Kemenangan Abadi

278 29 0
                                    


Adrian mendiamkan dirinya sebaik sahaja masuk kedalam kereta yang dipandu oleh pekerjanya, dia mahu meninggalakan Kawasan ini, namun melihat Harraz yang baru saja keluar daripada hospital yang sama, Adrian terus mengarahkan pekerjanya untuk tidak memandu ke lapangan terbang sebaliknya pergi ke sebuah villa yang dibelinya dahulu. Disana dia akan memaklumkan pergerakannya kepada Harraz. Dia ingin Harraz memburunya seperti seorang yang dipuja ramai.

Kereta yang dinaikinya membelah laju membawanya ke villa tersebut, setibanya disana beliau telah menyuruh pekerjanya menempah tiket untuk bercuti di Seoul bagi menenangkan fikirannya. Nombor Harraz segera didail.

"Hello" kedengaran suara Harraz daripada sebelah sana, Adrian tersenyum,dia terlihat Falih sedang meregangkan badannya di koridor luar, menikmati pemandangan hijau.

"Urm, Harraz Naufal, mesti kau tertanya-tanyakan siapa yang kacau kau?" tanya Adrian dalam nada sinis dia ingin Harraz tahu bahawa dia bukanlah lagi buruannya.

"Adrian, ada apa-apa masalah yang aku boleh tolong kau?" Tanya Harraz, dia tahu bahawa kini Adrian sedang cuba bermain permainan.

"Aku cuma nak bagi tahu kau yang aku akan naik fligt kejap lagi untuk bercuti atau kata lain melarikan diri dari bumi Malaysia ni, aku akan naik flight ke Seoul, Korea... So aku rasa bagi polis-polis yang tergesa-gesa nak kejar aku, aku ada je dekat lapang terbang beberapa jam dari sekarang. So see you there loooooooooooser" 

Talian terus dimatikan oleh Adrian kini dia merasakan bahawa dia sedang menjadi artis yang sedang digilai ramai, peminat yang setia dengannya iaitu PDRM. Dia terus menyuruh pekerjanya memandu ke lapagan terbang. Disana segala-galanya akan menentu kebijaksanaannya dalam merangka kes pembunuhan, dia ingin melihat kekalahan dan kekecewaan di muka Harraz setelah sekian lama dia hanya tersenyum kemenangan kerana berjaya menumpaskan beberapa penjenayah tapi tidak mudah untuknya menumpaskan Adrian.

"Saya mahu semua bersiap sedia di semua lapangan terbang, pastinnya dia akan menyamar sebagai orang awam, saya tidak mahu sesiapa pun tertumpas disana, kita perlu memburunya dan membawanya untuk mendapatkan rawatan yang boleh membantunya pulih. Saya mahu semua berada dalam keadaan sedia, jangan membuat tindakan yang melulu." Tegas Harraz memberi arahan.

Semua anggota polis telah bergerak dan berada di posisi masing-masing, mereka berada dibawah penyamaran bagi memudahkan plan untuk menumpaskan Adrian berjaya. Penyamaran dilakukan dengan berhati-hati agar tidak dihidu oleh Adrian. Harrz hanya menanti di pejabatnya, semua rakaman CCTV di akses daripada pejabatnya sahaja, arahan akan diberikan kepada squadnya sekiranya berlaku sesuatu yang mencurigakan.

Semua pegawai menanti untuk penerbangan ke Seoul, sepatutnya Adrian sudah berada di balai berlepas tapi mengapa dia tidak  kelihatan atau adakah ini sekadar perangkap?

"Tuan, kami tidak melihat mana-mana orang yang mecurigakan, tiada juga Adrian disini, flight akan berlepas dalam bila-bila masa sahaja tuan."

"Saya juga sedang mencarinya, saya mahu semua senarai nama penumpang yang kan berlepas ke seoul dan semua penerbangan sama ada penerbangan domestik atau antarabangsa diperiksa, dia tidak boleh terlepas daripada negara kita"

Beberapa minit kemudian.

"Penerbangan antarabangsa ke Switzerland Seoul dan Paris telah berlepas tuan"

"Saya mahu kamu dapatkan semua senarai nama penumpang dalam flight tersebut juga"


To: Harraz

From: Adrian

Bye Harraz, kau takkan jumpa aku, egala dokumen dipalsukan dan pegawai yang inform semua matlumat dekat kau tak perasan yang aku dah pun berdiri dihadapannya. You're loooooooooser. Bye bro!

Adrian tersenyum apabila plannya berjaya dia telah menyuruh pekerjanya menghantar mesej tersebut apabila dia sudah menaiki kapal terbang, kini dia sedang menaiki kapal terbang untuk menghabiskan hidupnya di Zurrich, Switzerland bersama rakan-rakannya. Dia pergi dengan identiti yang baru, yang tiada siapa tahu tentang dirinya. 

Adrian tersenyum dan terus melelapkan matanya.

*****

Nadiah yang sudah mula jatuh cinta dengan kecantikan Pulau Duyong terus membuang pandangannya ke arah matahari yang bakal terbenam, perasaan sedih dan rindu terhadap tugasannya mula mencengkam hati namun dengan pantas dia mebunag segala perasaan tersebut, dia ingin bebas mungkin dia juga akan menjadi seorang yang tidak lagi menyertai badan beruniform. Dia ingin bina sebuah kehidupan yang baru di Terengganu, negeri yang mengajarya erti persahabatan.

Telefon yang telah lama di offkan di buka oleh Nadiah, setibanya dia di Terengganu dia terus membeli telefon dan nombor yang baru tidak mahu sesiapa menghubunginya malah taida siapa yang tahu keberadaanya. Pada minggu hadapan dia akan pergi ke KualaNerus berjumpa dengan rakannya semasa perada di Pusat Latihan. Dia ingin  mebina kehidupannya. Skrin telefon yang memaparkan gambarnya bersama Nadim ditatap. Ya dia rindu terhadap Nadim, sesungguhnya rindu pada mereka yang masih ada tidak seberat merindui mereka yang telah kembali kepada penciptanya. Nadia terus meletakkan teefon tersebut di atas meja. Dia tidak mahu mentap lagi wajah Nadim. Rindu.

Akhirnya airmatanya  gugur, sendu tangisnya menghiasi alam bersama lukanya langgit. Hati dia sebak memikirkan perpisahan yang berlaku dalam sekelip mata tanpa sempat dia meluahkan kasih dan rindu terhadapnya. Dia lebbih memilih untuk tidak menyatakan tapi membuktikannya, namun ia tidak berguna. Nadiah terduduk lemah sambil fikirannya melayang mengingati kenangan-kenagannya bersama Nadim.


*****

TQ semua readers yang active vote and comment and silent reader. Sangat hargai korang, ecewah, author rakam kan ribuan terima kasih ke atas kalian tanpa pembaca siapalah penulis.



IdentitiWhere stories live. Discover now