Bab 6 : Meloloskan diri

1.2K 25 0
                                    

"Ada lagi benda mengarut yang aku tahu. Rakyat wajib layan muzik ala-ala k-pop, dan dilarang sama sekali layan muzik rock dan metal." Tambah Juliana lagi.

"K-pop? Benda apa tu? Maknanya takde muzik rock & metal lagi ke wujud zaman ni? Dah tak wujud lagi ke XPDC atau SYJ?" Jefri inginkan kepastian.

"Kalau ikutkan memang dah tak wujud, tapi tak silap aku Kahar ada simpan CD kumpulan-kumpulan rock ni. Mana dia dapat CD tu pun aku tak pasti sebab rasanya dia orang terawal yang keluar chamber." Jelas Juliana.

"CD? Benda apa tu?" Jefri tidak mengerti.

"Oh kau tak tahu ye apa CD tu? Rasanya zaman kau tak wujud lagi CD, zaman kau hanya wujud kaset je kan?" Juliana cuba mengagak.

"Haah kaset aku tahu lah. CD tu macam kaset ke?" Soal Jefri.

"Lebih kurang lah. Ehh jom aku bawa kau jumpa Kahar, nanti kau boleh lah dengar lagu-lagu rock." Pelawa Juliana.

"Boleh juga tu." Jefri menjadi gembira.

Mereka berdua kemudian bangun dan berjalan menuju ke tempat persembunyian mereka. Ketika menghampiri kawasan persembunyian, mereka didatangi oleh Lokman dan beberapa orang yang lain.

"Kenapa ni?" Soal Juliana setelah melihat mereka seperti tergesa-gesa.

"Polis on the way ke sini. Taib nampak ada lebih lima buah kereta polis dah masuk ke terowong. Sekejap lagi mereka mesti sampai sini." Tegas Lokman.

"Polis on the way? Macam mana diorang boleh tahu port kita ni?" Soal Juliana.

"Aku syak ada polis follow kau masa kau selamatkan Jefri tadi. Dah cepat siap-siap, kita lari dari sini!" Arah Lokman.

Juliana dan Jefri menuruti arahan tersebut lalu bergegas untuk melarikan diri. Juliana membungkus segala harta miliknya ke dalam beg. Jefri hanya memerhati gadis itu mengemas segala barangannya.

"Nah, kau ambil ni." Juliana menghulur sesuatu kepada Jefri.

"Ehh benda apa ni? Aku tak pandai dengan benda-benda ni." Jefri tidak mahu menerima barang yang dihulur itu.

"Ambil jelah. Semua hyper dekat sini ada benda ni untuk protection." Juliana mendesak.

Walaupun agak keberatan, Jefri tetap menyambut huluran barang itu. Selama beliau hidup, beliau tidak pernah menyentuh pistol. Ini adalah kali pertama beliau menyentuh senjata berbahaya tersebut.

"Dah, jom kita ke kereta." Arah Juliana.

Jefri menuruti lalu mereka berdua terus bergegas menuju ke kereta. Ketika baru menghampiri kereta, tiba-tiba satu tembakan dilepaskan. Juliana dan Jefri yang terkejut, terus berlari mencari perlindungan.

Mereka berlindung di sebalik dinding yang tidak jauh dari situ. Juliana menjengah kepalanya untuk memerhati sang penembak. Kelihatan peluru itu datang daripada polis yang sudahpun tiba di situ.

Ada enam buah kereta peronda polis keseluruhannya dengan lebih 20 orang anggota polis. Nampak seperti mustahil untuk dirinya melepaskan diri kali ini. Dia kemudian melepaskan tembakan ke arah polis.

"Jefri, kau pun tembak juga!" Arah Juliana.

"Aku mana tahu nak guna pistol ni!" Jujur Jefri.

"Tarik jelah picu tu!" Ujar Juliana.

Jefri memberanikan diri menarik picu pistol itu sambil menghala ke arah polis. Ketika itu jugalah peluru keluar daripada pistol itu dan menuju ke arah polis. Peluru terbabit tepat mengenai bahu polis.

Melihat salah seorang polis sudahpun tumbang, anggota polis yang lain terus bertempiaran lari mencari perlindungan. Setelah itu mereka melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah dinding di mana Juliana dan Jefri berada.

