13 ~ Tentang Hijab

35 2 0
                                    

Aku sudah hijabi perhiasanku,
Mahkotaku,
Menurut syariat Islam,
Agar tidak membangkit dosa.

Kini,
Tiba masanya aku mengorak langkah,
Menghijab hatiku dengan iman islam,
Agar tidak mudah tenggelam,
Walau terbuang di lautan dalam.

Memperbaik akhlak,
Agar tak mudah melalak.

Disakiti masih bersabar,
Ditimpa masalah masih tenang,
Setenang air sungai mengalir,
Indah di pandangan.

Hijabi pandanganku,
Tundukkan wajah lihat yang haram,
Takut jatuh di curam,
Lantas hidup dalam suram.

Tentu aku tak mahu
Jadi,

Teruskan istiqomah hijabi semuanya,
Syurga melambai dari sana.

Itulah tentang hijab...

@PenaRahsia
0345 PM, 280917

*****************
Assalamualaikum 😁 sudah asar ? (Yang dari sabah )Alhamdulillah.. Thank u yg baca puisi saya yang biasa2 ja ni 😂 ok.. ada sesetengah tu saya delete atas sebab tertentu.. hehehe.. maaf ya 😊hav a nice evening🌷

Lumut Daun Kering ( TAMAT )Where stories live. Discover now