Bab 9 : Rumah pusaka

930 25 2
                                    

"Dalam buku catatan tu juga prof Hamid minta semua pesakitnya yang sedar dari chambers supaya bersatu hati dan menentang Megat Razmie. Beliau meminta kita kembalikan negara ni ke asal." Tambah Lokman lagi.

"Macam mana prof Hamid tahu yang Megat Razmie akan jadi perdana menteri pada zaman ni? Adakah dia boleh travel masa?" Soal Jefri.

"Itu aku tak pasti, tapi dalam catatan buku dia ada bagi lokasi port kita sekarang ni dan satu lagi lokasi. Kita kena pergi lokasi satu lagi tu untuk tahu apa yang dia simpan di sana." Jelas Lokman.

"Kalau macam tu jom lah kita ke lokasi satu lagi, kita nak tunggu apa lagi?" Tegas Kahar.

"Kita tak boleh nak gerak sebarangan sebab polis tengah buru hyper sekarang ni." Jelas Lokman.

"Dah tu kita nak buat macam mana ni?" Soal Kahar.

"Jue, kau ada bawa benda yang aku suruh tu ke?" Lokman beralih pula kepada Juliana.

"Ada ni hahh." Juliana kemudian mengeluarkan sesuatu daripada dalam beg plastik besar.

"Kau dah gila ke? Jangan cakap kau nak suruh kitorang pakai benda ni?" Kahar seperti tidak percaya.

"Kita dah takde cara lain. Ni jelah caranya untuk kita sorokkan identiti kita sebagai hyper." Jelas Lokman.

"Aduh kau nak suruh pakai baju k-pop ni ke? Jangan cakap kau nak suruh kitorang pakai make up macam artis k-pop juga?" Soal Kahar. Persoalan itu dibalas dengan anggukan kepala oleh Lokman.

"Kau dah gila ke?" Kahar tidak rela.

"Sekejap je untuk kita pergi ke lokasi yang prof Hamid bagitahu tu." Ujar Lokman.

"Memandangkan kita nak keluar ni, boleh tak kita pergi satu tempat ni dulu sebelum kita cari lokasi tu?" Jefri mencelah.

"Kau nak pergi mana?" Soal Lokman.

"Kan aku pernah bagitahu korang yang port kita sekarang ni dulu pernah jadi port rahsia aku dengan kawan-kawan aku. Kenapa port ni jadi tempat lepak kitorang, sebab rumah aku tak jauh dari sini." Jelas Jefri.

"Ni maknanya kau berasal dari sini lah ye?" Soal Kahar.

"Ye, tak jauh dari sini terletaknya bandar Bentong. Kat situ lah tempat aku lahir dan membesar." Jelas Jefri.

"Tapi untuk apa kau pergi sana? Kau kan dah koma selama 40 tahun, aku tak rasa ada lagi keluarga kau yang tinggal." Ujar Lokman.

"Mungkin mereka dah takde, tapi mungkin ada sesuatu yang mereka tinggal untuk aku. Tu lah sebabnya kenapa aku nak check rumah aku tu." Jelas Jefri.

"Kalau macam tu yelah, jom kita ke sana dulu sebelum kita ke lokasi yang prof Hamid tinggalkan tu." Lokman bersetuju.

==================================================================================

Kira-kira 15 minit memandu kereta, mereka akhirnya tiba di sebuah kampung. Namun kampung itu kelihatan seperti tidak berpenghuni. Kampung itu kelihatan sudah terbengkalai agak lama.

"Betul ke sini tempat tinggal kau dulu?" Soal Kahar.

"Ya betul, ni kampung aku dulu. Kenapa kampung ni boleh jadi macam ni?" Jefri berasa hairan.

"Rumah keluarga kau kat mana?" Soal Lokman pula.

"Rumah aku kat hujung kampung ni. Kau jalan terus je." Arah Jefri.

Lokman menuruti lalu memandu kereta itu terus ke hujung jalan. Setelah seketika, akhirnya mereka tiba di sebuah rumah di hujung kampung. Kelihatan rumah itu juga terbengkalai dan tidak berpenghuni.

"Ni ke rumah kau?" Kini Juliana pula menyoal setelah kereta itu berhenti di halaman rumah itu.

