17 ~ Rabak

26 2 0
                                    

Rabak,
Hatimu rabak di koyak sengsara,
Dipermain dusta
Bercerai semuanya
Hanya kerana RABAK !

Saat kau mulai bangkit dalam sempit,
Mereka masih saja menyakit,
Dikata kau bingit memain sumpit,
Tapi hakikatnya hati kau yang disumpit hingga tiada ruang untuk meluah kenapa lagi RABAK ?

Kau RABAK,
Dalam diam kau cuba menjauhi,
Kerana takkan mahu RABAk lagi,
Namun masih ada saja yang tidak kepuasan hati,
Jadi apa yang perlu kau jadi?

Perlukah kau balas setiap rabakan yang yang mereka lorek kasar di hatimu ?
Bukan sekadar rabakkan malah kau
Retakkan-
Lumat-
Hancur-
biar berkecai..
tiada daya pulih lagi, perlukah begitu?

Tidak!
Tak perlu begitu,
Kerna tiada beza kau dan lumpur,
Biarkan mereka terus merabak kerna tuhan itu maha tahu,
Siapa yang dianiya dan siapa menganayai .

Adukan pada tuhanmu,
Jangan kau ikut perilaku mereka,
Pasakkan sabar dalam hati seorang kamu,
In shaa Allah, hatimu tidak rabak seperti dahulu kala.

@PenaRahsia
0352 PM, 251017

Lumut Daun Kering ( TAMAT )Where stories live. Discover now