Bab 11 : Mencari lokasi

649 30 2
                                    

"Hanya kau sahaja lah harapan kami yang tinggal untuk melihat negara ini kembali pulih dari kesesatan yang melampau. Akhir kata dari ibu dan ayah, kami sayang dan cinta kau buat selama-lamanya." Jefri membaca perenggan terakhir di diari itu.

Air matanya mula mengalir keluar membasahi pipi. Tidak pernah beliau sangka ibu dan ayahnya bersusah payah untuk memastikan beliau sedar dari koma. Beliau juga tidak menyangka pengorbanan besar yang dilakukan mereka.

Bukan sahaja berkorban untuk dirinya, malah mereka juga berkorban untuk negara. Mereka sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan negara daripada terus rosak oleh gerakan LGBT ini.

Jefri kemudian mengelap air matanya yang berada di pipi. Ini bukanlah masanya untuk dirinya bersedih dan meratap akan kematian orang tuanya. Ada misi yang lebih besar perlu dilakukannya.

Beliau perlu meneruskan perjuangan ibubapanya yang terhenti sepuluh tahun lepas. Beliau perlu melawan kerajaan pimpinan Megat Razmie. Ketika sedang berfikir apa yang perlu dilakukan, bahunya ditepuk dari belakang.

"Jangan risau, kitorang akan ada bersama-sama dengan kau." Ujar Lokman.

Lokman, Kahar, dan juga Juliana telahpun membaca isi diari tersebut bersama-sama Jefri sebentar tadi. Jadi mereka juga tahu apa yang telah terjadi kepada ibubapa lelaki itu dan juga orang kampung yang lain.

Mereka juga terasa sangat sedih dengan apa yang terjadi kepada orang kampung itu termasuk ibubapa Jefri. Jadi mereka juga ingin membalas dendam terhadap kerajaan pimpinan Megat Razmie.

"Lepas ni kita nak pergi mana?" Soal Kahar.

"Kita terus ke lokasi yang prof Hamid tinggalkan untuk kita ni." Balas Lokman.

"Kau rasa prof Hamid terkorban sekali dengan orang kampung yang lain ataupun dia terselamat?" Juliana ingin tahu.

"Itu aku tak pasti. Apa-apa pun, kita perlu pergi ke lokasi tu secepat mungkin." Tegas Lokman.

"Jef, jom pergi sekarang. Nanti terlambat pula." Juliana mengajak meskipun dia tahu lelaki itu masih lagi bersedih.

Walaupun masih lagi bersedih, namun Jefri tahu perjuangan perlu diteruskan. Beliau mengetepikan perasaan sedihnya dan mengekori mereka yang lain bagi menuju ke destinasi yang seterusnya.

==================================================================================

Setelah mengharungi perjalanan lebih enam jam, akhirnya mereka tiba di lokasi yang berada di utara tanah air. Memandangkan hari sudah malam, amat sukar bagi mereka untuk mencari lokasi port yang diberitahu.

Apa yang mereka tahu, kini mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan. Namun apa yang peliknya adalah perkampungan itu gelap gelita. Tiada satu pun yang rumahnya dihidupkan lampu atau cahaya.

Rumah-rumah di kampung itu juga kelihatan sangat usang dan tidak terurus. Ia seperti sudah terbengkalai dengan agak lama. Perkampungan itu kelihatan sama seperti kampung Jefri yang sudah lama terbiar.

"Betul ke ni tempatnya?" Juliana inginkan kepastian.

"Mengikut apa yang ada dalam buku catatan prof, inilah tempatnya." Lokman merasa yakin.

"Dah tu kita nak cari apa dekat kampung ni?" Soal Kahar.

"Kita cari port rahsia yang diberitahu dalam buku tu lah." Balas Lokman.

"Macam mana kita nak cari kalau kampung ni pun dah macam ni keadaannya?" Kahar menggelengkan kepalanya.

"Mesti ada petunjuk kalau kita cari. Jomlah keluar." Arah Lokman.

Keempat-empat mereka keluar daripada kereta dengan membawa lampu suluh. Mereka mula meninjau-ninjau kawasan kampung tersebut untuk mencari sesuatu yang boleh dibuat sebagai petunjuk.

