4 ~ Alam lain

74 4 0
                                    

Hanya aku di ruangan empat segi

berdiri dan duduk terus

menangisi.

Tiada yang melihat linangan air

mata menitis.

Kerana hanya aku dan bayang.

Ruangan ku semakin mengecil,

mengecil menghimpit diri.

Akal dan minda tidak berfungsi,

terhimpit oleh ruang serabut

Serabut !

Dinding semakin mengorak,

menghimpit sanubari

akal dan fikiran

telah mati.

Semakin berani !

Bayang - bayang juga telah pergi.

Kerna saat itu aku telah mati.

Adakah ini kerana dosa dunia ?

Celaka !

Mencelaka diri.

Aku terpedaya dan padan

Dengan diri

Kejap lagi ulat dan cacing

mengerumun diri.

Di jajahi dan diterokai,

Setiap pelosok tubuh.

Terasa ulat dan cacing

menerokai setiap leher jenjang.

Jenjang di dunia

Sana kau sama,

Walau punya si leher jenjang .

Mula rancak si ulat membawa

cacing pula !

Perlahan turun hingga ke

bahagian badan.

Aku takut !

Ini baru fasa pereputan

Di satu permulaan di alam lain !

Belum di hitung lagi

Dosaku yang menggunung

Pada ibu insan yang mulia disisi

Allah.

Aku takut dan menyesali.

Aku kegelian mereka mula

rancak menerokai

Aku sedar,

Aku tidak tahu kenapa ?

Padahal aku mati.

Secara tiba satu suara

"bangun kau sedang mimpi,

Berpeluh sana sini.

Itulah kaki tak dicuci ."

aku membuka kelopak mata,

Situasi bukan lagi kegelapan.

Sinar memancar di ufuk fajar

Siapa menyergah?

Ku toleh ke kiri kanan

Dan kanan ibu bersama si bulu

ayam di tangan.

Sejurus keluar dari kamarku

Dan aku monolog sendiri,

Aku rupanya bermimpi ?

Ulat dan cacing ?

Rupanya si bulu ayam ?

Ah ! Aku dipermain lagi oleh

Mimpi !

Tapi bukankah ini petanda

Yang aku sedang berdosa?

Ah! Aku takut menhadap azab di

neraka

Sedangkan baru cacing dan ulat,

Tinggal sendiri aku sudah tidak

keruan.

Jika azab itu lagi ?

Tidak !

Aku segera berlari mendakap ibu

di dapur,

Memohon maaf kerna

menderhaka.

Melawan kata semalaman hari.

@PenaRahsia
0126 PM,120917

***********
MAAF JIKA ADA KEKELIRUAN KATA DAN BAHASA
SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUK SIKIT..😉

Selagi pintu TAUBAT belum tertutup selagi itu TAUBAT kita akan DITERIMA walau banyak mana pun DOSA kita.

Lumut Daun Kering ( TAMAT )Where stories live. Discover now