Hari ini aku cuba melangkah,
Walau kerap kali aku tergugah,
Kerap kali aku membuang pandang sinis,
Dan lantas aku menangis.Mungkin kerana terleka,
Sering rasa terluka,
Membaja binasa,
Yang sendiri membuat bisa.Itu aku dulu,
Selalu terpaut dengan kisah lalu,
Sering hati merasakan luluh,
Yang sering menyebat hati mengguna buluh.Dan kini langkah satu aku mengorak
Tidak lagi pandang yang rabak,
Kerana aku mula mengenal pencipta yang menghidup awan berarak,
Tuhan yang mengajar untuk warak.Terima kasih Allah..
@PenaRahsia
***************
Kita sering melupa tuhan,
Padahal tuhan tidak pernah melupa kita.Jom jumpa Allah. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi penyantun.
YOU ARE READING
Lumut Daun Kering ( TAMAT )
Poetry#Muhasabahdiri Si lumut itu kita si daun kering itu kita, tetapi ketahuilah Allah maha pengampun dan penyantun, selagi pintu taubat terbuka selagi itulah taubat kita diterima, walau kau berlumut macam mana pun berkering macam manapun, Yang pentin...