47 ~ Kekal Kokoh

11 1 3
                                    

Habis daunmu sirna
dideru angin
terbang gugur semuanya
jatuh perlahan dan diinjak pejalan.

Hanya tinggal ranting-ranting tua
celaru bikin sendu
bisu makin mencengkam
pedih tak tertahankan.

Tapi,
ada satu tentang ranting pokok itu
walau daunnya lesap ditiup
Dia masih kekal di situ
berdiri kokoh
tanpa menghiraukan daunnya yang hilang.

Dia masih di situ kokoh berdiri teguh.

Aku juga mahu begitu
kekal kokoh walau beribu ujian datang padaku.

@PenaRahsia, 27Ogos2018, 0110 PM | SABAH |



*************
Throwback Puisi

Lumut Daun Kering ( TAMAT )Where stories live. Discover now