Namun persoalan itu tidak dibalas oleh Jefri, sebaliknya beliau terus melangkah keluar daripada kereta itu. Beliau terus menuju ke dalam rumah itu dengan matanya kini berkaca. Terasa sungguh sebak di dada.

Walaupun rumah itu sudah usang dimakan anai-anai, namun Jefri masih mengecam rumah itu. Tidak banyak beza bentuk rumah itu jika dibanding dengan 40 tahun lepas. Di situlah tempat beliau membesar.

Ketika berada di dalam rumah itu, kelihatan perabot dan dinding rumah itu sudah berhabuk dan reput dimakan anai-anai. Jelas rumah itu sudahpun tidak berpenghuni untuk satu jangka yang lama.

Beliau terus berlari menuju ke bilik tidur orang tuanya. Keadaan bilik tidur itu juga tidak banyak beza dengan keadaan di ruang tamu. Semua perabot juga sudah usang dan hanya menanti hancur.

Beliau tidak tahu kemanakah orang tuanya pergi dan kenapakah mereka meninggalkan rumah ini. Namun melihat daripada persekitaran rumah, beliau yakin ibubapanya tidak berpindah rumah.

Ini kerana gambar di bingkai, perhiasan rumah, dan juga pakaian di dalam almari masih lagi berada di dalam rumah tersebut. Mustahil jika mereka berpindah rumah, mereka tinggalkan barang-barang itu begitu sahaja.

"Jef, aku buat research pasal kampung kau ni." Kelihatan Lokman muncul sambil memegang tablet di tangan.

"Apa maklumat yang kau dapat pasal kampung aku ni?" Jefri ingin tahu.

"Sepuluh tahun lepas masa PM buat undang-undang semua rakyat wajib jadi gay, seluruh negara bersorak dan setuju dengan undang-undang tu. Cuba ada satu kumpulan je yang menolak." Ujar Lokman.

"Kumpulan yang dimaksudkan tu orang kampung ni ke?" Jefri semakin ingin tahu.

"Ya, hanya orang kampung ni je yang menentang undang-undang gila tu. Jadi PM arahkan polis untuk tangkap orang-orang kampung ni, tapi orang-orang kampung ni melawan." Jelas Lokman.

"Dengan diketuai oleh seorang professor, mereka berperang bermati-matian dengan polis. Malangnya orang-orang kampung ni kalah dan mereka semua kini dah hilang dari muka bumi." Jelas Lokman lagi.

"Siapa professor yang ketuai diorang tu?" Tiba-tiba Kahar muncul dan menyoal.

"Dalam artikel ni takde pula bagitahu siapa professor tu." Balas Lokamn.

"Korang terfikir benda yang aku fikir tak?" Tiba-tiba Juliana pula muncul dan menyoal.

"Maksud kau professor yang ketuai kumpulan ni ke?" Lokman inginkan kepastian. Juliana menganggukkan kepalanya.

"Kalau bukan prof Hamid, siapa lagi?" Ujar Kahar.

"Kalau semua orang kampung ni dah takde, bermakna mak ayah aku pun dah takde lah." Jefri kini terduduk ke lantai.

Air matanya mula bergenang kerana beliau tidak lagi dapat bertemu dengan mereka. Terasa sungguh sedih apabila mengenangkan yang beliau tidak dapat tahu langsung perkembangan ibu bapanya selama ini.

Sedang beliau berduka lara, tiba-tiba matanya terpandang ke arah sesuatu yang berada di bawah almari. Beliau menghampiri almari, lalu menarik keluar bungkusan tersebut. Kelihatan ia dibungkus dengan plastik yang tebal.

Beliau kemudian terus sahaja membuka setiap lapisan plastik itu. Setelah kesemua lapisan plastik dibuang, kini terlihatlah barang apa yang dibungkus di dalamnya. Ia adalah sebuah buku catatan.

Tanpa berlengah beliau terus sahaja membuka buku itu. Walaupun buku itu jelas sudah lama, namun isinya masih lagi cantik. Mungkin kerana buku itu disimpan dengan rapi dan terjaga selama ini.

Lokman, Kahar, dan Juliana kini berdiri di belakang Jefri. Mereka juga ingin tahu catatan penting apakah yang berada di dalam buku itu. Jefri mula membuka helaian itu dan jelas kelihatan tulisan tangan ibunya.

Bersambung...

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now