36 ~ Teratak bahagia

8 2 0
                                    

B E R P U I S I ~

Gadis itu,
Ketandusan bicara,
Apabila hadap tuhannya,
Kalah kata,
Hanya air mata berderai kacau berlaga.

Dia ingat betapa berdosanya dia,
Betapa malunya dia bergelumang dengan dosa,
Tapi mahu ini dan itu juga ?. Tuhan,
Maafkan segala dosanya,
Gadis itu terlalu lemah saat ini,
Kuatkan hatinya
Kuatkan imannya
Kuatkan dayanya
Untuk dirinya
Bangkit
Dari sakit yang sedang menggigit.

Ingatkan dia,
Sedarkan dia,
Selain dia,
Ada lagi yang sedang lebih susah,
Lebih derita.

Tuhan,
Ingatkan dia,
Bahawa dunya memang banyak yang meluka
Kerna nanti adanya bahagia,
Ingatkan dia,
Nanti akan ada teratak bahagia buat dia.

Ingatkan dia,
SYURGA - adalah teratak bahagia.
Ingatkan dia,
TABAH
SABAR - Kerna syurga bukan percuma.

Tuhan,
Jagakan dia dan seluruh umat(and I know you will- always.
Peliharalah kami
Bagi peroleh syurgaMu.
Teratak bahagia.

~Buat puisi ni masa tarikh dan masa tersebut (Puisi lama)

21June2018, 0937 PM

*************

Ps : untuk semua gadis2 di luar sana. Termasuk diri saya :)

Lumut Daun Kering ( TAMAT )Where stories live. Discover now