Bab 24 : Diselamatkan

327 13 0
                                    

"Cepat, cari penjenayah tu sampai dapat!" Arah Inspektor Aldo.

Pegawai-pegawai bawahannya menuruti lalu terus bergegas keluar daripada bilik pejabatnya. Inspektor Aldo hanya menggelengkan kepala memikirkan permasalahan yang terjadi di kawasan jagaannya itu.

Semenjak beliau menjadi ketua cawangan di situ, kawasan terbabit menjadi kawasan paling selamat di negara ini. Tidak pernah sekalipun ada kedengaran kes jenayah terjadi di situ sepanjang dua tahun ini.

Namun dalam masa seminggu ini terdapat pelbagai aduan daripada kejiranan mengenai rumah mereka dipecah masuk dan makanan yang disimpan di dapur hilang dicuri. Polis masih gagal mengesan si pelaku.

Belum lagi kes selesai, malam tadi kejiranan dikejutkan dengan kes pembunuhan yang terjadi di kawasan ini. Beliau sendiri tidak tahu sama ada pelaku adalah orang yang sama mencuri makanan ataupun bukan.

Beliau perlu menyelesaikan kes tersebut secepat mungkin bagi menjaga reputasinya. Jika tidak sudah pasti rekod keamanan yang dipegangnya akan tercalar. Beliau sendiri tidak tahu kenapa kawasan di bawah jagaannya yang menjadi sasaran.

==================================================================================

"Cepat, jangan bagi dia terlepas!" Teriak Inspektor Aldo.

Anggota-anggota polis itu menuruti lalu mengejar Jefri yang sedang melarikan diri. Jefri sendiri tidak tahu bagaimana perbuatannya boleh tertangkap. Beliau sudahpun mengasingkan diri dari orang ramai beberapa hari ini.

Mungkin ada bau badannya tertinggal di rumah mangsa yang dibunuhnya tempoh hari. Jadi polis menggunakan anjing pengesan untuk menjejakinya. Mungkin sebab itulah polis berjaya mengejarnya.

Beliau sendiri tidak tahu kemanakah beliau perlu melarikan diri kerana beliau sendiri tidak tahu dimanakah beliau berada. Beliau hanya berlari dan berlari tanpa henti supaya dirinya tidak tertangkap.

Namun apakan daya staminanya mulai berkurangan. Manakala sekumpulan anggota polis yang mengejarnya kini semakin hampir. Beliau kemudian menyorok di sebalik semak yang berada berhampiran.

Nasib baiklah keadaan semakin gelap pabila malam semakin larut. Jadi anggota-anggota polis itu lebih sukar untuk melihatnya. Seorang demi seorang anggota polis mula berjalan ke hadapan melepasinya.

Tiada seorang pun anggota polis yang menyedari beliau menyorok di situ. Setelah yakin anggota-anggota polis itu sudah beredar, beliau kemudian keluar daripada persembunyiannya di sebalik semak.

Ketika baru sahaja bangun, tiba-tiba beliau terserempak dengan seorang polis yang berada di belakangnya. Polis itu kemudian terus mengeluarkan pistol dan cuba menembaknya. Dengan pantas beliau menikam tangan polis itu.

Akibatnya pistol yang dipegang oleh polis itu jatuh ke tanah. Polis itu cuba menjerit untuk meminta pertolongan daripada anggota yang lain. Namun Jefri dengan pantas menekup mulut polis itu menggunakan tangan.

Beliau kemudian terus mengeluarkan pisau, lalu menikam perut polis itu. Pisau itu diambil di rumah mangsa yang beliau bunuh tempoh hari. Akibat tikaman itu, polis tersebut kini tumbang ke tanah.

Walaupun polis itu sudah tumbang, namun beliau masih belum melepaskan tangannya daripada menekup mulut polis itu. Ini untuk memastikan polis itu tidak menjerit dan memanggil anggota yang lain.

Setelah yakin polis itu sudahpun tidak bernyawa, barulah beliau melepaskan tangannya. Beliau kemudian mengambil pistol di tangan polis itu dan mencari peluru yang berada di tubuh polis itu.

Kini barulah beliau dilengkapi dengan senjata api dan tidak terlalu risau untuk berdepan dengan pihak musuh. Beliau kemudian cuba beredar daripada situ, namun tiba-tiba terdengar bunyi salakan anjing.

