Bab 23 : Sendirian

319 15 0
                                    

"Kau rasa Lokman selamat tak?" Soal Jefri.

"Aku tak tahu, tapi aku cuma harap dia selamat." Balas Kahar sambil mengesat air mata. Beliau sebenarnya tidak yakin Lokman akan terselamat setelah mengebom dirinya.

Walaupun beliau masih lagi dalam keadaan sedih, namun beliau perlu fokus untuk meloloskan diri. Ini kerana beliau sedar ada kereta yang sangat laju dari arah belakang. Beliau juga menambah kelajuan pada keretanya.

Namun sayang kerana kereta yang mengejarnya semakin hampir. Ini kerana polis pada masa kini dilengkapi dengan kereta sport. Beliau yang memandu kereta pacuan empat roda sudah pasti sukar meloloskan diri.

Kini kereta polis itu sudahpun berada di sebelah keretanya. Beliau terus menghimpit kereta polis itu ke bahu jalan. Namun polis itu berjaya mengawal kereta tersebut dan cuba pula menghimpit mereka.

Kahar sedaya upaya untuk menghimpit kereta polis itu supaya terbabas. Namun polis itu lebih bersedia dan mula melepaskan tembakan ke arah keretanya. Akibat tembakan itu, tayar kereta mereka mula pancit.

Kahar tidak dapat mengawal kenderaannya lalu mula terbabas ke bahu jalan. Beliau cuba untuk kembali ke atas jalan raya, namun keretanya ditembak lagi oleh polis. Ini mengakibatkan beliau hilang kawalan.

"Kita nak buat macam mana ni?" Soal Jefri setelah kereta yang dipandu Kahar mula bergerak ke arah gaung.

"Kau terjun dulu." Arah Kahar sambil mencari sesuatu di dashboard kereta.

"Kalau nak terjun, kita terjun sama-sama." Tegas Jefri.

"Jangan, kita perlu mengelirukan polis. Kalau polis check kereta ni dan takde orang kat dalam, diorang tahu yang kita terselamat. Cepat terjun dari kereta ni!" Arah Kahar.

Walaupun keberatan untuk menuruti arahan Kahar, namun Jefri tiada pilihan lain. Hanya itu sahaja pilihan yang ada ketika ini. Beliau kemudian membuka pintu kereta untuk cuba terjun ke luar kereta.

"Jef, kau jaga benda ni. Ni adalah nyawa aku." Kahar kemudian mencampak sesuatu.

Barang yang dicampak oleh Kahar adalah koleksi cd album rock dan metal yang dikumpulnya selama ini. Bagi Kahar koleksi cd itu lebih berharga daripada nyawanya. Jefri menggenggam erat cd-cd itu.

Beliau kemudian terjun dari kereta itu. Setelah tergolek di atas tanah, beliau terus melihat sekeliling untuk mencari polis yang mengejar mereka. Kelihatan polis-polis itu masih lagi belum keluar dari kereta.

Beliau kemudian terus berlari meninggalkan kawasan itu sebelum ada polis yang sedar. Berbalik kepada Kahar, beliau kini sedang mengeluarkan bom tangan. Ditarik picu pada bom tangan itu.

Setelah seketika kereta itu hilang kawalan, akhirnya kereta itu terhempas jua di dasar gaung. Asap mula berkepul-kepul keluar dari kereta itu. Di atas lebuh raya, kelihatan ramai polis sudah berkumpul.

Mereka semua keluar daripada dalam kereta, lalu bergerak menuju ke bawah gaung. Setelah seketika berjalan, mereka akhirnya tiba jua di dasar gaung. Perlahan-lahan mereka menghampiri kereta itu.

Namun ketika itu jugalah satu letupan kuat telah terjadi. Akibat letupan yang kuat, beberapa anggota polis yang berada di barisan hadapan tidak dapat menyelamatkan diri. Mereka sama-sama terbakar.

Letupan itu adalah berpunca daripada bom tangan yang dipegang oleh Kahar. Beliau memang mensasarkan anggota polis. Kini kematiannya tidaklah sia-sia kerana berjaya juga membunuh pihak musuh.

Walaupun berjaya membunuh beberapa orang pegawai polis, namun jumlah anggota polis yang terselamat masih lagi ramai. Mereka berjaya menyelamatkan diri sebaik kereta tersebut meletup.

"Aduh, macam mana ni?" Sarjan Jernim menggarukan kepalanya.

