Bab 13 : Teknologi canggih

601 21 2
                                    

"Aku tak boleh nak cakap yang kita boleh kalahkan kerajaan, tapi sudah semestinya aku ada buat persediaan. Korang tahu tak kenapa aku tinggalkan lokasi tempat ni dalam buku catatan aku?" Soal Hamid.

"Kami pun tak pasti." Balas Lokman.

"Mari ikut saya." Ajak Hamid.

Keempat-empat mereka menuruti lalu mengekori lelaki itu. Kali ini mereka bergerak ke tingkat bawah pula. Apabila tiba di tingkat bawah, mereka sangat terkejut melihat apa yang berada di situ.

"Ni semua senjata ke?" Soal Lokman.

"Ya, ni semua senjata yang saya cipta selama sepuluh tahun saya berada di secret base ni." Balas Hamid.

"Dah macam dalam filem Star Wars dah semua senjata-senjata ni." Juliana merasa kagum.

"Untuk menentang polis dan tentera yang mempunyai jumlah yang cukup ramai, kita memang tak boleh nak guna senjata biasa. Itu lah sebabnya saya cipta senjata-senjata berteknologi tinggi." Jelas Hamid lagi.

"Selain daripada bentuk yang cukup unik, apa lagi kelebihan senjata-senjata ni?" Soal Kahar pula. Beliau kini membelek-belek salah satu daripada senjata itu.

"Ia boleh lepaskan tembakan dengan lebih pantas, lebih tepat, ia juga ringan dan mudah dibawa. Selain tu sekali reload boleh melepaskan lebih daripada 50 tembakan, jadi sangat sesuai untuk melawan kelompok yang ramai." Jelas Hamid.

"Disebabkan senjata ni boleh lepaskan banyak tembakan, jadi kita tak perlu buang masa untuk reload banyak-banyak kali seperti pistol biasa. Kita boleh jimat masa dan tenaga." Tambah Hamid lagi.

"Selain daripada tu, peluru yang digunakan juga bukanlah seperti pistol biasa. Saya guna high-energy gas yang dicas oleh power cell, lalu diconvert menjadi plasma." Tambah Hamid lagi.

Penerangan daripada lelaki itu membuatkan mereka berempat terpinga-pinga. Mereka tidak faham apa yang diterangkan oleh lelaki itu. Melihat wajah yang lain seperti terpinga-pinga, Hamid terus mencapai salah satu senjatanya.

Tanpa berlengah, beliau terus melepaskan satu tembakan ke arah satu dinding yang beliau khaskan untuk digunakan sebagai target. Tembakan itu telah mengeluarkan satu tenaga berbentuk seperti laser.

Apabila tembakan itu mengenai dinding itu, kelihatan satu lubang terjadi. Di sekeliling lubang itu pula terlihat kesan hitam seperti terbakar. Keempat-empat mereka teruja melihat kehebatan senjata itu.

"Macam mana kau boleh terfikir nak cipta senjata macam ni?" Soal Jefri.

"Lebih 10 tahun aku jadi buruan polis, mestilah aku kena fikir macam mana nak protect diri aku. Dengan kepakaran yang aku ada, aku abadikan hidup aku untuk cipta senjata dan mesin ni semua." Balas Hamid.

"Senjata semua kita dah ada, cuma tinggal nak cari saki-baki hyper dekat luar sana je. Macam mana kita nak cari diorang ye?" Kahar merasa buntu.

"Yang tu nanti kita fikir, buat masa sekarang ni kamu semua berehat lah dulu. Saya tahu kamu semua letih dan lapar." Ujar Hamid. Ketika itu jugalah kedengaran bunyi datang daripada perut Juliana.

"Jom kita ke atas semula, saya tunjukkan bilik untuk kamu semua berehat. Dekat atas juga ada bilik di mana saya simpan makanan, kamu semua boleh makan sepuas-puasnya." Pelawa Hamid.

Pelawaan itu disambut oleh mereka berempat memandangkan mereka sebenarnya sudah lapar. Tubuh mereka juga sangat letih setelah seharian berjalan. Mereka semua kemudian menuju ke tingkat atas.

==================================================================================

Jefri hanya duduk di atas sofa sambil termenung. Walaupun tubuhnya letih, namun matanya masih lagi belum mahu terlelap. Ketika sedang mengelamun, tiba-tiba beliau didatangi oleh seseorang.

"Yang lain semua dah tidur ke?" Soal Hamid lalu duduk di atas sofa berhadapan dengan Jefri.

