40 ~ Dengan Zikir

7 0 0
                                    

Ketika itu,
Aku naik bas tua
Usang gersang
Tapi sukur masih bernyawa
Tenaga dan berdaya.

Seorang empuan muda
anak kecilnya di kendong sedaya
Mengambil tempat di hadapan
Tepi pemandu
Aku lihat persis ingin tahu

Imut anaknya
Merah pipinya
Aku tertawa
Geli hati melihatnya
Ketawa ketika diagah ibunya.

Tak semena
Anak kecil itu menangis
Ketika kereta berfungsi sinis
Tayar menjilat tar yang nipis.

Si ibu
Tenang
Si ibu melafazkan zikir
Dan terzahir
Dari bibir
Menenangkan anak.
Perlahan-lahan
Dua mata anak kecil saling mengucup satu sama lain
Dia lena dibuai ibu
Dengan zikir.

@PenaRahsia
01Ogos2018, 0120 PM



*****************
HARGAI IBUMU. BERBAKTILAH PADANYA.
#Muhasabahbersama

Lumut Daun Kering ( TAMAT )Where stories live. Discover now