"Kita dah macam tak ada peluang nak lari dah. Satu-satunya cara cuma kita kena kalahkan polis ni juga lah." Ujar Juliana.

"Tapi cukup ke peluru kita ni?" Soal Jefri.

"Memang tak cukup." Jawab Juliana.

"Dah tu macam mana? Hyper yang lain mana, diorang dah larikan diri ke?" Soal Jefri lagi.

"Aku pun tak tahu keadaan diorang sekarang ni. Kita keluar dari bangunan tadi lambat sangat, tu yang kita terpisah dengan diorang." Ujar Juliana. Ketika itu jugalah walkie talkie miliknya berbunyi.

"Kau kat mana tu?" Soal suara di sebalik walkie talkie itu.

"Aku masih lagi dekat port. Aku terperangkap tak boleh lari, polis dah kepung port ni." Jelas Juliana.

"Kau lari ke arah kereta polis tu." Arah suara itu lagi.

"Kau dah gila ke? Polis penuh siap lepaskan tembakan dekat kitorang." Ujar Juliana.

"Kau lari je!" Tegas suara itu.

"Ok lah." Balas Juliana.

"Jom." Juliana menarik Jefri.

"Kita nak rempuh gitu je ke? Berapa ramai polis ada dekat situ?!" Jefri seperti tidak setuju. Ketika itu jugalah Juliana mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.

"Kau tembak ke arah polis non stop!" Arah Juliana.

Jefri tidak tahu apa yang cuba dilakukan oleh Juliana, namun beliau hanya menuruti arahan tersebut. Beliau berlari ke arah kumpulan polis tersebut sambil melepaskan tembakan. Juliana kemudian mengekori dari arah belakang.

Dia kemudian mencampakkan grenade yang berada di tangannya ke arah kumpulan polis itu. Ketika itu jugalah letupan kuat terjadi dan menyebabkan polis-polis terbabit bertempiaran lari. Ada juga yang tumbang dan tewas.

Juliana dan Jefri mengambil peluang untuk lari ke arah kereta-kereta polis itu. Ketika itu jugalah kelihatan sebuah pacuan empat roda memecut ke arah mereka. Pacuan empat roda itu merempuh kereta-kereta polis yang menghalang laluan tersebut.

"Cepat masuk!" Kedengaran suara dari arah kereta tersebut.

Juliana dan Jefri terus terus berlari menuju ke dalam kereta itu. Setelah kedua-dua mereka berada di dalam kereta, pemandu itu terus memecut pacuan empat roda itu meninggalkan kawasan tersebut.

"Hahaha... Macam mana hidup kat zaman ni, agak-agak boleh survive tak?" Soal pemandu itu.

"Memang polis akan kejar kita setiap masa ke?" Soal Jefri yang masih lagi ketakutan. Tangannya masih menggenggam erat pistol.

"Boleh je kalau kau nak hidup tenang dalam zaman ni, tapi kau kena blend dengan culture zaman ni lah. Pakai baju feminine, pakai make up, jadi gay main jubur. Hahaha..." Ujar lelaki itu.

"Kitorang tak sanggup, tu sebabnya kitorang lebih rela berperang dengan polis setiap masa. Paling aku tak sanggup adalah kena dengar lagu k-pop 24 jam. Rasa macam nak terbakar telinga aku ni." Ujar lelaki itu lagi.

"Kenapa kau ada lagi kat port tu tadi, orang lain semua dah lari?" Juliana pula menyoal.

"Aku tertinggal koleksi cd-cd aku, tu yang aku patah balik ambil cd-cd aku tu." Jelas lelaki itu.

"Penting sangat ke cd-cd tu dari nyawa kau sendiri? Macam mana kalau kau terbunuh?" Juliana tidak mengerti.

"Penting bagi aku cd-cd ni. Aku tak boleh hidup kalau tak boleh dengar lagu-lagu rock ni." Ujar lelaki itu.

"Lagu rock? Kau ni ke Kahar?" Jefri mencelah.

"Macam mana kau tahu nama aku?" Lelaki itu berasa pelik.

"Sebab Jue ada bagitahu pasal kau." Balas Jefri.

"Kau bagitahu apa pasal aku?" Kahar beralih pula kepada Juliana.

"Takde apa, aku cuma bagitahu yang kau ada koleksi lagu-lagu rock dan metal." Balas Juliana.

Bersambung...

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now