Bab 8 : Perancangan

934 25 1
                                    

"Macam mana kau jumpa port ni?" Soal Jefri.

"Sebenarnya aku ikut arahan yang diberikan pada aku oleh Prof Hamid." Jelas Lokman.

"Prof Hamid? Kau ada jumpa dia ke? Bukan takde sorang pun dalam hyper ni jumpa dia lepas kita semua keluar dari chambers?" Juliana berasa pelik.

"Aku tak jumpa dia, tapi aku jumpa nota yang dia tinggalkan. Dalam buku nota tu lah dia ada bagitahu tempat persembunyian ni." Jelas Lokman lagi.

"Tempat ni walaupun dah hampir empat dekad, tapi tak banyak yang berubah." Ujar Jefri sambil memandang sekeliling.

"Kau tahu ke tempat ni?" Soal Juliana.

"Dekat sini lah port rahsia aku dan kawan-kawan aku selalu lepak. Sini adalah hutan simpan Bukit Tinggi. Depan sikit dari sini korang boleh jumpa air terjun Chamang." Jelas Jefri.

"Boleh aku tahu port lama kita tu dan bangunan yang menempatkan chamber kita tu dekat mana sebenarnya?" Soal Jefri lagi.

"Port lama kita dulu dekat Johor Bahru." Ujar Lokman.

"Macam mana aku boleh berada di JB selama empat dekad ni ye?" Jefri semakin ingin tahu.

"Takde siapa yang tahu macam mana kita boleh hidup dalam chamber tu bertahun-tahun lamanya kecuali Prof Hamid." Juliana pula mencelah.

"Aku nak sangat jumpa prof Hamid ni. Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran aku sekarang ni." Ujar Jefri.

"Yang tu nanti kita fikirkan. Buat masa sekarang ni jom bawa barang-barang kita dan pilih pondok mana untuk jadi port kita." Ujar Juliana.

Jefri menuruti lalu mengangkut barang-barang Juliana yang berada di dalam kereta. Beliau mahu bertanya banyak perkara lagi, namun beliau tahu ini bukan masa yang sesuai. Mereka semua keletihan setelah melarikan diri dari polis.

==================================================================================

Januari, 2030

Sudah sebulan berlalu semenjak Jefri sedar dari koma. Ini bermakna sudah sebulan jugalah beliau hidup di dunia yang sungguh asing bagi dirinya. Beliau masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri di zaman ini.

"Sampai bila kita nak menyorok dalam hutan ni?" Soal Jefri.

"Macam aku bagitahu sebelum ni kalau kau nak hidup aman di zaman ni kau kena pakai make up, pakai baju faminine, kena dengar lagu ala-ala k-pop." Kau sanggup ke?" Kahar pula menyoal.

"Memang lah tak sanggup, tapi sampai bila kita nak jadi pelarian macam ni?" Jefri inginkan jawapan.

"Aku pun tak tahu. Kau ada idea ke?" Kahar menyoal lagi.

"Aku nak ubah dunia ni. Aku nak ubah kehidupan orang di zaman ni untuk kembali menjadi normal." Tegas Jefri.

"Kau nak ubah macam mana?" Kahar ingin tahu.

"Untuk ubah semua ni, kita kena ubah dari mula. Siapa nama PM zaman ni?" Soal Jefri.

"Megat Razmie." Balas Kahar.

"Kita kena mula dari dia dulu. Kita kena turunkan dia dan angkat orang lain jadi PM." Jelas Jefri.

"Kau tahu tak masa tahun 2020 dia menang undi sebanyak 87%, manakala tahun 2025 dia menang undi sebanyak 98%. Seluruh rakyat negara ni sayang dia, jangan harap kita boleh gulingkan dia." Jelas Kahar.

"Habis tu kita nak buat macam mana ni?" Jefri inginkan kepastian.

"Kalau aku senang je." Kahar kemudian mengeluarkan pistol dari jaketnya, lalu mengisi peluru ke dalam pistol itu.

"Kau dah gila ke nak bunuh dia?" Jefri tidak bersetuju.

"Kau dah lupa ke yang kita dah bunuh polis dekat port lama kita dulu. Jadi apa yang kau takut sangat nak bunuh orang?" Kahar berasa pelik.

