Bab 3 : Sedar

1.4K 33 1
                                    

"Abang percaya ke dekat lelaki tu?" Soal Fatimah sebaik kelibat lelaki itu pergi.

"Entahlah. Abang pun masih ragu-ragu lagi." Balas Jamal.

"Dia cakap dia kenal anak kita, sejak bila pulak anak kita berkawan dengan orang yang lagi tua dari kita?" Fatimah seperti tidak percaya.

"Entahlah, tapi kan muka dia macam pernah abang tengok. Dekat mana ya?" Jamal cuba mengingati.

"Dah tu macam mana sekarang ni?" Soal Fatimah.

"Macam mana apa lagi, kita tunggu dan lihat jelah." Balas Jamal.

==================================================================================

Januari, 1993

"Terima kasih sebab mempercayai saya." Ucap Prof. Hamid.

"Kenapa tempat ni bawah tanah?" Soal Fatimah sebaik tiba di bilik yang agak luas itu.

"Barulah sesuai untuk buat research." Balas Prof. Hamid.

"Jadi mana anak kami?" Soal Jamal pula.

"Marilah ikut saya." Pelawa Prof. Hamid.

Mereka bertiga kemudian berjalan menuju ke satu pintu. Setelah pintu itu dibuka, kelihatan ada pelbagai tiub yang besar di situ. Paling memeranjatkan pasangan suami isteri itu adalah di dalam tiub itu ada tubuh manusia.

"Siapa mereka dalam tiub ni?" Soal Fatimah setelah melihat manusia terapung di dalam tiub yang dipenuhi air itu. Kelihatan ada alat pernafasan disambung ke mulut pesakit tersebut.

"Mereka semua adalah pesakit yang hampir pasti tiada harapan sembuh. Di sini adalah tempat di mana kami cuba menghidupkan balik harapan tersebut." Jelas prof. Hamid.

"Habis tu kenapa diorang semua berbogel?" Soal Jamal yang sedang melihat tubuh seorang wanita tanpa seurat benang di dalam salah satu tiub tersebut.

"Air yang kami guna dalam chamber tu adalah herba yang terbaik untuk recover muscle. Itulah sebab kenapa mereka berbogel, untuk menyerap herba tersebut." Prof. Hamid memberi penjelasan.

"Jadi, mana anak kami?" Soal Fatimah.

"Ada di hujung sekali." Balas Prof. Hamid.

Pasangan suami isteri itu kemudian berjalan menuju ke salah satu tiub yang berada di hujung bilik. Kelihatan Jefri sedang berada di dalamnya tanpa seurat benang. Terasa ingin menitik air mata Fatimah melihat keadaan anaknya.

"Betul ke rawatan ni boleh sembuhkan anak kami?" Fatimah inginkan kepastian.

"Kami berusaha, tapi tuhan menentukan. Sama-samalah kita berdoa supaya mereka mampu sembuh seperti sedia kala." Jelas prof. Hamid.

Fatimah kemudian memeluk suaminya sambil menangis. Dia tidak tahu bagaimana mahu mengharungi hidup tanpa anak tunggal mereka buat masa sekarang. Apa yang dia mampu lakukan hanyalah berdoa supaya anak mereka kembali sembuh.

*PS :- (Nak tahu tiub macam mana pesakit ditempatkan, korang boleh tengok cerita dragonball. Mesin yang sama Vegeta guna untuk recovery. Search dragonball recovery chambers)

==================================================================================

Disember, 2029

Jefri membuka matanya perlahan-lahan buat kali pertama. Terasa sungguh berat kelopak matanya untuk dibuka dengan luas. Apabila matanya sudah terbuka, terasa sungguh silau keadaan persekitaran.

Apabila diperhati betul-betul, kelihatan kaca di atas, di kiri, dan di kanannya. Barulah beliau sedari yang beliau kini berada di dalam hyperbaric chamber. Beliau tidak tahu kenapakah beliau berada di dalamnya.

Beliau mencari-cari cara untuk membuka pintu chamber itu. Setelah seketika mencuba, akhirnya beliau berjaya membuka pintu tersebut. Tanpa berlengah, beliau terus keluar daripada hyperbaric chamber itu.