Apabila beliau menoleh ke belakang, kelihatan seorang polis bersama-sama seekor anjing. Mungkin kerana anjing itu dapat menghidu tubuhnya, jadi polis itu berjaya mengesan lokasi beliau berada.

Ketika itu jugalah polis itu mengeluarkan pistolnya dan cuba menembak Jefri. Namun Jefri lebih pantas menembak polis itu. Ketika itu jugalah anjing yang bersama polis itu cuba menyerang dirinya.

Jefri tiada pilihan lain selain daripada melepaskan tembakan. Walaupun berjaya membunuh polis itu dan anjingnya, namun akibat bunyi tembakan yang dilepaskan telah membuatkan beliau semakin dalam bahaya.

Bunyi tembakan itu telah didengari oleh anggota polis yang lain, lalu mereka terus menuju ke arah bunyi tembakan itu. Jefri kini terus berlari dengan pantas untuk meninggalkan kawasan tersebut.

Namun ketika beliau sudah naik ke atas jalan raya, secara tiba-tiba satu tembakan kedengaran. Tembakan itu dilepaskan oleh pihak polis dan mengenai kaki Jefri. Kini Jefri sudah tergolek ke atas jalan raya.

Beliau tidak mampu lagi untuk melarikan diri. Ketika itu jugalah tiga ekor anjing pengesan menghampiri dan menyerangnya. Kini Jefri tidak mampu lagi untuk melakukan apa-apa selain daripada bertahan.

Kini dua orang polis pula menghampirinya sambil mengacu pistol ke arahnya. Ketika Jefri merasakan yang dirinya sudah sampai ke penamat, secara tiba-tiba sebuah kereta merempuh polis terbabit.

Akibat rempuhan itu, salah seorang polis tersebut tercampak dan bergolek di atas jalan raya. Seorang lagi polis berjaya mengelak, lalu melepaskan tembakan ke arah kereta tersebut. Ketika itu jugalah pintu kereta dibuka.

"Cepat masuk!" Teriak pemandu yang berada di dalam kereta.

Jefri seperti mahu menangis apabila melihat wajah pemandu itu. Terlalu rindu rasanya untuk melihat wajah itu setelah tidak bertemu lebih dua bulan. Ini bukanlah kali pertama pemandu itu menyelamatkannya.

"Kau tunggu apa lagi, cepatlah masuk. Kau tak nampak ke polis tu lepaskan tembakan dekat kereta ni?!" Bebel pemandu itu.

Jefri kemudian menendang dan menunbuk anjing-anjing yang sedang menyerangnya. Setelah anjing-anjing itu berundur sedikit, Jefri terus berlari masuk ke dalam kereta. Pemandu itu terus memecut kereta itu.

"Tak sangka kau masih hidup lagi. Ke mana kau pergi selama ni?" Soal Jefri.

"Ke mana aku pergi? Aku pergi cari kau lah selama dua bulan ni. Sepatutnya aku tanya ke mana kau pergi selama ni?" Juliana pula menyoal.

"Aku sebenarnya nak pergi ke secret base kita yang dekat utara tanah air tu, tapi aku tak tahu macam mana nak pergi. Aku bukannya pandai bawa kereta pun, jadi aku jalan kaki je selama ni." Jelas Jefri.

"Selama dua bulan berjalan, takkan baru sampai sini je kot?" Juliana berasa pelik.

"Aku tak tahu jalan nak pergi sana, tu lah sebabnya aku tak sampai-sampai. Aku bukannya orang dari zaman ni, jadi aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Macam mana kau boleh jumpa aku?" Jefri menyoal lagi.

"Aku terbaca dekat newsfeed kes kecurian makanan dan kes pembunuhan terjadi dekat daerah ni. Jadi aku syak ni mesti kerja hyper. Orang pertama yang terlintas di fikiran aku mestilah kau." Balas Juliana.

"Macam mana kau boleh terselamat dari serangan polis tempoh hari? Seingat aku semua orang-orang kita dah terbunuh masa tu." Jefri ingin tahu.

"Nanti lah aku bagitahu. Sekarang ni kita kena lari dari sini, dekat belakang tu aku nampak macam kereta polis tengah kejar kita." Ujar Juliana.

Jefri terus melihat cermin sisi kereta dan terlihat beberapa buah kereta peronda sedang dipandu laju menghampiri mereka. Setelah yakin itu polis, Juliana kemudian menambahkan kelajuan kereta tersebut.

Bersambung...

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now