Bab 14 : Megat Razmie

534 20 0
                                    


"Maksud kau Zamie? Megat Razmie tu Zamie?" Soal Jefri seperti tidak percaya.

"Ya, PM negara sekarang ni iaitu Megat Razmie adalah Zamie kawan baik kita satu ketika dulu." Jelas Hamid.

"Ya Allah, kenapa boleh jadi macam tu? Negara kita sekarang ni hancur adalah disebabkan Zamie? Aku tak boleh nak percaya Zamie sanggup buat semua tu?" Jefri tidak dapat menerima kenyataan.

"40 tahun dah berlalu Jef, memang aku tahu kau tak boleh nak terima kenyataan. Malangnya ni semua adalah realiti dan kita terpaksa tempoh semua dugaan tu." Jelas Hamid lagi.

"Tapi kenapa boleh jadi macam tu? Mesti ada sebab Zamir boleh berubah macam tu sekali." Jefri inginkan jawapan.

"40 tahun tu terlalu panjang masanya. Sedangkan dalam masa setahun pun orang boleh berubah, apatah lagi 40 tahun. Terlalu banyak faktor yang boleh membuatkan orang berubah." Hamid tidak tahu jawapan apa lagi perlu diberi.

"Aku pun tak tahu apa yang terjadi dekat Zamie, tapi disebabkan aku koma selama 40 tahun, aku masih terasa lagi yang kau dan Zamie masa muda seperti beberapa bulan lepas." Ujar Jefri.

"Aku masih lagi ingat bila hujung bulan lepas dapat gaji, kita pergi ke KL untuk tengok konsert rock dekat funfair. Sambil tunggu konsert waktu malam, jadi waktu siang kita ke Pertama Kompleks belek kaset." Tambah Jefri lagi.

"Kalau tak ke Pertama, kita ke Campbell. Aku ingat lagi hujung tahun 80-an dulu banyak band metal dari luar negara lancarkan album. Metallica And Justice for All, Megadeth So Far So Good, So What!" Hamid mencelah.

"Tak lupa juga dengan scene muzik rock tanah air masa tu. Banyak band-band tempatan yang keluarkan lagu-lagu muzik keras masa tu macam XPDC dan FTG. Rindunya nak balik ke ke zaman asal aku." Jefri mula terkenang.

"Kau nak balik ke masa lepas ke?" Soal Hamid.

"Maksud kau guna mesin merentas masa kau tu ke? Boleh ke mesin tu berfungsi?" Jefri menjadi teruja.

"Mesin rentas masa aku tu bukanlah macam dalam movie yang boleh buat kau rentas masa sesuka hati. Penggunaan mesin tu ada limit." Jelas Hamid.

"Limit macam mana tu?" Jefri ingin tahu lagi.

"Setiap kali aku pergi ke masa lepas, aku cuma boleh spent beberapa hari je dekat sana sebelum automatik dihantar kembali ke masa kini. Lagi satu yang paling susah adalah energy sources." Jelas Hamid lagi.

"Kenapa dengan energy sources?" Soal Jefri.

"Mesin ni menggunakan liquid hydrogen dan juga liquid oxygen sebagai energy sources." Jelas Hamid lagi.

"Benda apa tu?" Jefri tidak mengerti.

"Liquid hydrogen dan juga liquid oxygen juga adalah energy sources yang digunakan pada roket. Benda ni susah nak dapat, tu lah sebabnya penggunaan mesin ni sangat terhad." Terang Hamid lagi.

"Kau memang takde lagi lah liquid hydrogen dan liquid oxygen untuk digunakan pada mesin rentas masa tu?" Wajah Jefri seperti agak kecewa.

"Aku pun tak tahu kalau simpanan aku tu dah dirampas kerajaan ataupun belum. Tempat aku simpan liquid hydrogen dan liquid oxygen ni dulu adalah di kampung kita tu hahh." Balas Hamid.

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now