Bab 12 : Professor Hamid

698 25 1
                                    

Di dalam ruang bangunan itu dipenuhi dengan mesin yang mereka tidak pernah lihat. Ia seperti mesin yang wujud pada masa hadapan. Ruang bangunan itu juga kelihatan bersih tanpa ada habuk.

Jika kawasan itu kemas dan bersih tanpa habuk, ini bermakna ada orang tinggal di situ. Keempat-empat mereka mula mengelilingi ruang bangunan itu untuk mencari ada sesiapakah yang berada di situ.

"Pang!" Tiba-tiba satu tembakan dilepaskan ke arah Lokman.

Nasib baik lah tembakan itu tidak mengenai dirinya, sebaliknya tersasar ke tepi. Bukan sahaja Lokman, malah mereka yang lain terus memandang ke arah si penembak. Kelihatan seorang lelaki lanjut usia sedang memegang pistol.

"Kau siapa? Apa kau buat dekat sini? Macam mana kau boleh tahu tempat ni?" Bertalu-talu soalan dilemparkan oleh lelaki itu.

"Kami cuma ikut lokasi yang diberikan oleh prof Hamid di buku catatan dia." Jelas Lokman. Beliau rasa kenal dengan wajah lelaki itu setelah diamati dengan agak lama.

"Korang semua ni hyper ke?" Lelaki itu menyoal.

"Ya, kami hyper. Tuan ni prof Hamid kan?" Lokman cuba meneka.

"Macam mana kamu boleh kenal saya?" Soal lelaki itu lagi.

"Kami adalah pesakit yang prof rawat berdekad-dekad yang lepas. Kami dah pun keluar daripada hyperbaric chamber milik prof." Jelas Lokman.

"Jadi kumpulan hyper yang kerajaan sekarang ni maksudkan adalah semua pesakit yang keluar daripada hyperbaric chamber tu lah ye?" Prof Hamid inginkan kepastian.

"Ya, kami semua ni adalah pesakit yang pernah dirawat oleh prof, takkan prof tak ingat muka kami?" Kahar pula mencelah.

"Minta maaf, terlalu ramai pesakit yang saya cuba bantu. Jadi saya tak boleh nak cam setiap wajah kamu semua." Balas prof Hamid.

Beliau kemudian memandang ke arah wajah keempat-empat mereka. Beliau tidak dapat mengecam wajah mereka kecuali Jefri. Beliau tanpa berlengah terus menghampiri Jefri yang berada paling belakang.

"Jef? Kau Jefri kan?" Soal prof Hamid dengan matanya mula bergenang air.

"Ya, saya Jefri. Pakcik kenal saya ke?" Soal Jefri. Beliau sebenarnya seperti pernah melihat wajah lelaki itu.

"Ni aku lah Hamid, kawan kau dari kecil. Kau tak ingat aku lagi ke?" Hamid memegang bahu Jefri seraya mengingatkan.

"Hamid Ansyari?" Soal Jefri.

Persoalan itu dibalas dengan anggukan kepala oleh Hamid. Kedua-dua mereka kemudian terus berpelukan sambil menangis. Siapa sangka rakan yang sama-sama membesar itu kini kembali bertemu.

(PS**Kalau korang tak ingat siapa Hamid, korang boleh baca bab 1 balik)

"Kenapa kau nampak tua sangat sekarang ni Hamid?" Soal Jefri sebaik pelukan mereka terpisah.

"Sekarang ni dah tahun 2030. Kali terakhir kau tengok muka aku tahun 1990, 40 tahun yang lepas. Mesti lah kau terkejut dengan perubahan aku." Balas Hamid.

"Jadi lepas aku koma dulu, kau lah yang jumpa mak dan ayah aku untuk offer rawatan dekat aku? Tapi kenapa mak dan ayah aku tak kenal kau, dan macam mana kau boleh jadi doktor pula?" Terlalu banyak persoalan diaju Jefri.

"Susah untuk aku terangkan. Korang semua jom ikut aku." Arah Hamid.

Keempat-empat mereka menuruti lalu mengekori lelaki itu menuju ke satu bilik yang berada paling hujung. Setibanya di bilik itu, terlihat satu mesin yang agak besar dan berteknologi sangat canggih.

"Mesin ni lah jawapan kepada semua persoalan kau dan yang lain-lain." Ujar Hamid.

"Mesin apa ni?" Soal Jefri ingin tahu.

"Ni lah mesin merentasi masa. Aku guna mesin ni kembali ke masa lepas untuk rawat kau." Jelas Hamid.

