18 ~ Gapai magika indah

18 2 0
                                    

Boleh jadi kering itu aku,
Boleh jadi sepi itu aku,
Hilang entah dimana,
Dimamah aku pun tersirna.

Ini bukan magika indah,
Yang pari-pari ghaibkan aku,
Di suatu tempat yang indah,
Dengan penampilan yang baharu.

Lalu aku menikmati setiap haruman bunga,
Bibir melarik senyum yang manis,
Indah terakam di kornea mata,
Tiada duka hanya ria dilukis.

Bukan itu!
Tapi lebih kepada magika sihir,
Yang sihir aku dikejauhan,
Yang setiap mereka meminggir,
Yang seorang aku di pinggiran.

Diam hanya mampu diluah,
Suara hatiku menangis,
Hanya itu yang aku mampu,
Menangis tanpa irama sendu.

Aku tak betah kekeringan hidup yang gemersik
Biarlah hanya daun kering dijilat terik,
Kerana aku tak sanggup lagi aku serik,
Biarlah aku pergi jauh dari bingitnya cengkerik.

Selamat tinggal magika sihir..
Ku ingin gapai magika indahku dengan rahmat ilahi..

@PenaRahsia
0954 AM, 261017

****************

Perfectly, In shaa Allah a poem thats will tellin' u abt a loneliness, unpleasant emotional. Its hard to through whn no one even care abt u. 😓 But, remind ourself tht Allah wif us. No doubt. MasyaAllah.

Lumut Daun Kering ( TAMAT )Where stories live. Discover now