"Saya pun sedih tengok rakan yang lain terkorban, tapi sekurang-kurangnya misi kita dah berjaya." Ujar Kopral Husam.

"Apa pula misi kita berjaya, misi kita gagal lah. Target kita dah pun letupkan diri sekali dengan kereta." Balas Sarjan Jernim.

"Tapi bukan misi kita untuk hapuskan diorang ke?" Kopral Husam berasa pelik.

"Memanglah kita perlu hapuskan diorang, tapi sebelum hapuskan kita perlu dapatkan dulu research dan alat-alat ciptaan professor Hamid. Hanya diorang tu kunci untuk dapatkan semua tu." Balas Sarjan Jernim.

"Habis tu macam mana ni, diorang pun dah mati." Soal Kopral Husam.

"Aku pun tak tahu macam mana nak menjawab dekat IG." Sarjan Jernim hanya mampu mengeluh.

==================================================================================

Julai 2030 :-

Sudah dua bulan berlalu semenjak serangan polis ke atas kubu rahsia kepada hyper. Semenjak itu jugalah Jefri hidup keseorangan kerana beliau satu-satunya ahli hyper yang masih hidup.

Beliau hanya mundar-mandir di daerah yang beliau sendiri tidak tahu. Ini kerana beliau tidak tahu bagaimana mahu ke lokasi rahsia ciptaan Hamid di utara tanah air itu. Beliau tidak pernah tahu cara memandu kereta.

Niatnya untuk hanya berjalan kaki ke sana, tapi sudah dua bulan berlalu dan beliau masih lagi belum tiba. Beliau sendiri tidak tahu dimana beliau berada sekarang ini setelah dua bulan berjalan kaki sahaja.

Selama dua bulan ini beliau terpaksa memakai make up di wajah dan juga memakai pakaian feminine. Walaupun rasa jijik, namun beliau tiada pilihan lain selain daripada blend dengan cara orang di sekeliling.

Jika tidak berbuat begitu, sudah pasti identitinya sebagai hyper akan ketahuan dan beliau akan diburu oleh polis. Buat masa ini beliau terpaksa akur dengan cara begini untuk menyembunyikan identitinya.

Selama beliau menjadi pelarian, beliau mendapatkan makanan dengan cara mencuri. Beliau sudah tidak peduli halal haram kerana perutnya sangat lapar. Beliau akan memecah masuk rumah orang.

Kemudian beliau akan makan apa sahaja yang berada di dapur itu sebelum lari. Selama dua bulan ini, begitu lah caranya mendapatkan makanan. Ini termasuklah sekarang ini yang dimana beliau sedang mencuri makanan.

Walaupun kecewa kerana semua makanan di zaman ini hanya berasaskan sayur-sayuran, namun beliau tiada pilihan. Sedang asyik menikmati makanan di dapur tersebut, tiba-tiba lampu dapur dihidupkan.

"U siapa, apa yang U buat dekat rumah I?" Soal seorang lelaki yang berbadan agak gempal.

Akibat terkejut perbuatannya tertangkap, Jefri terus berlari menuju ke pintu dapur rumah itu. Namun lelaki berbadan gempal itu lebih pantas dan menghalang pintu rumah tersebut supaya Jefri gagal melarikan diri.

"So U lah pencuri makanan yang jadi buah mulut penduduk setempat ni ye? Kenapa U mencuri makanan di rumah orang?" Soal lelaki itu.

"Aku lapar, aku dah takde cara lain lagi selain mencuri." Jujur Jefri.

"Kenapa U tak minta je? Kalau U minta, mesti akan ada orang bagi U makan." Ujar lelaki itu.

"Jadi sekarang ni kau halalkan lah makanan yang aku ambil ni?" Jefri inginkan kepastian.

"Kalau U minta, maybe I akan bagi. Tapi sekarang ni U dah pecah masuk rumah I dan curi makanan I, itu dah dikira satu jenayah." Tegas lelaki itu.

"Jadi kau nak aku buat apa?" Soal Jefri.

"Ermm, U nampak macam jambu lah. Apa kata malam ni U spent time dengan I, jadi I tak akan report U dekat polis." Lelaki itu kemudian meraba punggung Jefri.

Jefri tidak dapat menahan lagi kejijikan di dalam dirinya. Beliau menyambar pisau yang berada di atas almari bersebelahan dengannya, lalu beliau terus menusuk perut lelaki itu dengan pisau terbabit.

Bersambung...

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now