Bab 1- pembunuhan misteri

1K 41 2
                                    

12:48 A.M. , Johor Bahru.

"Mayat peti beku? Kau ingat ni semua lawak ke ? Daripada mana kau dapat ilham ni semua ? Tapi lincah otak kau fikir idea hebat macam ni. Aku yakin mesti ramai akan tertarik dan lukisan ni semestinya mampu mendapat jualan tertinggi" ucap Falih dengan nada gembira terhadap pencapaian rakannya.

Adam Adrian merupakan seorang lelaki berketurunan bugis yang memiliki seraut wajah yang bengis, badannya yang kurus tinggi serta mempunyai dada yang bidang menyerlahkan identitinya sebagai anak muda berdarah Bugis.

" See my chest lha brother, sia-sia darah bugis ni mengalir kalau aku tak berani melukis sesuatu yang diluar jangkaan orang. Lagipun ini merupakan ilham daripada salah sebuah filem yang aku tonton malam tadi," Rian mengenyitkan mata kepada rakannya itu dan berlalu pergi untuk melihat tetamu- tetamu yang hadir di studionya.

Falih hanya memerhati langkah rakannya itu sambil meniliti lukisan yang dinamakan mayat peti beku. Tidak dinafikan kehebatan Rian dalam menghasilkan karya seni. Jari-jarinya meluncur laju di atas kanvas tanpa sebarang rasa ragu dan gentar lukisan tersebut akan menjadi karya yang buruk sejak dari sekolah menengah lagi, maka tidak hairanlah jika pendapatannya mencecah hampir separuh juta pada setiap bulan rentetan daripada ketelitian dan kekemasan lukisannya.

--------------------------------------------------------

Suasana sepi menyelubungi rumah Adam Adrian, memiliki rumah agam ketika berusia 25 tahun adalah sesuatu yang mampu membuka mata anak muda hari ini untuk mengejar impian mereka bukan sekadar meluncur laju dibibir, tetapi dipraktikkan didalam kehidupan.

Walaupun begitu, kekayaan yang dimiliki olehnya tidak mampu membuatnya tersenyum, keluarganya berpecah belah, dia seolah-olah terumbang ambing bersendirian, ketika anak muda lain sedang bertatih menongkah arus kehidupan yang menjanjikan beribu pemderitaan, mempersembahkan berjuta kepalsuan dan ketidak pastian dengan bimbingan dan dorongan si raja dan permaisuri hati, namun Rian terpaksa melakukannya sendiri, mengenali dunia mengikut caranya tersendiri.

Ibubapanya telah membuat haluan masing-masing walaupun tinggal sebumbung, setiap hari ayahnya akan pulang dalam keadaan mabuk dan bersama wanita yang bagi Rian hanya pengikis harta bapanya sahaja manakala ibunya pula akan kembali ke rumah setelah dua tiga hari keluar, entah kemana hala tujunya pun dia tidak pasti. Anak tunggal kepada Dato' Farhad dan Datin Uwaina terpaksa menyaksikan fenomena itu setiap hari, hendak melarikan diri kerumah rakan-rakannya, dia tidak mempunyai rakan selain Falih dan Rycca Qaila.

Sejak kecil lagi, keruntuhan keluarganya telak mengocak perasaannya untuk percaya kepada persekitarannya, dia hanya berbual dengan MakJah dan PakMajid yang berkerja di rumahnya, sehinggalah dia berada di tingkatan 1, dia telah berkawan dengan Falih Kasyfi kemudiannya bertemu dengan Rycca Qaila.

Setiap hari mereka akan meluangkan masa bersama-sama dan menyiapkan tugasan bersama-sama di sekolah, keakraban mereka terselah apabila Falih dan Rian menyelamatkan Rycca dari diculik ketika menunggu bapanya, sejak dari itu mereka hanya berjalan bertiga dan membina dunia mereka tersendiri. Bagi Rian, dia tidak perlu sesiapa lagi untuk hadir dalam hidupnya, tiada siapa yang perlu dipercayai.

Buat seketika, Rian terpukul bisu. Terasa seperti perasaannya membuak-buak ganas, imbasan memori sewaktu dia kecil menyesakkan dadanya, dia menegangkan rahangnya, lalu satu tumbukan padu dilepaskan kearah gambar potret ayahnya. "Aku benci kau! Kau punca semua ni berlaku. Kenapa kau tinggalkan dia? Dia isteri kau lah! And now, you met me and said I'm your son? Wow! Where you were when I was 7?

Rian berlalu meninggalkan ruang tamu dengan amarah yang mula mengganas dek sikap orang tuanya yang hanya mampu meminta disaat ketandusan teman dunia untuk membeli air kencing syaitan, najis masyarakat juga pemuas nafsunya. Dia tidak akan sesekali membiarkan wang hasil titik peluhnya digunakan untuk sesuatu yang akan meragut nyawa orang lain. Masih segar dalam ingatannya kisah Barshisha seorang wali Allah yang akhirnya mati mensyirikkan Allah kerana arak, dia tidak mahu ia terjadi lagi.

