Bab 10 : Catatan di diari

718 27 1
                                    

Jun 1990 :-

Kami mendapat perkhabaran yang sungguh tidak dijangka. Jefri terlibat dengan kemalangan jalan raya dan dihantar ke hospital Bentong. Berita itu sangat memberi tamparan hebat kepada kami memandangkan Jefri adalah satu-satunya anak kami.

Disember 1990 :-

Setelah enam bulan berada di hospital Bentong, Jefri dipindahkan pula ke hospital pakar di Kuala Lumpur. Di sana beliau diuruskan oleh doktor yang pakar dalam mengendalikan pesakit yang dalam keadaan koma. Kami sangat berharap anak kami akan kembali pulih seperti sedia kala.

September 1992 :-

Setelah lebih dua tahun, keadaan anak kami masih lagi seperti itu. Doktor telah pun mengalah dan mencadangkan untuk menghentikan life support machine. Ini kerana menggunakan masin itu sangat tinggi.

Kami tidak mahu mengalah, namun apakan daya kami tiada lagi cara lain. Setelah berbincang, kami akhirnya akur dan terpaksa menerima takdir. Kami terpaksa merelakan Jefri untuk pergi buat selama-lamanya.

Secara tiba-tiba kami mendapat peluang baru apabila seorang lelaki bernama professor Hamid muncul. Beliau telah memberi jaminan untuk membantu merawat Jefri sehingga sembuh tanpa meminta satu sen pun.

Januari 1993 :-

Jefri sekali lagi dipindahkan ke tempat lain. Kali ini beliau dibawa menuju ke sebuah tempat di Johor. Tempat itu adalah tempat di mana professor Hamid menjalankan rawatan ke atas pesakit-pesakitnya.

Tempat itu sangat pelik kerana dilengkapi dengan pelbagai mesin yang tidak pernah wujud pada zaman ini. Kami sendiri tidak tahu daripada mana kah professor Hamid mendapatkan segala peralatan tersebut.

Di dalam tempat itu juga terdapat ramai pesakit yang koma dan diletakkan di dalam tiub yang dinamakan recovery chambers. Cara perubatan itu kelihatan sangat maju jika dibanding dengan zaman ini.

Terasa seperti kami berada di zaman yang berbeza. Walaupun masih lagi tidak mempercayai professor Hamid seratus peratus, namun kami tiada pilihan. Kami tetap menyerahkan Jefri untuk dirawat lelaki itu.

Jun 2000 :-

Genap setahun Jefri dalam keadaan koma, namun keadaannya masih tidak berubah. Memandangkan beliau kini ditempatkan di Johor, sangat sukar bagi kami untuk mengetahui perkembangan semasa anak kami itu.

Kami tidak tahu apa yang dilakukan oleh professor Hamid bagi memastikan anak kami pulih seperti sediakala. Apa yang kami mampu lakukan kini hanyalah berdoa supaya Jefri mampu sedar dari koma dan sembuh sepenuhnya.

Selain risaukan akan kesembuhan Jefri, kami juga risaukan akan keadaan semasa di negara ini. Kami sedari ada satu gerakan mula berjalan di negara ini. Gerakan pelik dari barat yang dikenali sebagai LGBT.

April 2009 :-

Sudah sepuluh tahun berlalu, namun Jefri masih lagi belum sedar. Keberadaan professor Hamid juga sehingga kini kami tidak tahu. Setiap kali pergi ke tempat rawatan, lelaki itu tidak pernah ada.

Apa yang diberitahu oleh pekerja di situ, professor hamid kini sedang menjalankan misi yang lebih besar. Misi untuk menghalang gerakan LGBT daripada terus menjalar dengan lebih pesat di negara ini.

Bercakap mengenai gerakan LGBT, kini hampir separuh daripada penduduk negara ini sudah menerima ideologi gerakan itu. Rata-rata orang muda sudahpun menjalankan aktiviti songsang yang diharamkan agama.

