30 ~ Hiruk Pikuk Kota dimata

8 3 0
                                    

Assalamualaikum, puisi dari buku "Hiruk pikuk kota dimata" author akan gabungkan sekali dekat sini. Sebab, author mahu delete yg tu. 😊 enjoy your reading 😍

.................

Di lirikan mata seorang aku,
Aku lihat hiruk pikuk kota,
Gejala sosial yang makin laku,
Merosak setiap kolong hati seorang gen muda.

Sedih,
Hiruk pikuk yang di adun sebati,
Hingga kelam dalam hati,
Maksiat berleluasa,
Had masa tiada,
Mereka masih terleka,
Dalam satu kota binasa.

Hiruk pikuk di mata kota,
Makin sukar untuk memaknai,
Bunga dan kumbang bergaul tanpa sedari,
Halal dan haram dilumat sendiri,
Tak kesedarankan tuhan melihat ke atas diri,
Dan apa sudah jadi?

Malam umpama penamat tiada,
Kenyang meneguk air kencing syaitan dilaknati,
Lantas semua mengkhayal sendiri,
Dosa semakin mencambah dalam diri.
Dan bagaimanakah ini?

Terjadinya masalah seksualiti,
Pembuangan bayi semakin menjadi,
Perasaan belas hilang dalam diri,
Yang akhirnya memakan diri.
Mana wanita islami ?

Kita tanya pada diri,
Kita biar kita mati hina,
Kita perlu bina iman dalam diri,
Belum terlambat waktu masih berdetik dari biar gen kita sakit.

@PenaRahsia
0948 PM, 251017

****************
Masalah gegala sosial dalam kalangan generasi muda hari ini makin berleluasa. Apa tindakan kita untuk mengatasi masalah ini. Sama2 kita berubah ke arah kebaikan. In shaa Allah.

Lumut Daun Kering ( TAMAT )Where stories live. Discover now