Setelah siap mandi, dia hanya mengenakan hoodie yang tertulis I'm not cute I'm psycho dan seluar pendeknya. Malam ini Rycca dan Falih akan datang kerumahnya untuk meluangkan masa bersama-sama setelah seminggu membanting tulang untuk meneruskan kelangsungan hidup di zaman yang makin mencabar.

-------------------------------------------------------

"Siapa kau ? Ma... macam mana kau boleh masuk si.. sini ? Ke.. kenapa kau da.. datang cari aku?" Pelbagai persoalan yang dilontarkan dengan tersekat-sekat oleh wanita tersebut. Aircond tidak mampu menyejukkan hatinya apabila kelenjar adrenal telah merembeskan adrenaline menyebabkan degupan jantungnya laju dan peluh mula merenik membasahi badannya.

"A Gift for Your Family and Friends"

Seorang wanita dijumpai mati dengan keadaan muka dan kakinya berbalut plastic dan tangannya diikat ribbon di pejabat miliknya. Mangsa yang dikenali sebagai Ainna Amira ditemui dalam keadaan menyayat hati itu oleh salah seorang pekerja disyarikatnya.

"Aku tengok pembunuhan sekarang makin hari makin pelik jadinya, daripada yang di Mexico bunuh gantung dekat jambatan sekarang dekat Malaysia pulak pembunuhan macam ni, sampai bilalah dunia nak aman" Falih melontarkan pendapatnya tatkala menunggu Rian bersiap-siap untuk ke studionya, baginya Rian sentiasa dalam keadaan kemas meskipun hanya mengenakan jogger pants dengan tshirt putih dan topi.

"Entahlah, aku rasa pembunuhan tu tak menarik, polis pun bagi nama kes 'Hadiah Pembunuhan' tak best langsung. Dah macam tiada nama lain yang boleh digunakan. Inilah menteliti rakyat Malaysia yang semakin lama semakin jumud, anak dirotan buat report, itulah akhirnya, peningkatan kadar jenayah. Apa boleh buat sendiri kene tanggunglah" balas Rian dengan nada tidak puas hati dengan sikap masyarakat Malaysia yang semakin lama terpedaya dengan ikutan cara Barat. Jika tidak ditegur pastinya si kecil tidak tahu kebenarannya tapi apakan daya jika si tua hanya menjadi lembu kepada dumia Barat.

Setelah selesai makan mereka berdua meninggalkan Rycca yang masih belum bangun dari tidur, mereka tidur di rumah Rian kerana terlalu penat bermain permainan video malam semalam, tambahan pula Rian telah menyediakan bilik bagi dua sahabatnya itu.

"Rian naik kereta aku jelah, nanti kita nak pergi lunch bertiga kan? Kurangkanlah pembebasab carbon monoxide kat dunia ni." Kata Falih sambil menahan tawa melihat gelagat Rian yang pelik dengan susunan kereta di rumahnya. Rian hanya mengangguk sambil senyum lalu pergi mendapatkan Falih .

Bagaimana susunan kereta ini berubah sedangkan semalam susunan dia berbeza, mungkin PakMajid lah yang menyusunnya...Tapi... Argh!... Apa semua ni. Persoalan yang menghantui fikirannya membuatkan dia tidak sedar yang dia telah melepaskan jeritan sehinggakan Falih memberhentikan keretanya.

"Kau dah kenapa? Wanna meet your private doctor? Or wanna back home? Are you okay?" Cemas nada Falih bertanya kepada Rian, mana tidaknya lelaki itu hanya membisu didalam kereta dan tiba-tiba mengeluarkan suara jantannya, pastinya ada sesuatu yang berlaku tapi apa?

"I'm Okay, just drive me to my studio, I'll inform you later about our lunch." Ringkas jawapan Rian namun Falih mengerti rakannya sedang diselubungi masalah, untuk bertanya Falih malas keran Rian tidak akan membuka cerita sehinggakan dia bersedia, persahabatannya telah lama, tetapi Rian masih berhati-hati dengan dia dan Rycca.

Falih memecut laju meninggalkan Rian di studionya, kesal kerana tidak dapat membantu kawannya menyebabkan dia tidak betah untuk menatap wajah rakannya itu, lebih baik dia berlalu ke tempat kerja sebelum Babahnya yang menelefon.

Rian hanya membiarkan Falih berlalu pergi. I'm so sorry Falih, I can't tell you something that I unsure about it. I will tell you one day. Just stay by myside bro.

IdentitiWhere stories live. Discover now