Kini negara ini sudah tidak tumpah seperti zaman nabi Luth dahulu. Sesama jenis sudah berani bercium mulut di khalayak ramai. Malah di kaca televisyen dan media masa juga telah mempromosikan LGBT.

Cerita-cerita yang ditayangkan di televisyen dan lagu-lagu yang berkumandang di corong-corong radio semuanya berunsurkan LGBT. Mereka menghasut orang ramai supaya mempraktikkan hubungan songsang ini.

Tiada apa lagi yang mampu kami lakukan ketika ini kerana rakyat di negara ini sudahpun menerima ideologi ini. Kami terpaksa mematikan televisyen dan radio supaya tidak terjabak dengan gerakan songsang ini.

Mei 2014 :-

Ideologi LGBT semakin meruncing di negara ini. Majoriti anak muda di negara ini sudahpun mempraktikkan hubungan songsang ini. Mereka tidak lagi memandang ke arah pasangan yang berlainan jantina.

Semua daripada mereka hanya bercinta dengan pasangan sesama jenis. Cuma warga emas di negara ini sahaja yang masih tetap dengan pendirian. Akibat pendirian kami, tiada lagi kebebasan bagi kami.

Sesiapa yang masih dengan cara hidup lama akan teruk dikerjakan oleh orang muda. Kami jadi takut untuk keluar ke bandar. Sudah pasti kami akan menjadi sasaran serang oleh orang-orang muda ini.

Yang hanya berani berhadapan mereka cumalah professor Hamid. Beliau telah menubuhkan satu parti politik dan cuba memerintah negara ini bagi mengubah kembali negara ini seperti sedia kala.

Februari 2020 :-

Tahun ini adalah kemuncak yang mengubah lanskap negara ini. Professor Hamid menentang Megat Razmie untuk jawatan perdana menteri negara ini. Namun malangnya professor Hamid kalah teruk dalam pilihan raya.

Beliau hanya memenangi 6 peratus sahaja undi, manakala Megat Razmie memenangi 94 peratus undi. Kini Megat Razmie berjaya memerintah negara ini secara majoriti. Beliau mengubah undang-undang secara suka hati.

Di sini lah bermulanya mimpi ngeri negara ini apabila Megat rasmi telah menjalankan undang-undang di mana diwajibkan setiap rakyat untuk menjalankan hidup secara songsang dan bertentangan dengan agama.

Paling memedihkan adalah 94 peratus rakyat negara ini menyokong perbuatan tersebut dan bersorak gembira dengan undang-undang durjana itu. Bukan itu sahaja, malah Megat Razmie juga mengarahkan 6 peratus rakyat yang tidak menyokongnya dipenjarakan.

Professor Hamid dan pengikut-pengikutnya terpaksa melarikan diri dan bersembunyi di kampung ini. Hanya di sini sahaja lah rakyat yang menerima dirinya. Mungkin kerana kampung ini adalah tempat kelahirannya.

Julai 2020 :-

Hari ini mungkin adalah hari terakhir aku menulis diari ini. Ini kerana pihak polis sudahpun mengepung kampung ini sepenuhnya. Mereka mengarahkan kami untuk menyerah diri dan patuh arahan.

Namun professor Hamid tidak akan sesekali menyerah dan tunduk dengan undang-undang ciptaan Megat Razmie. Kami semua juga bersetuju dengan professor Hamid untuk melawan bermati-matian.

Anakku Jefri, jika suatu hari kau sedar dari koma, ibu berharap kau teruskan legasi yang kami tinggalkan. Kau ubah lah negara ini menjadi seperti sedia kala. Kau kembalikan lah negara ini daripada terus songsang.

Hanya kau sahaja lah harapan kami yang tinggal untuk melihat negara ini kembali pulih dari kesesatan yang melampau. Akhir kata dari ibu dan ayah, kami sayang dan cinta kau buat selama-lamanya.

Bersambung...

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now