Lokman kemudian menghampiri pinggir pantai yang berada di belakang perumahan di kampung itu. Di pinggir pantai itu terlihat banyak sampan yang terbiar dan sudahpun mula usang dan mereput.

Sampan-sampan itu hanya terikat di kayu jeti yang berada di situ. Lokman berasa pelik apabila melihat keadaan jeti itu. Ini kerana jeti itu kelihatan masih utuh dan masih baru tidak sama seperti kawasan kampung ini.

Ini kerana rumah dan sampan di situ semuanya sudah buruk dan usang seperti sudah lama ditinggalkan. Bagaimana jeti tersebut masih lagi boleh kelihatan seperti baru dan tidak dimamah usia?

Lokman terus menghampiri jeti itu untuk melihat dengan lebih dekat. Apabila berada hampir dengan jeti, barulah beliau sedar bahawa jeti itu tidak berada di atas air. Sebaliknya disimen terus ke dalam air.

Beliau merasa pelik kerana tidak pernah melihat jeti seperti itu. Ditinjau-tinjau keadaan lantai jeti tersebut yang diperbuat daripada kayu. Ketika itu lah beliau sedar lantai jeti itu seperti boleh digerakkan.

"Woi, sini kejap!" Lokman berteriak memanggil yang lain. Tiga orang rakannya yang lain itu terus menghampirinya.

"Ada apa?" Soal Kahar sebaik tiba di jeti itu.

"Tolong aku angkat ni jap." Pinta Lokman.

Mereka bertiga hanya menuruti permintaan daripada Lokman. Keempat-empat mereka saling membantu mengangkat lantai jeti itu. Mereka sungguh terkejut melihat ruang dan laluan di bawah jeti tersebut.

"Kenapa ada laluan dekat bawah jeti ni?" Juliana berasa pelik.

"Mungkin ini lah port rahsia yang diberitahu dalam buku catatan prof Hamid." Lokman cuba mengagak.

"Jadi kita nak buat apa sekarang ni?" Soal Kahar pula.

"Kita masuk lah untuk tengok apa yang ada dalam ni." Tanpa berlengah, Lokman terus melompat ke dalam ruang itu.

Ketiga-tiga yang lain juga kini membuat perkara yang sama dan melompat ke dalam ruang itu. Apabila berada di bawah, mereka dapat melihat ada laluan untuk turun lebih dalam. Lokman mula melangkah kakinya untuk turun ke bawah.

Ketiga-tiga yang lain juga kini mengekori dari belakang sambil menyuluh jalan itu menggunakan lampu suluh. Semakin mereka berjalan ke bawah, suhu persekitaran menjadi semakin panas.

"Kenapa makin panas kawasan ni ye?" Soal Jefri.

"Kita dah makin dalam ke bawah laut, tu lah sebabnya makin panas." Jelas Lokman.

"Kita ke dalam laut? Maknanya port yang kita cari ni bertempat di bawah laut?" Jefri inginkan kepastian.

"Ya, takkan lah kau tak perasan dari atas jeti tadi kita bergerak semakin ke bawah. Bermakna port yang kita nak cari ni pun jauh ke dalam laut." Jelas Lokman lagi.

"Kenapa port ni boleh ada bawah laut, dan siapa yang bina port ni?" Juliana ingin tahu.

"Aku pun tak pasti, cuma prof Hamid je boleh jawab soalan tu." Balas Lokman.

Seketika berjalan, akhirnya mereka tiba juga ke penghujung jalan. Di hadapan mereka kini ada sebuah pintu yang besar dan diperbuat daripada besi. Lokman cuba menolak pintu itu namun terlalu berat.

Kini Jefri, Kahar, dan juga Juliana sama-sama membantu menolak pintu itu. Setelah bertungkus lumus, akhirnya pintu itu terbuka sedikit. Namun sudah cukup untuk mereka masuk ke dalamnya.

Apabila sudah berada di dalam, mereka sungguh terkejut melihat kawasan itu. Ia seperti ruang bangunan yang luas dengan diterangi oleh cahaya lampu. Ruang bangunan itu juga dilengkapi oleh penghawa dingin.

Di dalam ruang bangunan itu dipenuhi dengan mesin yang mereka tidak pernah lihat. Ia seperti mesin yang wujud pada masa hadapan. Ruang bangunan itu juga kelihatan bersih tanpa ada habuk.

Bersambung...

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now