunyai pilihan. Mana mungkin beliau merelakan dirinya ditembak oleh polis. Beliau kemudian terus masuk ke dalam kereta itu.

Setelah berada di dalam kereta, wanita itu terus memecut kereta itu meninggalkan kawasan tersebut. Polis yang mengejarnya sebentar tadi kini hanya mampu melihat kereta itu beredar dengan dirinya sedang termengah-mengah.

"Kenapa polis tu nak bunuh aku? Apa kesalahan aku yang sebenarnya?" Soal Jefri ketika kereta itu meluncur laju di atas jalan raya.

"Apa yang kau cakap sebelum kau kena kejar polis tadi?" Soal wanita itu.

"Aku cakap yang aku bukan gay, aku straight. Aku tak faham kenapa semua orang terkejut." Jawab Jefri.

"Kau bukan gay? Kau bukan orang dari zaman ni ke?" Soal wanita lagi.

"Zaman ni? Sekarang zaman apa?" Jefri menjadi semakin pelik.

"Cuba kau bagitahu aku sekarang tahun bila?" Soal wanita itu lagi.

"Tahun apa ye sekarang ni? Tahun XPDC lancarkan album 'Darjah Satu'." Jawab Jefri.

"XPDC lancarkan album 'Darjah Satu'? Tak silap aku tahun 1990." Ujar wanita itu.

"Hahh ye, tahun 1990. Tapi kenapa ye tempat ni macam asing sangat? Kita kat mana? Lagi satu aku nak tanya, kereta apa yang kau bawa ni? Kenapa aku tak pernah tengok kereta bentuk macam ni?" Soal Jefri bertubi-tubi.

"Jangan cakap yang kau baru keluar daripada hyperbaric chambers?" Wanita itu cuba meneka.

"Hyper..? Maksud kau tiup untuk orang sakit tu ke? Haah, aku baru keluar daripada tiub tu. Kenapa aku boleh ada dalam tiub tu?" Soal Jefri lagi.

"Nanti aku bagitahu. Sekarang ni kita kena larikan diri dulu. Mesti polis tadi dah call HQ untuk hantar backup. Kita sekarang kena fikir untuk loloskan diri je." Jelas wanita itu.

Dia kemudian terus memecut keretanya menyusuri jalan raya. Walaupun masih tidak mempercayai wanita itu, namun Jefri hanya menuruti. Wanita itu saja lah yang beliau boleh harapkan ketika ini.

==================================================================================

Seketika memandu, akhirnya kereta itu tiba di sebuah bangunan terbengkalai. Kereta itu kemudian dipandu menuju ke bawah bangunan. Kelihatan kawasan di bawah bangunan itu gelap gelita.

"Kita nak pergi mana ni?" Soal Jefri.

"Tempat persembunyian kitorang, depan tu je." Ujar wanita itu.

Beberapa saat kemudian, mereka tiba di bahagian paling bawah bangunan itu. Kelihatan kawasan itu terang benderang dengan ada ramai manusia sedang berkumpul. Wanita itu kemudian mematikan enjin kereta.

"Jess, kau pergi mana?"Soal seorang lelaki sebaik wanita itu keluar daripada kereta.

"Aku ada hal sikit dekat 'atas tanah'." Ujar wanita itu.

"Siapa tu?" Soal lelaki itu setelah melihat Jefri keluar daripada kereta.

"Dia pun hyper macam kita juga. Dia baru lepas keluar." Jelas wanita itu.

"Kita dekat mana ni?" Jefri pula menyoal.

Bersambung.... 

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now