"Haah." Balas Jefri pendek.

"Kau kenapa tak tidur lagi?" Soal Hamid lagi.

"Mata aku belum nak terlelap lagi. Nak tanya sikit boleh, kau tinggal sorang-sorang je ke dekat secret base ni?" Soal Jefri.

"Haah aku tinggal sorang je." Balas Hamid.

"Selama sepuluh tahun ni?" Soal Jefri lagi.

"Haah." Balas Hamid lagi.

"Jadi semua senjata dan mesin yang kau buat tu, memang kau buat sorang-sorang tanpa ada orang lain tolong lah ye?" Jefri inginkan kepastian.

"Ya, aku buat sorang-sorang je tanpa bantuan orang." Balas Hamid lagi.

"Macam mana kau boleh bina secret base ni sorang-sorang? Susah tu nak bina bawah laut." Jefri seperti tidak percaya.

"Yang secret base ni aku tak buat sorang-sorang sebab secret base ni dibina 17 tahun lepas. Masa tu aku masih lagi ada rakan dan pengikut. Kau tahu tak aku pernah tubuhkan parti politik?" Soal Hamid.

"Ya aku tahu yang professor Hamid pernah bertanding merebut jawatan PM, tapi tak sangka pula professor Hamid tu kau." Balas Jefri.

"Masa aku tubuhkan parti politik dulu, ahli-ahli parti tu lah yang bantu aku bina secret base ni. Dalam parti tu ramai yang pakar dalam bidang architecture, tu lah sebabnya kami berjaya bina secret base ni." Jelas Hamid.

"Mana semua ahli-ahli parti kau yang lain?" Soal Jefri lagi.

"Mereka semua dah takde, dibunuh oleh kerajaan. Kalau ada yang hidup lagi pun dah ditangkap dan dipenjarakan." Sayu kedengaran suara Hamid.

"Aku balik ke kampung kita baru ni, dan aku jumpa diari mak aku. Dalam diari tu ada bagitahu kau lead orang-orang kampung untuk lawan kerajaan. Boleh kau cerita apa yang terjadi waktu tu?" Jefri ingin tahu.

"Lepas aku kalah dalam pilihanraya, aku dan ahli parti yang lain buat protes dan menentang undang-undang bodoh yang kerajaan perkenalkan. Jadi kerajaan ambil keputusan untuk tangkap kami." Jelas Hamid.

"Kami melawan masa tu sebab mereka akan paksa kami untuk praktikkan LGBT. Disebabkan kami melawan, kerajaan arahkan polis buru dan hapuskan kami terus. Satu demi satu orang aku mati." Tambah Hamid lagi.

"Lepas jumlah kami semakin kecil, kami buat keputusan untuk berundur dan menyembunyikan diri buat seketika. Tempat persembunyian kami sudah pasti kampung kita tu." Tambah Hamid lagi.

"Pada asalnya aku nak bawa orang-orang aku bersembunyi dekat secret base ni, tapi aku risaukan keselamatan mak ayah aku dan orang-orang kampung yang lain memandangkan mereka juga menentang kerajaan." Tambah Hamid lagi.

"Itu lah sebabnya kenapa kami berlindung di kampung, untuk pastikan keselamatan mereka. Pada asalnya kami selamat dan tak diganggu sesiapa, tapi sayangnya PM tahu sangat akan kampung kita ni." Tambah Hamid lagi.

"Apa maksud kau yang PM tahu sangat pasal kampung kita?" Jefri berasa pelik.

"Nama PM kita tu Megat Razmie, kau tak ingat ke nama tu?" Hamid pula menyoal.

"Masa mula-mula aku dengar nama PM tu, aku rasa macam pernah dengar tapi aku lupa kat mana aku dengar. Aku kenal ke PM tu?" Jefri ingin tahu.

"Kau ingat tak lepas SPM aku pernah kenalkan kau dekat kawan aku ni. Dia lah yang perkenalkan muzik metal dan rock dekat kita. Semenjak daripada hari tu kita bertiga jadi kawan rapat." Jelas Hamid.

"Maksud kau Zamie? Megat Razmie tu Zamie?" Soal Jefri seperti tidak percaya.

"Ya, PM negara sekarang ni iaitu Megat Razmie adalah Zamie kawan baik kita satu ketika dulu." Jelas Hamid.

(PS**Siapa tak ingat Zamie, boleh baca bab 1)

Bersambung...

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now