Bab2 :Hadiah pembunuhan

641 27 2
                                    

Deru angin menggempakan lalu berdesir nyaring menampan kaca-kaca jendela dan dinding konkrit bangunan itu bagaikan berupaya menembusi kaca jendela yang bertirai hitam itu sekali gus menyerbu dan menusuk semacam kenyerian di liang-liang romanya dan menikam lumat hatinya.

Secara tiba-tiba, lelaki tersebut menggelepar, membaling segalanya, dadanya berombak ganas, rambutnya di cengkam kuat, dalam debar jantung yang menggemparkan si pemiliknya, matanya mula memerah menahan amarah yang telah membuak-buak. Tiada apa yang mampu menundukkannya tatkala ini. Segalanya hanya membawa kepada simpulan mati yang tiada nokhtahnya.

"Aku telah merancang semuanya dengan rapi! Kenapa sekadar itu sahaja nama yang kau mampu beri! Aku mahukan sesuatu yang mampu membungkamkan mata manusia diluar sana! Harraz Naufal aku akan pastikan kau terduduk di depan aku sambil meminta kemaafan" kata-kata yang berbaur benci dilafazkannya sambil menggengam sebilah pisau kecil lalu dibalingnya ke arah foto Harraz.
Aku akan pastikan tiada lagi senyuman dibibir kau seperti mana kau menghancurkan keluarga aku !
----------------------------------------------------
Rian menghela nafas yang kian menyendatkan dadanya. Sejenak itu dia mula termangu, dirinya terbang ke alam lain tanpa hala tuju, dengan tidak semena-mena gambaran arwah ibunya yang selalu dalam keadaan tidak terurus selepas ayahnya pergi meninggalkan rumah menerjah fikirannya. Sedetik itu juga gambaran ayahnya menepis wajah sugul ibunya, tiba-tiba perasaan benci menyebulungi dirinya. Ya lelaki itu yang meragut nyawa ibunya, kerana dia ibunya telah pergi meninggalkannya.

"Kau harus terima kenyataan ini dengan rela Adam Adrian! Perempuan tu dah mati, dan kau bukan anak aku! Harta yang ada ini hak milik kau, tapi jangan sesekali kau datang mencari aku, aku tiada anak bernama Adam Adrian!" Tegas nada ayahnya bercampur benci membuatkan Rian menyimpan dendam terhadapnya. Dia hanya memerhati langkah lelaki tua itu bersama seorang perempuan sehingga bayang kedua-duanya hilang.

"Dia tidak pernah sesekali menduakan kau! Dia hanya pergi ke tempat kau dan dia membina rasa cinta, di saat kau bergembira dengan betina-betina tak guna tu" suara yang bergema memenuhi kepalanya membuat Rian menegangkan rahangnga, dadanya berbuku kesakitan telah menyebabkan otak mentafsir untuk melepaskan satu tumbukan ke arah mejanya. Geram! Itu sahaja perasaan yang menguasainya ketika itu.

"Tak perlu datang studio, aku taknak lunch, enjoy your lunch, Tq." Dia menghantar pesanan ringkas melalui whatsapp kepada Falih. Dia tidak mahu diganggu.

CIP Harraz bagaikan tidak percaya dengan keputusan pembedahan yang dia terima, tiada satu pun bukti mangsa dan pembunuh bergelut, tiada tanda-tanda dia dibunuh, dia hanya mati kerana kegagalan untuk bernafas, dadah phencyclidine atau juga chloroform  tidak dijumpai didalam badan mangsa, bagaimana pembunuh mampu untuk melakukannya?

"Kamu yakin tiada apa-apa yang kamu terlepas pandang? Sebar clue yang akan membawa kepada pembunuh", tanya Harraz, baginya hal sebegini jarang sekalu berlaku.

" Tiada, kamu meragui kewibawaan saya sekali lagi?" Balas Dr Suria dengan nada yang dingin. Lelaki dihadapannya merupakan pegawai polis yang obses terhadap kes pembunuhan, yang dia mahu hanya service yang terbaik untuk memastikan produktiviti kerjanya cemerlang. Pernah mereka berbalah kerana satu kes yang rumit apabila Harraz menuduhnya menyembunyikan identiti mangsa. Tidak betah berlama-lamaan menghadap lelaki itu, Dr Suria membawanya keluar dari makmalnya dan ingin berbinang diluar sahaja.

"Thank you Doctor, I'll call you later to get more information, you're the best doctor for me." Harraz meminta izin untuk pergi dan berjalan sambil memikirkan jenis penyiasatan yang dia perlukan, mustahil suspek tidak meninggalkan sebarang clue.

'Tuan, CCTV deactivated semasa pembunuhan berlaku, tiada sebarang rakaman dirakam ketika pembunuhan berlaku, CCTV daripada kawasan persekitaran juga tidak menunjukkan sebarang situasi pelik yang menjurus kepada pembunuhan'

Pesanan ringkas yang diterimanya dibaca berulang kali, pembunuhan kali ini sangat teliti pembunuh tidak mempunyai identiti untuk dikesan, segala bukti telah dihapuskan sehinggakan tiada sebarang clue membawa kepada jalan penyelesaian.

Fail dimejanya dibaca satu persatu, gambar-gambar yang diambil oleh pasukannya diteliti agar tidak satu pun perkara yang dia tertinggal.

Ketukan pintu menyentak lenanya. Kelihatan seorang pegawainya sedang menghampirinya sambil membawa secawan coffee.

"Tuan tak balik ke ? Atau tuan tertido di sini semalam?" Kata Inspektor Nadiah yang selalu berurusan dengannya.

"Saya tertido semalam, mungkin kepenatan mecari clue kes ni, kamu mesti belum makan, give me 10 minutes to ....." lau pergi meninggalkan Nadiah. Langkah ketuanya diperhatikan begitu sahaja. Lelaki ini memang baik, tegasnya bertempat, sehinggakan tiada seorangpun daripada pegawai polis berani mempertikaikannya, dia sangat dihormati oleh semua rakan setugasnya.

Usai mengemaskan dirinya, Harraz melihat mejanya telah rapi dikemas, dia mecapai Iphone X dan walletnya sebelum menutup pintu, dia mahu segera mengisi perut sebelum kembali menelaah kes tersebut.

"Nadiah, jom" panggilnya sambil berjalan menuju ke keretanya.

Setibanya diwarung yang selalu mereka pergi. Tiba-tiba......

IdentitiWhere stories live. Discover now