46 ~ Sampai bila ?

6 1 0
                                    


Sampai bila,
Kau masih tersekat berkarat
berganjak tidak walau sesaat
Masih kau idam segala jahat
yang kau cepat dan semat.

Tapi semalam -
Kau kata ini akhir kau kejam
Tapi hari ini kau kembali jatuhkan dalam kelam
Berani kau jilat kembali dalam
Ludah yang sudah kau buang untuk dikaram.

Apa yang kau mahu ?
Masih begini dan terus mati
atau kau leraikan dan berlari
Terperuk diam atau bangkit perlahan lahan dan cari
apa yang hilang lagi.

Bukan sekadar pakaian
kau labuhkan
Tapi dalam hati ada iman
yang kekal kau cambakan.

@PenaRahsia,  Jam 1021 PM, 29/08/2018.





*************
Throwback Puisi~






Lumut Daun Kering ( TAMAT )Where stories live. Discover now