Setelah berada di luar, kelihatan terdapat banyak lagi hyperbaric chamber yang tersusun di sebelahnya. Namun kesemua hyperbaric chamber itu kosong dan tiada pesakit yang berada di dalamnya.

Beliau kemudian membuka pintu bilik tersebut dan kelihatan ruang di luar bilik itu agak luas. Terdapat banyak tiup rawatan tetapi sudahpun kosong. Jefri berasa agak pelik melihat tiub-tiub tersebut.

Beliau tidak tahu dimanakah keberadaan dirinya ketika ini. Beliau juga tidak ingat apa yang terjadi kepada dirinya sebelum ini. Beliau terus mencari pintu yang lain untuk keluar daripada bangunan itu.

Ketika membuka pintu yang agak besar di hujung bilik itu, beliau terpandang cermin yang berada di dinding. Barulah beliau sedar yang beliau dalam keadaan berbogel. Ini membuatkan beliau menjadi semakin pelik.

Kenapakah tubuhnya tidak ditutupi oleh apa-apa di tempat yang asing ini. Sambil mencari jalan untuk keluar daripada situ, sambil itu jugalah beliau mencari-cari jika ada pakaian untuk disarungkan.

Akhirnya beliau terlihat ada almari pakaian di dalam salah satu bilik. Beliau terus membuka almari itu dan terlihatlah pakaian yang sangat berhabuk. Ia seperti tidak terusik dan sudah ditinggalkan begitu lama.

Beliau tidak peduli dengan habuk di pakaian tersebut, yang penting tubuhnya tidak terdedah. Setelah menyarung t-shirt dan seluar jeans di tubuh, beliau meneruskan lagi langkahnya mencari jalan keluar.

Akhirnya beliau terlihat sebuah lif di hujung bangunan. Tanpa membuang masa, beliau terus masuk ke dalam lift itu dan menekan butang F. Ketika lift itu mula bergerak naik, barulah beliau perasan yang beliau dari tingkat gf5.

Ini bermakna bilik di mana beliau datang tadi adalah lima tingkat di bawah paras bumi. Ini membuatkan beliau menjadi semakin musykil kenapakah beliau berada di tempat seperti itu. Seketika kemudian beliau tiba di aras floor.

Tidak kelihatan sesiapa pun berada di aras itu, malah lampu juga tidak menyala dan persekitaran agak gelap. Beliau terus keluar daripada bangunan itu setelah terlihat pintu besar berada di lobi bangunan.

Barulah beliau perasan yang bangunan itu sebenarnya sudah terbengkalai. Namun bagaimana bilik di mana beliau berada sebentar tadi masih lagi mempunyai sambungan elektrik? Beliau juga tidak pasti.

Beliau kemudian meninggalkan perkarangan bangunan itu dan menuju ke luar pagar. Ketika itu jugalah beliau berasa hairan dan tergamam melihat persekitaran. Ini kerana terlalu banyak bangunan yang besar dan tinggi.

Ini membuatkan beliau menjadi semakin musykil sama ada beliau masih lagi berada di Malaysia ataupun luar negara. Cuaca juga sangat panas sehingga menyebabkan beliau berpeluh di bawah pancaran matahari.

Setahunya Malaysia tidaklah sepanas ini, dan juga tidak mempunyai semua bangunan seperti itu. Beliau kemudian menyambung lagi berjalan dan berharap dapat bertemu dengan sesiapa untuk bertanya.

Seketika berjalan, akhirnya beliau terlihat dua orang lelaki sedang berjalan sambil berpegangan tangan. Kedua-dua lelaki itu memakai pakaian yang agak pelik dan mengenakan makeup di wajah.

Terasa geli pula tekaknya melihat perwatakan kedua-dua lelaki itu kerana tidak seperti lelaki melayu. Namun beliau tiada pilihan lain selain daripada menghampiri kedua-dua mereka bagi mendapatkan jawapan.

"Minta maaf saudara, boleh saya tanya sesuatu tak? Ni negara Malaysia ke?" Jefri memulakan pertanyaannya.

Bersambung...

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now