42 ~ Hari semalam

4 0 0
                                    

Angin sepoi meniup persembah bahasa
Halus hembus menyapa telinga
Daun kering menyembah bumi
Terasakan semua sekali

Rentak meyerang diri
Rentak mengigit ngeri
Itu muzika kemarin menyinggah diri
Tak terlupakan lagi.

Maaf.

Tapi -
Hari ini
Secangkir kopi
Di tangan terlihatkan roti
Di bangku berukir seni
Aku sisip hirup lebih
Luka semalam
Aku jadi pengajaran

Cebisan roti aku suakan di mulut
Dendam semalam ku sudah habis lumat
Tak usah dikenang
Hari kemarin takkan tersinggahkan.

Maafkan dirimu !

@PenaRahsia
03Ogos2018, 1039 AM

Lumut Daun Kering ( TAMAT )Where stories live. Discover now