45 ~ Mata Tua

7 1 0
                                    

Mata tua yang memandang aku itu
Pejam
Diam
Seperti ada sesuatu yang terpendam.

Dia mahu bilang
namun tak terucapkan
Masih tersekat terhalang
Apa yang coba dia sampaikan.

Aku gagal
Aku sirna akal
Menafsir apa yang difikir
Apa yang berbuat senyum fakir
Di bibir.

Mata saling mengucup
terpejam
Lalu butir permata jatuh hujani
Kau menangis sendiri lagi
dan berkata,

" Ikutlah jalan Allah, jika kau tak mahu menyesal masa tuamu "

PenaRahsia, 1054 PM, 23/08/2018 (Khamis)



*********************
Assalamualaikum semua😊.
Puisi ni lama sudah tulis. Bulan 8 lagi. Cuma author tidak post di wattpad ja 😊.
Selamat membaca 💕

Lumut Daun Kering ( TAMAT )Where stories live. Discover now