Keempat-empat mereka terkejut dengan apa yang didengari mereka. Ini kerana mereka tidak menyangka akan kewujudan mesin seperti itu. Namun dengan kepakaran professor Hamid, apa sahaja boleh jadi kenyataan.

"Dengan teknologi canggih yang aku cipta di zaman ni, aku bawa alatan tu semua kembali ke masa lepas. Aku guna semua alatan dan kepakaran aku tu untuk rawat pesakit-pesakit yang tiada harapan di masa lepas." Jelas Hamid lagi.

"Jadi recovery chamber dan hyperbaric chamber yang kami dimasukkan tu semua berasal dari zaman ni lah?" Lokman inginkan kepastian.

"Ya, semua alatan yang saya guna adalah berasal daripada zaman ni untuk membantu kamu semua yang tiada peluang sembuh pada zaman terdahulu." Balas Hamid.

"Kenapa prof bersusah payah travel ke zaman lepas dan bantu kami semua? Kalau Jefri lain lah sebab prof kawan dia, tapi kami semua ni prof tak kenal pun. Kenapa prof tolong kami semua?" Kahar pula ingin tahu.

"Ada sebabnya kenapa saya buat semua tu. Jom kita pergi ke depan semula." Pelawa Hamid.

Mereka berlima kemudian meninggalkan bilik tersebut dan menuju ke ruang hadapan di mana mereka berada sebentar tadi. Setelah berada di situ, kelima-lima mereka terus melabuhkan punggung di atas sofa.

"Kamu semua tahu kan keadaan zaman ni macam mana? Semua daripada mereka adalah golongan LGBT. Tiada siapa lagi yang straight di zaman ni kecuali kumpulan hyper." Jelas Hamid.

"Ya, kami tahu apa yang terjadi dan kami kini menjadi buruan polis." Balas Juliana.

"Jika kumpulan hyper ni tak wujud, ini bermakna hanya tinggal saya je yang terpaksa menentang kerajaan dan rakyat di zaman ni. Itu lah sebabnya saya travel ke masa silam untuk mencari alliance." Jelas Hamid lagi.

"Jadi prof nak semua pesakit yang dirawat oleh prof ni balas jasa prof dengan bersama-sama melawan kerajaan?" Lokman cuba mengagak.

"Saya tak minta kamu semua untuk balas jasa saya. Apa yang saya buat semua ni demi untuk menambah populasi manusia straight di negara ini. Kalau kamu semua mahu bersama saya, tu dah kira sangat beruntung." Jelas Hamid.

"Jangan risau prof, memang kami semua dah berniat untuk melawan kerajaan dan kembalikan semula negara ni seperti sedia kala." Kahar mencelah.

"Kalau kamu semua buat keputusan seperti tu, saya cuma boleh ucapkan terima kasih." Hamid merasa sungguh gembira. Setelah bertahun-tahun berjuang sendirian, akhirnya beliau kini ada rakan seperjuangan.

"Berapa ramai pesakit yang prof masukkan ke dalam hyperbaric chamber?" Kini Juliana pula mencelah.

"Seingat saya semua sekali adalah 119 orang, tapi saya tak pasti berapa ramai yang dah keluar dari chamber." Ujar Hamid.

"Tak silap aku lah, aku orang terakhir yang keluar daripada bilik bawah tanah tempat dimana chamber tu semua tersimpan. Jadi aku rasa semua orang yang kau rawat dah pun sedar dan berada di zaman ni." Ujar Jefri pula.

"Di port kita yang dekat Bentong tu ada 46 orang termasuk kita berempat. Ini bermakna ada lagi 73 orang hyper dekat luar sana." Lokman pula mencelah.

"Kita nak cari semua hyper yang ada dekat luar sana ke?" Soal Kahar.

"Ya, kita cari semua yang ada. Lagi ramai, lagi kuat kumpulan kita. Jadi lebih cerah peluang kita untuk menentang kerajaan." Jelas Lokman.

"Walau seramai mana hyper yang kita berjaya kumpul, mustahil untuk kalahkan kerajaan. Polis dan tentera yang berada di bawah Megat Razmie hampir sejuta. Mustahil dapat kalahkan mereka." Juliana pula mencelah.

"Kau ada idea ke macam mana nak kalahkan kerajaan?" Kini Jefri beralih pula kepada Hamid.

"Aku tak boleh nak cakap yang kita boleh kalahkan kerajaan, tapi sudah semestinya aku ada buat persediaan. Korang tahu tak kenapa aku tinggalkan lokasi tempat ni dalam buku catatan aku?" Soal Hamid.

"Kami pun tak pasti." Balas Lokman.

Bersambung...

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now