14 - Ingat Ilahi

28 2 0
                                    

Di keheningan malam aku berjalan,
Aku malap dalam mengingat tuhan,
Selalu rasa sunyi dan sepi,
Lalu letak diri menyendiri.

Aku berkira,
Bukan matematika,
Tapi rasa putus asa,
Sering terbelit tipu muslihat muzika,
Lantas menjamah dosa.

Kekadang,
Aku berasa sepeti dikandang,
Terkurung sendiri tanpa orang,
Hanya di temani bayang - bayang,
Yang akhirnya memakan diri berasa malang.

Itu bukan salah sesiapa,
Tapi diri sendiri yang menyapa,
Menyapa apa?
Apalagi jika tidak lumut hitam
Yang membuang diri ke dalam suram.

Semua ini terlukis,
Kerana kita melupa yang di atas,
Selalu menari dengan muzika sadis,
Selalu berkira matematika salah rumus,
Lalu menjerumus diri di dalam api yang menghunus.

Kerna itu,
Mari kita bersama kembali merumus formulasi yang lurus, mendengar muzika yang telus,
Agar saja kita tidak membuang diri di api menghangus.

Nanti rentung memakan diri,
Kuatkanlah bentuk hati,
Agar tidak mudah putus tali,
Agar tidak mudah lemah iman diri.

Selalulah ingat ILAHI..

@PenaRahsia

Lumut Daun Kering ( TAMAT )Where stories live. Discover now