Bab 10 Email Misteri

286 19 5
                                    

Nadiah memandu perlahan, membiarkan fikirannya terus mensintesis segala maklumat yang ada padanya, satu persatu jejak penjenayah yang dilabelkan sebagai Pembunuh Tanpa Identiti tidak dapat dihidunya, rancangannya rapi, lagaknya seperti pembunuh atasan, aturannya hebat, helahnya penuh muslihat, dan kini pihak polis masih buntu dengan kejadian sebenar. Ibu Pejabat Bukit Aman masih giat mengerah jabatan siasatan jenayah untuk mempersembahkan sesuatu yang mampu mengakhiri kasus ini dan mangsanya adalah Harraz, meluangkan puluhan jam mengkaji dan menganalisis segala maklumat dan laporan autopsi dan pegawai dibawahnya pula sibuk mengumpul sebanyak yang mungkin bukti untuk menamatkan misteri tersebut.

Tiba-tiba seorang lelaki buta sedang melintas dihadapan kereta Nadiah, dengan serta-merta dia cuba memberhentikan kenderaannya, namun inersia telah menyebabkan kereta tersebut mengambil masa untuk berhenti. Lelaki buta tersebut terjatuh apabila mendengar bunyi kereta hampir dengan dieinya. Nadiah terus menuju kearah lelaki tersebut untuk memastikan lelaki tersebut berada dalam keadaan yang baik.

"Encik tak apa-apa ke? Maafkan saya sebab tak perasan encik melintas tadi" ucap Nadiah jujur, perasaan bersalah telah bersarang dihatinya.
"Takapa dik, salah saya juga, dah lah buta tak berhati-hati pulak tu, lepas tu menyusahkan orang ramai, maaf ya dik" ucapnya dalam senyum lalu meminta bantuan Nadiah untuk menghantarnya ke seberang jalan. Nadiah membawa lelaki tersebut untuk masuk kedalam keretanya lalu bertanya mengenai destinasi lelaki tua tersebut, yang mesra dipanggil Syam.
"Adik hantar saya ke perhentian bas depan tu, terima kasih ya, adik...." seolah-olah mencari tahu nama wanita yang sudi membantunya.
"Nad" ucap Nadiah dengan mesra, entah kenapa dirinya dilanda perasaan simpati, dia bersyukur kerana dikurniakan nikmat penglihatan, walhal ramai diluar sana tidak diberi nikmat sedemekian rupa.
"Syam, dah sampai dah ni, mari saya tolong"
Setelah memimpin Syam ke perhentian bas Nadiah masuk semula kedalam kereta.

Dia meneruskan perjalanannya ke rumah Harraz, ada sesuatu yang perlu dia selesaikan, entah kenapa dia merasakan ada sesuatu tentang Adam Adrian, laporan dari makmal belum keluar lagi, dia perlukan ketuanya sekarang.

"Eh, ni mesti barang Syam, bungkusan yang terletak di sit sebelahnya di ambil, dia membelek bungkusan tersebut sebelum terlihat lambang yang sama di setiap kes pembunuhan, terdapat namanya disitu. Melihat tulisan tersebut, Nadiah terus memeriksa bungkusan tersebut.

SAKSIKAN VIDEO NI OK? HADIAH PEMBUNUHAN

Nadiah terdiam apabila bungkusan tersebut menempatkan CD yang tertulis hadiah pembunuhan. Syam bukan lelaki buta, dia seorang penjenayah, tetapi bagaimana dia tahu akan gerak-gerinya, Nadiah hanya diam dan meneruskan perjalanannya.

Pada Masa Yang Sama,

"Aku nak korang pastikan tiada siapa menceroboh masuk kedalam rumah aku faham? Pastikan kawalan maksimum, aku nak kau berdua ada 10 meter dari aku faham?" Arah Rian, kini dia terasa nyawanya menjadi buruan, seolah-olah ada satu mata yang sentiasa memerhatinya.

Setelah memastikan kawalan daripada pengawal peribadinya berada dalam keadaan yang baik, Rian terus masuk kedalam biliknya, dia inginkan ketenangan disebalik keserabutan yang melanda, badan terus dibalingnya ke atas katil sebelum perlahan-lahan matanya terpejam.

--------------------------------

Di rumah Harraz....

"Lambatnya sampai, saya ingat kamu sesat jalan sampai berjam-jam nak sampai rumah saya" kata Harraz selepas meletakkan dua cawah air Coffee di atas meja. Wajah tegang milik Nadiah dikerling seketika.

"Kita perlu cari keseronokkan dalam setiap kerja yang kita lakukan, sebab hidup ni terlalu singkat untuk kita sentiasa stress san bersedih. Dan... sebagai seorang anggota polis kamu tidak boleh mudah tunduk pada penjenayah, sebab kerja kita tumpaskan mereka bukan biarkan mereka bermaharajalela", nasihat yang dilontarkan oleh Harraz di cernanya satu persatu, kebahagiaan itu kuncinya pada diri kita sendiri, aku tidak boleh berpatah kembali hanya kerana permainan licik si penjanayah, tetapi aku harus melangkah kehadapan dengan yakin bahawa disetiap ciptaan manusia akan ada kekurangannya.

IdentitiWhere stories live. Discover now