"Yang tu lain. Dah polis tu tembak aku dulu, aku terpaksa lah balas balik. Tapi dalam kes ni, dia tak serang kita pun." Jelas Jefri.

"Apa benda pula tak serang? Kau ingat siapa yang hantar polis-polis tu untuk buru kita?" Soal Kahar.

Jefri tertunduk ke lantai kerana apa yang diperkatakan oleh Kahar ada betulnya. Dunia kini dah berubah kerana perdana menteri ketika ini. Mahu tidak mahu, beliau terpaksa menghentikan lelaki itu daripada terus menerajui kerajaan.

"Kahar, Jeff, sini kejap!" Tiba-tiba kedengaran suara orang memanggil.

Jefri dan Kahar serentak memaling wajah mereka ke arah suara tersebut. Kelihatan Lokman bersama dengan Juliana sedang berdiri tidak jauh dari situ. Kahar dan Jefri terus bangkit dan menuju ke arah mereka.

"Ada apa?" Soal Kahar sebaik menghampiri mereka.

"Cuba tengok ni." Lokman menunjukkan skrin di tabletnya.

"Oh ni ke yang korang panggil tablet tu ye? Yang jadi pengganti surat khabar tu?" Jefri menjadi teruja melahat tablet buat kali pertama dalam hidupnya.

"Haah ni tablet. Bukan setakat pengganti surat khabar, tapi macam-macam lagi function yang ada dalam ni." Jelas Lokman.

"Kau dapat dari mana ni?" Soal Kahar pula.

"Aku curi dekat kedai phone. Yang tu tak penting, apa yang penting sekarang ni cuba kau baca berita ni." Arah Lokman.

"Kerajaan mengarahkan semua hyper menyerah diri dan menjadi gay seperti semua rakyat yang lain." Kahar membaca keratan di tablet itu.

"Jika hyper berdegil, kerajaan akan melancarkan serangan besar-besaran dan menghapuskan semua hyper." Kini Jefri pula membaca keratan di tablet itu.

"Jadi apa yang kita nak buat ni?" Jefri menyoal Lokman.

"Aku nak tanya korang bertiga, apa yang korang nak buat sekarang ni?" Lokman inginkan kepastian.

"Aku lebih rela mati daripada jadi gay!" Tegas Kahar.

"Aku pun tak rela jadi gay. Kalau boleh, aku nak balik semula ke zaman aku." Ujar Jefri.

"Kau pula macam mana?" Lokman menyoal Juliana.

"Aku tak kesah jadi lesbian, tapi aku taknak hidup dengan orang-orang di zaman ni. Aku nak hidup dengan korang." Tegas Juliana.

"Kalau aku ajak korang semua berperang dengan kerajaan zaman ni, korang akan ikut tak?" Lokman inginkan kepastian.

"Of course lah! Dah berapa tahun kita bersama, kenapa kau nak tanya lagi? Semestinya aku akan berjuang bersama-sama kau." Tegas Kahar.

"Kalau macam tu korang sanggup ke mati bersama-sama aku?" Soal Lokman lagi.

"Aku lebih rela mati daripada ikut undang-undang zaman ni." Jujur Jefri.

"Kalau macam tu kita mulakan operasi kita." Ujar Lokman.

"Kita nak mulakan macam mana ni?" Juliana pula menyoal.

"Kau ingat tak yang aku cakap aku ikut arahan daripada prof Hamid?" Soal Lokman.

"Ingat!" Serentak jawapan daripada mereka bertiga.

"Dalam buku catatan prof Hamid ada bagitahu satu masa Megat Razmie akan diangkat jadi perdana menteri, dan lelaki itu akan ubah negara ni menjadi negara umat nabi Lut." Ujar Lokman.

"Dalam buku catatan tu juga prof Hamid minta semua pesakitnya yang sedar dari chambers supaya bersatu hati dan menentang Megat Razmie. Beliau meminta kita kembalikan negara ni ke asal." Tambah Lokman lagi.

"Macam mana prof Hamid tahu yang Megat Razmie akan jadi perdana menteri?" Soal Jefri.

Bersambung...

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now